Showing posts with label Seni Orang Berniaga. Show all posts
Showing posts with label Seni Orang Berniaga. Show all posts

Friday, December 30, 2011

Art of Wealth


Salam.....

Hari ini saya ingin membincangkan berkenaan dengan kekayaan.....Apakah nilai kejayaan dan kekayaan sebenar.Kebanyakan dari kita telah dianugerahkan kekayaan oleh Allah swt. Hidup mewah, wang berjuta-juta, kereta besar, rumah besar, segala-galanya besar kata P Ramlee dan malahan ada sesetengah hamba Allah yang saya kenali  kerana terlampau banyak kekayaan sehingga menyimpan harta kekayaan di dalam tanah di rumahnya(ala2 cerita saudagar alibaba). Namun kebanyakan individu kaya dunia yang saya  pernah  saya temui setakat ini tidak pernah lagi saya menjumpai hamba Allah yang benar-benar mempunyai kehidupan yang zuhud terutamanya dari segi kata-kata.  Kebanyakan dari mereka rata-ratanya riak dan sombong dari segi kata-kata dan gemar memperlekehkan usaha orang lain dalam mencari kekayaan sebenar.Kekayaan yang mereka miliki bukanlah jenis kekayaan yang saya inginkan dalam kehidupan ini. Riak dalam percakapan adalah cermin kepada jiwa yang kosong. Mereka bukanlah galang kepada kekayaan Rasullah saw ,para sahabat dan para sufi namun penuh dengan unsur riak dan bangga diri dengan anugerah pemilik kekayaan sebenar. Ya Razzaq.

Sesungguhnya cara untuk mengapai kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan prinsip Rasulullah dan para sufi adalah pegangan saya. Rasulullah s.a.w adalah seorang perniaga yang berjaya dan kaya raya. Namun urusan perniagaan yang dilakukanya sama sekali tidak bertujuan untuk mengumpulkan harta semata-mata melainkan membina kehormatan diri dan membantu urusan umat. Membina perindustrian yang dapat memberi rezeki kepada insan lain di muka bumi dan sekaligus mempertahankan jihad dan dakwah dengan harta adalah lebih mulia di sisi Allah...

Menjejak sejarah perniagaan Rasulullah yang dimulakan dengan modal yang kecil dan seterusnya berkembang menjadi sebuah perniagaan yang berjaya di Mekah adalah model jejak kekayaan sebenar. Usahanya yang gigih disertai dengan perintah berjihad dengan harta dan jiwa telah termaktub dalam firman Allah.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukan Aku tunjukan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya serta berjuang membela dan menegakan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu dan demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui(hakikat yang sebenarnya)." Surah al-Saf 10-11.

 Moga ALLAH menjauhi saya dan kalian dari sifat kesombongan dengan kekayaan sementara dan menganugerahkan kita dengan kekayaan harta, ilmu, iman dan jiwa kerana kekayaan sedemikianlah yang dijanjikan  Allah syurga dan jual beli yang memperolehi kemenangan yang besar di sisi Allah. Kerana kekayaan sebenar adalah milik Allah jadi jangan sombong dan riak dengan apa yang ada. 

Moga satu hari nanti Allah memberi peluang kepada saya menjumpai hamba Allah yang  benar-benar kaya dan zuhud dalam kehidupanya jesteru saya dapat belajar darinya namun setakat check point ini saya tetap mensyukuri apa yang ada dan melakukan yang terbaik dalam perjalanan ke destinasi sebenar.

Kekayaan adalah hasil satu usaha yang praktis. Tidak ada jalan pintas untuk kekayaan. Ia harus diamalkan dengan berusaha, jalan sabar dan Istiqamah".....



Sumber.....




Friday, May 20, 2011

Apakah Modal Anda

Apakah Modal Anda.....

Assalamualakum dan selamat pagi Jumaat yang Indah.....

