Assalamualikum....
Salam Syaaban, hari ini saya ingin bercerita berkenaan dengan nilai khidmat kita dengan orang lain...Bercakap tentang khidmat ada beberapa cerita khidmat yang pernah baca dari baru dengar di radio Ikim pagi ini. Para sahabat Nabi s.a.w memang terkenal dengan sifat mendahulukan orang lain, cerita yang paling terkenal adalah di masa Perang Yarmuk peristiwa syahid 3 orang sahabat yang mendahulukan orang lain di ketika hampir nazak. Haris bin Hisyam, Karamah bin Abu Jahal dan Suhai r.a adalah cerita sahabat yang mendahulukan org lain dalam kehidupan walau dalam keadaan nazak Ketika Haris bin Hisyam dalam keadaan nazak seseorang datang membawa air kepadanya, namun apabila mendengar suara Karamah memohon pertolongan beliau meminta agar air didahulukan kepada Karamah, namun sebelum meneguk air, Karamah mendengar suara Suhai r.a meminta air dan Karamah menyuruh si tukang air mendahulukan air kepada Suhai. Namun apabila, si tukang air membawa air kepada Suhai, Suhai telah syahid, dan beliau membawa air kepada Karamah, dah Karamah juga telah syahid dan begitu juga kepada Haris bin Hisyam.
Apakah pengajaran dari cerita syahid para sahabat ini, betapa tingginya nilai persahabatan dan nilai para syuhada ini, di kala hampir nazak mereka tetap mendahulukan orang lain di akhir nyawa. Cerita ini menjadi muhasabah dan cermin kepada kita dan saya...Setakat manakah kita pernah berkhidmat dan membantu insan di sekeliling kita.
Imam Ghazali seorang Ulama terkenal satu masa dahulu, beliau adalah tokoh ilmuan dalam sejarah Islam, tapi tahukah anda apakah khidmatnya di waktu malam? Beliau mencuci tandas awam bagi menghindar rasa khibir, ego dan riak dalam diri, jadi dimanakan khidmat kita kepada insan di sekeliling kita?
Dengan memberi khidmat kepada orang lain adalah menjadi asbab agar Allah membersihkan hati dan mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat kepada kita.
Jesteru saya dengan rendah hati menjemput kalian untuk hadir berkhidmat kepada insan yang memerlukan darah di Kempen Derma Darah 1Astana , kerana mungkin di saat ini kita tidak memerlukan darah namun banyak insan di luar sana yang sedang menunggu bekalan darah untuk mereka.
Click to enlarge the image |
Saya masih ingin sekitar beberapa tahun dahulu saya juga seorang yang takut untuk memberi darah kepada insan lain, namun ada peyebab kepada Allah membuka keberanian saya kerana insan yang saya paling sayangi telah mengamanahkan agar kami semua membayar semula darah yang dimasukan ke badannya. Alhamdulillah dengan beberapa pain darah itulah ayahnda Yan saya masih sihat sehingga kini. Itulah detik pertama saya memberanikan diri untuk megikut sahabat baik saya Cik Puan Habibon Junaidi pergi ke Tabung Darah Negara. Saya masih ingat satu peristiwa indah semasa menderma darah sekitar 2 tahun dahulu. Terdapat seorang pemuda Bidayuh yang mukanya agak pucat duduk bersama-sama saya selepas menderma sambil makan telur half -boiled terbaik di Kuching. Dia menyoal saya adakah terasa pening dan rasa terhoyong hayang adalah effect selepas derma darah, jadi saya tanya" First timer? , dan beliau mengangguk kepala, lantas dia berkata adiknya sedang berada di ICU dan tidak dapat proceed with "operation" selepas berlaku kemalangan di Kota Samarahan kerana darah positif A tidak mencukupi, so saya lantas berkata Oh saya A+ donor , cakap dengan Kak Kam(pembantu di Hospital darah) take mine to your brother." Pada masa itulah beliau terus menangis di hadapan saya dan berkata " Thank You Dayang May God Bless you and your Family" . Di ketika dia mendoakan saya, saya sungguh berasa terharu kerana selama saya berkerja dahulu even Boss pun tidak pernah hendak berterima kasih dan menghargai saya, saya mendengar doa yang begitu ikhlas untuk saya dan keluarga dari Insan yang beragama lain.. dan..saya juga sedih kerana betapa tingginya nilai kasih sayang seorang abang kepada adiknya.....Jesturu saya amat bersyukur kerana telah diberi peluang oleh Allah untuk memberi apa yang saya ada kepada insan yang memerlukanya...Hey...saya mungkin tidak ada banyak duit yang banyak untuk diberi. kepada. masyarakat but I have my Blood to give to people around me....So apa tunggu lagi bersama-sama saya dan para peniaga di Plaza Astana untuk menderma darah di Kempen Derma Darah 1 Astana pada 2HB JULAI 2012, pukul 8.00 pagi sehingga 2.00 petang, bertempat di Lobi Plaza Astana....Sebar & Jumpa di sana.......