Hari ini hendaklan lebih baik dari Semalam dan esok hendaklah lebih baik dari hari Ini.....Jadi lakukan perubahan terbaik dalam kehidupan anda…….
Salam Syabaan….Alhamdulillah menjelang kurang beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan mulia Ramadan Mubarak yang di tunggu-tunggu oleh sekelian umat islam. Bulan Ramadhan adalah bulan untuk mengaut segala amalan kebaikan sebanyak mungkin moga-moga kita mampu bertemu dengan bulan barakah ini dan mampu melaksanakan segala perancangan untuk menjadi seorang insan yang terbaik dari kalangan yang terbaik....
Bulan June yang lalu Alhamdulillah saya telah membeli majalah Al Islam dengan isu yang menarik dengan memilih angka 40 sebagai isu utama. Majalah Al Islam adalah antara majalah utama yang saya wajib miliki untuk menambah ilmu agama saya yang cetek ini kerana saya meminati ruangan "columnist " terkemuka Ustaz Ridhwan Thee…
Jadi alhamdulillah untuk kali ini saya ingin sekali berkongsi artikle di mula surat 17 yang membincangkan tetang mitos disebalik cerita burung helang “bald eagle” yang sering diceritakan oleh masyarakat orang asli di Amerika Utara. Bagaimana mitos menceritakan sang helang yang terpaksa membuat pilihan sukar dalam kehidupan ketika mencapai umur 40 tahun. Pertamanya jika ia tidak sanggup berubah di umur 40 tahun maka ia akan mengalami proses kematian di umur tersebut kerana terpaksa menanggung paruh dan sayap yang semakin panjang atau sebaliknya pilihan yang kedua dengan kesanggupan untuk melalui proses perubahan yang menyakitkan selama 100 hari namun selepas proses tersebut sang helang akan mampu hidup seperti seekor helang yang baru dan mampu hidup selama 30 tahun lamanya lagi. Begitu hebatnya mitos cerita sang helang untuk memotivasi perubahan di usia 40. Dalam Islam sendiri betapa di usia 40 , Rasulullah s.a.w telah diiktiraf sebagai Nabi dan terdapat beberapa ayat di dalam Al Quran menyebut angka 40....(so kena buat research sendiri)
Begitulah sinonimnya kehidupan kita manusia. Banyak diantara kita yang hendak berubah dan merasa hendak berubah tapi terhalang oleh suara-suara dalaman dan luaran yang sentiasa menghalang kekuatan sebenar untuk berubah yang berada di dalam diri kita. Berapa banyakah diantara kita yang sanggup berubah untuk sesuatu yang lebih baik untuk iman kita atau dan keluar dari “comfort zone” sekarang ini dan mengalami proses permulaan yang perit seperti sang helang. Perubahan untuk sesuatu yang baru mungkin menyakitkan tapi percayalah Allah sentiasa menjamin rezeki dan ketenangan insan-insan yang sentiasa sabar , ikhlas dan redha di atas segala ketentuanya. Saya masih ingat beberapa tahun yang lalu saat saya ingin berubah untuk memakai tudung 1 Ramadhanlah tarikh yang menjadi pilihan saya, kerana saya sentiasa yakin perubahan di satu Ramadhan adalah satu perubahan yang sentiasa diberkati oleh Allah kerana itulah saya yakin perubahan besar saya kali ini saya tetap memilih 1 Ramadhan untuk memulakan sesuatu yang baik dalam kehidupan saya dan keluarga......Insallah Allahlah yang menjadi penjamin segala-galanya kerana kepada Allahlah saya berserah segala perancangan perjalanan ke "check point" abadi ini.......
Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al Nisa Ayat 100)
Jesteru……Saya tidak pernah menyesal dengan perubahan ini…. kerana….saya yakin dengan kata-kata Allah…….Insallah saya dan keluarga saya akan dicukupkan segala-galanya… oleh Yang Empunya Asma' Ya Razaq.........Amin