Said adalah seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak mengawal kemarahannya walaupun berdepan dengan satu masalah kecil sahaja. Pada satu hari ibunya telah menghadiahkan Said sebungkus paku. “ Untuk apakah paku-paku ini ibu”? tanya Said.
“Setiap kali kamu marah,kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini bagi melepaskan kemarahanmu” jelas ibunya.
Pada hari pertama Said telah memaku sebanyak 29 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu,setelah dia dapat mengurangkan kemarahanya ,jumlah paku yang digunakanjuga berkurangan. Dia mendapati ,adalah lebih mudah mengawal kemarahannya berbanding memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya pada satu hari, Said langsung tidak marah walau sekali. Dia terus memberitahu ibunya mengenai pekara tersebut dengan gembira. Lalu ibunya mengucapkan tahniah dan menyuruh Said mencabut kembali paku tersebut satu persatu pada setiap hari yang dilaluinya tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia Berjaya mencabut semua paku tersebut. Said lantas memberitahu perkara tersebut kepada ibunya dengan penuh bangga.
Ibunya lantas memimpin tangan Said ke tembok tersebut dan berkata. “Kau telah melakukan dengan baik anakku tetapi lihatlah kesan lubang-lubang, di tembok batu tersebut. Tembok itu tidak kelihatan sama seperti sebelumnya. Apabila kau menyatakansesuatu atau melaukan sesuatu ketika marah, ia akan meninggalkan kesan parut,sama seperti ini.
“Tetapi ingatlah, walau berapa kali pun kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati lebih pedih daripada luka physical”.
FOOTER |
CONTROL lah marah kita dalam apa jua keadaan…..Orang GAGAH dan kuat bukanlah orang nya kuat bergusti, tetapi orang yang kuat dan GAGAH adalah orang yang mampu mengawal kemarahan dalam apa jua keadaan.