Hari ini saya ingin sekali berbicara berkenaan dengan MODAL...Apakah persepsi kita tetang modal, modal banyak dikaitkan dengan modal untuk berniaga, atau modal untuk cantik, atau modal untuk belajar , atau modal untuk melabur dan sebagainya, Contohnya sebagai seorang peniaga yang baru sahaja ingin memulai perniagaan mesti mempunyai modal yang cukup untuk membeli barang dan perancangan lain di awal perniagaan sehingga ada yang sanggup turun naik institusi kewangan untuk mendapat “loan”, atau seorang wanita yang ingin cantik sanggup mengeluarkan modal untuk pegi ke salon-salon kecantikan atau seorang pelajar yang bertungkus lumus belajar dan mendapat CGPA yang baik agar dapat menjadi modal sebagai mendapat perkerjaan yang bagus setelah tamat pengajian nanti.

Namun pernah kah kita terfikir antara modal –modal yang kita selalu fikir modal apakah yang paling utama? Adakah semuanya mesti berbentuk “physical” sahaja. Dewasa ini ramai cendikawan barat membicarakan berkenaan dengan “Spiritual Capital” atau Modal rohani, bahkan ada buku terbitan Danar Zohar yang membincangkan secara details berkenaan dengan “Spiritual Capital”

Apakah Spiritual Capital atau Modal rohani.? Ya modal rohani bermaksud kita tidak akan berjaya jika membataskan diri nya  menghadkan kejayaan atau modal hidup berteraskan wang, barang, kepandaian atau apa-apa sahaja yang berbentuk material sahaja. Sebagai seorang muslim apakah modal rohani yang paling utama dalam mengejar kejayaan di samping modal-modal lain . Modal  utama yang kita harus kita miliki adalah “ Memohon pertolongan dari Allah agar mendapat kejayaan yang ingin kita capai”. Dengan melakukan solat dan mengerjakan amalan kebaikan adalah kunci utama kepada Modal Rohani kita., melalui dailog di dalam Al Fatihah insallah Allah akan memperkenankan segala permintaan kita. Maka Mintalah.......dan Mohonlah pertolongan dari-Nya...

‘Hai orang yang beriman, mintalah pertolongan daripada Allah dengan sabar dan mengerjakan solat sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar”

                                                                                                          Al Baqarah ayat 153

Mari kita perhatikan hadis qudsi berikut yang di rekodkan oleh Bukhari...

‘Hambaku sentiasa mendekatkan dirinya kepadakau denngan suatu perbuatan yang Aku sukai seperti melakukan pekara fardu yang aku perintahkan kepadanya. Hambaku sentiasa mendekatkan diri kepadaku dengan mengerjakan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila aku mencintainya, maka aku menjadi pendengaran untuknya yang dia gunakan bagi mendengar dan penglihatan yang dia gunakan bagi melihat. Aku juga menjadi tanganya yang dia gunakan bagi memegang dan kakinya yang dia gunakan bagi berjalan. Apabila dia memohon sesuatu kepadaku, pasti Aku mengabulkannya dan apabila dia memohon perlindungan pasti aku memberikan perlindungan kepadanya”

Jelas, siapa jua anda di luar sana  mungkin anda seorang pelajar jurusan doktor yang sedang mengalami kesulitan dalam menghafal module medic anda ,atau mungkin anda seorang perkerja yang sentiasa tidak tenang di pejabat, atau mungkin anda tidak mendapat sebarang bonus atau kenaikan gaji tahun ini atau  mungkin anda seorang jurutera yang mengalami kebuntuan dalam menyelesaikan perkerjaan anda di “field” work anda, atau jika anda sedang dalam dilemma melepaskan taraf perkahwinan anda, atau sekiranya anda telah di “diagnose” oleh doktor dengan penyakit yang mungkin tiada ubatnya malahan apa sahaja permasalahan hidup anda…. kembalilah kepada-NYA….letakkanlah dahi anda di buminya agar kasih sayang-Nya sentiasa bersama anda dalam apa jua keadaan…kerana Allahlah yang merancang yang terbaik dan percayalah jika anda ingin bejaya dalam hidup maka “ BERSOLATLAH………………






Thursday, May 5, 2011

Buat benda yang berbeza untuk mendapat “result” yang berbeza….






