Buat benda yang berbeza untuk mendapat “result” yang berbeza….
Banyak antara kita selalu berkata setiap hari kita mempunyai kehidupan yang boring atau biasa-biasa sahaja atau mungkin tiada perubahan dalam kehidupan. Baik dari kerja yang sama, cara permakanan yang sama, golongan kawan yang sama, cara pakaian yang sama atau duit gaji yang sama sahaja….. Namun pernahkah kita terfikir seandainya kita tetap membuat benda yang sama, kita akan tetap mendapat result yang sama sahaja …
” If you keep on doing what you’ve always done, you’ll keep on getting what you’ve always got”
Jesteru saya ingin berkongsi satu cerita
Saya mempunyai saudara yang mengatakan dia tidak pandai memakai tudung lain selain dari tudung berjenis bawal, namun kerana saya adalah seorang pendagang yang hebat maka saya mengatakan kepadanya please give it a try and I am sure it suit your beautiful face…..dengan pilihan warna dan corak yang menarik please don’t limit yourself hanya mengunakan tudung bawal sahaja….
Alhamdulillah, saudara saya mengambil langkah bijak mencuba dan memilih warna yang bersesuian dengan kulit beliau dan resultnya adalah rakan-rakan di pejabatnya memujinya cantik seakan-akan patung dan yang paling hebat beliau mampu menjual dan membuat keuntungan di atas tindakan dan perubahan yang beliau lakukan tersebut. Jelas, betapa hebatnya membuat benda yang berbeza untuk mendapat “result” yang berbeza
Hasilnya adalah : Penampilan yang lebih menarik dan pendapatan bertambah dari jualan tudung
Jadi iktibar di sebalik cerita di atas adalah sekiranya kita ingin mendapat “result” yang lebih baik dalam kehidupan kita mesti sanggup berubah dan membuat sesuatu yang berbeza dalam apa jua perspektif kehidupan kerana banyak benda yang kita boleh buat untuk berubah dan mendapat result yang berbeza contohnya berubah membaca buku yang bermanafaat dari membaca bahan picisan, berubah untuk kurus dengan mengikuti kelas senaman taichi agar mendapat kawan dari golongan bukan bumiputera, atau mendaftarkan diri untuk belajar bahasa spain untuk berkomunikasi di tempat kerja dengan lebih baik dan yang paling penting sanggup berubah memperbaiki diri dengan mendekati gologan orang-orang yang lebih beriman.....
“ If You want something better and different in lives then you are going to do something different……