Salam Jumaat yang ceria....
Dewasa ini kita hampir sahaja melihat ikon TV dan artis -artis glamour sebagai panduan samaada dari segi berpakaian, cara hidup, berinteraksi dan sebagainya sebagai satu gaya hidup. Namun adakah kita sedar di dalam diam kita sebenarnya hampir melupai "ikon" utama yang harus kita contohi dalam apa jua gaya hidup kita sehari-hari iaitu baginda Rasulullah S.A.W. Mulai hari ini saya akan kongsi satu demi satu 121 sifat utama Rasulullah S.A.W dalam usaha kita menerapkan sunnah baginda dalam kehidupan kita seharian. Sebagai intronya....saya ingin berkongsi kisah hebat sahabat yang mengasihi baginda Rasulullah...agar kisah ini dapat membantu kita menilai betapa jauhnya kasih dan cinta kita terhadap baginda....
Kisah Sahabat...yang mengasihi Rasulullah...S.A.W
Di zaman Rasulullah, seorang sahabat yang bernama Thauban amat mengasihi baginda dan sentiasa mengambil peluang untuk berdampingan dengan baginda. Pada satu malam beliau tidak dapat tidur. Ini disebabkan mengenangkan beliau terhalang daripada terus menerus bersama Nabi S.A.W.
"Ya, ketika di dunia ini aku terpaksa berpisah daripada Rasulullah S.A.W khususnya pada malam hari. Maka bagaimana di akhirat kelak?" bisik dari Thauban seorang diri. " Kalau aku di syurga, Rasulullah S.A.W tentu di tingkat yang paling istimewa dan aku di tingkat yang lain. Dan jika aku di neraka sudah tentu aku tidak langsung bertemu dengan Nabi".
Kerana mengigati hal demikian, menyebabkan Thauban tidak dapat tidur sepanjang-panjang malam. Pada keesokan harinya menjelang subuh Thauban ke masjid. Beliau solat subuh berjemaah yang diimamkan oleh Nabi S.A.W. Selesai solat seoerti biasa, baginda S.A.W mengadap para sahabat(makmum). Demi terpandang wajah Thauban yang kedua-dua biji matanya kemerah-merahan, baginda S.A.W pun memanggilnya ke hadapan.
"Kamu sakit wahai Thauban?" bertanya Rasulullah kepadanya.
"Tidak, ya Rasulullah"jawab Thauban
"Kenapa kedua-dua matamu merah?"tanya Nabi S.A.W
Tauban pun menceritakan apa yang sudah berlaku pada malam tadi. Ketika itu Rasulullah S.A.W diam. Tidak berkata apa-apa, kerana syurga itu bukan milik Nabi dan baginda tidak dapat memberi jawapan yang pasti.
Pada saat itu Allah s.w.t menurunkan Ayat 69 Surah Al-Nisa yang bermaksud
"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
Kemudian Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda maksudnya :
Ssesiapa yang menghidupkan sunnahku maka sungguh dia telah mencintai aku dan sesiapa yang mencintaiaku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat al Sajary daripada Anas)
Berdasarkan kisah Thauban di atas, marilah kita bermuhasabah diri dan merenung betapa jauhnya kasih kita terhadap baginda Rasulullah s.a.w berbanding sahabat yang bernama Thauban. Pernahkah kita terbangun di tengah malam dan tidak dapat tidur mengenangkan baginda? Atau selama ini kita tidak dapat tidur hanya kerana memikirkan hal duniawi semata-mata seperti "Kenapa aku banyak hutang" atau kenapa aku tidak ngam dengan boss ?Kenapa wanita/lellaki idaman aku curang?atau kenapa aku menyampah dan geram dengan rakan sepejabat yang suka mengambil tahu hal peribadi kita atau kenapa aku tidak kurus...dan sebagainya. Paling menyedihkan ada di antara kita yang sanggup bangun di tengah malam menonton siaran langsung bola pasukan kegemaran walhal di saat itulah kita seharusnya bangun malam mengamalkan Qiyam amalan sunnah Rasulullah. Moga-moga kita mampu sedar dan berfikir betapa kehidupan adalah satu proses perjalanan, perjalanan ke destinsi yang abadi.......maka moga dengan mengamalkan sunah-sunah Rasulullah menjadikan kita lebih bersedia apabila di timbang tara nun di sana nanti....
No comments:
Post a Comment