Buat benda yang berbeza untuk mendapat “result” yang berbeza….

Banyak antara kita selalu berkata setiap hari kita mempunyai kehidupan yang boring atau biasa-biasa sahaja atau mungkin tiada perubahan dalam kehidupan. Baik dari kerja yang sama, cara permakanan yang sama, golongan kawan yang sama, cara pakaian yang sama atau  duit gaji yang sama sahaja….. Namun pernahkah kita terfikir seandainya kita  tetap membuat benda yang sama, kita akan tetap mendapat result yang sama sahaja …

” If you keep on doing what you’ve always done, you’ll keep on getting what you’ve always got”

Jesteru saya ingin berkongsi satu cerita

Saya mempunyai saudara yang mengatakan dia tidak pandai memakai tudung lain selain dari tudung berjenis bawal, namun kerana saya adalah seorang pendagang yang hebat maka saya mengatakan kepadanya please give it a try and I am sure it suit your beautiful  face…..dengan pilihan warna dan corak yang menarik please don’t limit yourself hanya mengunakan tudung bawal sahaja….

Alhamdulillah, saudara saya mengambil langkah bijak mencuba dan memilih warna yang bersesuian dengan kulit beliau dan resultnya adalah rakan-rakan di pejabatnya memujinya cantik  seakan-akan patung dan yang paling hebat beliau mampu menjual dan membuat keuntungan di atas tindakan dan perubahan yang beliau lakukan tersebut. Jelas, betapa hebatnya membuat benda yang berbeza untuk mendapat “result” yang berbeza
Hasilnya adalah : Penampilan yang lebih menarik dan pendapatan bertambah dari jualan tudung

Jadi iktibar di sebalik cerita di atas adalah sekiranya kita ingin mendapat “result” yang lebih baik dalam kehidupan kita mesti sanggup berubah dan membuat sesuatu yang berbeza dalam apa jua perspektif kehidupan kerana banyak benda yang kita boleh buat untuk berubah dan mendapat result yang berbeza contohnya berubah membaca buku yang bermanafaat dari membaca bahan picisan, berubah untuk kurus dengan mengikuti kelas senaman taichi agar mendapat kawan dari golongan bukan bumiputera, atau mendaftarkan diri untuk belajar bahasa spain untuk berkomunikasi di tempat kerja dengan lebih baik dan yang paling penting sanggup berubah memperbaiki diri dengan mendekati gologan orang-orang yang lebih beriman.....

“ If You want something better and different in lives then you are going to do something different……

Thursday, April 21, 2011

6 Kunci Kekayaan


Zao An(Selamat Pagi in Mandrin ) dan...Salam Khamis yang ceria.....

Ramai yang sering mengadu "kenapa aku tidak kaya" atau selalu tidak cukup duit terutamanya bila mejelang tengah bulan. Namun adakah kita telah bermuhasabah diri kenapa kita tidak pernah kaya atau cukup duit...Beikut adalah 6 kunci kekayaan yang saya rasa patut kita amalkan dan praktis agar jalan menuju kekayaan yang kita idamkan bakal muncul satu hari nanti...

