Salam Ramadhan….
Alhamdulillah genap 2 bulan saya menjalani “practical” di Taski Abim Kuching dan sesi tersebut telah berakhir semalam….jadi minggu ini konsentrasi semestinya kepada “final report wiriting" dan sebagainya.
2 bulan pengalaman di taski ABIM adalah satu pengalaman yang cukup hebat, hari pertama di Taski tersebut 8 minggu yang lalu benar-benar mengundang rasa terkedu di hati kerana suasana “Islamic” yang di terapkan oleh barisan guru yang hebat-hebat belaka. Amalan rutin seawal pagi seperti amali solat , amalan berzikir dan bertasbih bergema di segenap penjuru taski oleh suara guru dan anak-anak sekecil 4 tahun.
Betapa tingginya nilai dan pahala guru-guru TASKI ABIM di sisi Allah. Mungkin bagi sesetengah pihak kerjaya guru tadika bukan kerjaya hebat, tiada istilah berkasut tinggi, make up mahupun tangga gaji yang beriban-riban. Tetapi secara perabadinya saya mengatakan kerjaya inilah yang terbaik di mata saya setakat ini. Bak kata Ustaz Pahrol di dalam rancangan Al Hidayah semalam
“Allah memberi kerberkatan dalam Rezeki bukan pada soal banyak nya Rezeki tetapi soal keberkatan pada Rezeki”
Jesteru saya yakin biarlah kita sentiasa dalam keberkatan dari segi Usia, Rezeki dan Ilmu kerana hidup ini adalah satu perjalanan sementara ke destinasi abadi.
This is the best class routine.....Ustazah Liana playing Tarbus.and conducting children marhabban.....n zikr... |
Jutaan terima Kasih kepada Pengurus Tadika Kawasan Kuching Kak Jariah dan barisan guru Kak Tina, Kak Mary & Kak Hajah Fatimah(Yang paling suka melayan pelbagai pertanyaan saya), Tini, Kak Suraya, Kak Bibi,Kak Suriani, Ustazah Liana dan semua warga Kerja ABIM KUCHING/SAMARAHAN….. Anda semua insan-insan yang hebat dan sebuah organisasi yang hebat……Sukran Jazillan Moga kalian dan organisasi ABIM sentiasa di rahmati Allah…..Amin……