6 KUNCI KEKAYAAN......petikan dari Petujuk Jalan Kekayaan oleh Chef Li

  1. Mempunyai satu usaha yang mendatangkan wang - Kekayaan adalah hasil perkerjaan sendiri. Hasil dari sesuatu yang praktis dan bukan magic. Kita tidak kaya kerana setiap hari kita hanya berusaha dan memperkayakan orang lain.
  2. Kekayaan bermula dengan menyimpan sebahagian pendapatan secara berterusan. Simpan pendapatan anda pada kadar kiraan 1/10 untuk setiap bahagian contohnya 1/10 untuk simpanan yang dilupakan, 1/10 untuk keluarga, atau 1/10 untuk dilabur semula dan sebagainya.
  3. Mengandakan wang kita melalui pelaburan yang bersih dan menguntungkan. Pelaburan adalah pelaburan jangka panjang dan tiada pelaburan singkat.
  4. Tunaikan hak mereka yang berhak- Contohnya beri pendapatan anda kepada zakat, sedekah, infaq dan orang-orang yang memerlukan.
  5. Jangan berhutang atau memberi hutang.
  6. Berdoa dan bertawakal kepada Allah
"Kekayaan adalah hasil satu usaha yang praktis. Tidak ada jalan pintas untuk kekayaan. Ia harus diamalkan dengan berusaha, jalan sabar dan Istiqamah".....

Moga-moga tips di atas mampu membantu saya dan anda agar bermuhasabah dan berfikir sejenak tentang kekayaan....tetapi secara peribadinya saya berpendapat Kunci kekayaan yang utama adalah kunci yang ke 6...kerana kepada Allah yang maha Kayalah kita memohon agar diperkayakan dalam apa jua bidang, Kaya dari segi harta benda, iman, ilmu, kesihatan, budi perkerti, dan sebagainya......


Moga ringkasan bacaan saya di atas menjadi petunjuk kekayaaan anda, adalah tidak adil kepada penulis buku sekiranya saya menulis panjang lebar tentang maklumat yang saya tulis di atas...kerana anda sendiri mampu memiliki buku ini, buku yang wajib dibeli oleh kalangan yang tercari-cari ilmu perniagaan....Insallah......



Jutaan terima Kasih kepada adeknda Awangku Udin yang membeli buku ini kepada saya.......Xie-Xie wo de di di....

Monday, April 4, 2011

Perjalana Yang Membuka Minda

Asssalamualaikum.....




Our Team : Batch 4( March 2011) on graduation day....

Sekian lama tidak membuat update  Darull Qaseedah  blogspot. Alhamdulillah setelah sekembalinya dari pengembaraan 10 hari yang benar-benar menguji minda dan physical banyak benar ilmu yang telah di kutip dari tanah besar.... Sungguh benarlah kata-kata baginda Rasullullah ......agar menuntut ilmu sejauh itu....Sejuta terima Kasih kepada Bonda dan Ayahnda....Kesian sakit kaki..."next time jaga kedai ajak ok"....  Jutaa Terima Kasih kepada...Abang Joe Helmi dan isteri ,Ina yang berperanan sebagai Juragan.....dan Mentor Utama....Pak Haji Nurhadi dari Indonesia, Abang Ramlee dari Johor Baru, Adek Helmi dari Pahang, Nana & Ismail dari Kedah, Kak Zu dan adik dari Kuala Lumpur...Kalian adalah orang-orang yang hebat.Teringat kata-kata Si Mael selepas berjaya mengharungi pit stop bullet train " Hanya orang-orang yang tabah mampu menamatkan perjalanan sehebat ini....Terima Kasih semua Moga perjumpaan kita diberkati dan semesti nya " Reunion" di Kota Beijing...Insallah...Kerja Kuat Dulu.........
    The Key to Our Success......Terharunya.....


     Waty Ibrahim.....with bonda Tercinta....Wow banyaknya bunga....


                            


     My inspiration....someone who never " GIVE UP" in lives...

Alhamdulillah....setakat ini dulu buat hari isnin yang barakah ini....perjalanan yang benar-benar mengajar betapa dalam kehidupan jangan sekali-kali berputus asa dalam apa jua keadaan(Thank you Yan for the precious lesson) dan dalam kehidupan sentiasa ada kekangannya terutamanya bila badan sudah tidak mampu meneruskan perjalanan(Thank You Bonda, despite of sakit kaki dan rasa nak demam...she still did it) Sesungguhnya....Hidup adalah perjalanan...Insallah akan merancang untuk mengembara untuk kali kedua di bumi yang sama untuk membawa masuk "materials" art and craft untuk Darul Qaseedah......Insallah dengan izin Allah......