Friday, December 30, 2011

Art of Wealth


Salam.....

Hari ini saya ingin membincangkan berkenaan dengan kekayaan.....Apakah nilai kejayaan dan kekayaan sebenar.Kebanyakan dari kita telah dianugerahkan kekayaan oleh Allah swt. Hidup mewah, wang berjuta-juta, kereta besar, rumah besar, segala-galanya besar kata P Ramlee dan malahan ada sesetengah hamba Allah yang saya kenali  kerana terlampau banyak kekayaan sehingga menyimpan harta kekayaan di dalam tanah di rumahnya(ala2 cerita saudagar alibaba). Namun kebanyakan individu kaya dunia yang saya  pernah  saya temui setakat ini tidak pernah lagi saya menjumpai hamba Allah yang benar-benar mempunyai kehidupan yang zuhud terutamanya dari segi kata-kata.  Kebanyakan dari mereka rata-ratanya riak dan sombong dari segi kata-kata dan gemar memperlekehkan usaha orang lain dalam mencari kekayaan sebenar.Kekayaan yang mereka miliki bukanlah jenis kekayaan yang saya inginkan dalam kehidupan ini. Riak dalam percakapan adalah cermin kepada jiwa yang kosong. Mereka bukanlah galang kepada kekayaan Rasullah saw ,para sahabat dan para sufi namun penuh dengan unsur riak dan bangga diri dengan anugerah pemilik kekayaan sebenar. Ya Razzaq.

Sesungguhnya cara untuk mengapai kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan prinsip Rasulullah dan para sufi adalah pegangan saya. Rasulullah s.a.w adalah seorang perniaga yang berjaya dan kaya raya. Namun urusan perniagaan yang dilakukanya sama sekali tidak bertujuan untuk mengumpulkan harta semata-mata melainkan membina kehormatan diri dan membantu urusan umat. Membina perindustrian yang dapat memberi rezeki kepada insan lain di muka bumi dan sekaligus mempertahankan jihad dan dakwah dengan harta adalah lebih mulia di sisi Allah...

Menjejak sejarah perniagaan Rasulullah yang dimulakan dengan modal yang kecil dan seterusnya berkembang menjadi sebuah perniagaan yang berjaya di Mekah adalah model jejak kekayaan sebenar. Usahanya yang gigih disertai dengan perintah berjihad dengan harta dan jiwa telah termaktub dalam firman Allah.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukan Aku tunjukan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya serta berjuang membela dan menegakan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu dan demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui(hakikat yang sebenarnya)." Surah al-Saf 10-11.

 Moga ALLAH menjauhi saya dan kalian dari sifat kesombongan dengan kekayaan sementara dan menganugerahkan kita dengan kekayaan harta, ilmu, iman dan jiwa kerana kekayaan sedemikianlah yang dijanjikan  Allah syurga dan jual beli yang memperolehi kemenangan yang besar di sisi Allah. Kerana kekayaan sebenar adalah milik Allah jadi jangan sombong dan riak dengan apa yang ada. 

Moga satu hari nanti Allah memberi peluang kepada saya menjumpai hamba Allah yang  benar-benar kaya dan zuhud dalam kehidupanya jesteru saya dapat belajar darinya namun setakat check point ini saya tetap mensyukuri apa yang ada dan melakukan yang terbaik dalam perjalanan ke destinasi sebenar.

Kekayaan adalah hasil satu usaha yang praktis. Tidak ada jalan pintas untuk kekayaan. Ia harus diamalkan dengan berusaha, jalan sabar dan Istiqamah".....



Sumber.....




Wednesday, December 28, 2011

Art of People

Salam.....

Hari ini kita akan mempelajari kategori orang dalam kehidupan. Kategori orang dalam kehidupan boleh dikategori kepada dua iaitu golongan A dan P. Siapakan golongan A. Golongan A adalah orang-orang yang berjaya sikap dan hidupnya aktif. Jadi kita namakan golongan ini sebagai "aktivisonis" dan golongan P pula selalu tidak berjaya dalam kehidupan dan bersikap pasif jadi kita namakan golongan ini sebagai "pasivasionis"

Jadi mari kita sama-sama pelajari dan lihat kategori manakah kita? A atau P?


Aktivisionis adalah orang yang membuat, melaksanakan sesuatu melalui wawasan , merancang lantas melakukanya manakala


Pasivasionis juga merancang namun tidak melakukanya dan menangguhkan rancanganya sehingga akhirnya terlambat.

Perbezaan antara golongan A dan P boleh dilihat melalui pelbagai pekara yang kecil seperti A merancang untuk suatu percutian dan melaksanakan percutian tersebut namun P turut merancang namun menangguhkan hingga ke tahun hadapan dan akhirnya percutian yang terbatal.

Golongan A memutuskan untuk mengunjungi masjid secara teratur lantas tetap hadir ke masjid di sebalik kesibukan begitu juga dengan golongan P, mereka juga mempunyai tanggapan adalah baik untuk pergi ke masjid secara teratur namun dia mempunyai  pelbagai alasan untuk menangguhkan niatnya.

Perbezaan antara mereka juga ketara dalam hal-hal yang besar seperti A ingin membangunkan satu perusahaan dan melaksanakanya. P juga ingin mempunyai perusahaan sendiri tapi dia akhirnya berpendapat"lebih baik tidak saja". A yang berumur 40 tahun memutuskan untuk mengubah sistem perkerjaanya maka dia melakukanya.Impian yang sama tetap muncul pada pemikiran P namun dia berdebat dalam diri lalu impian itu lenyap begitu saja.

Perbezaan antara A dan P terdapat dalam segala bidang dan kegiatan. A mendapat apa yang dia inginkan dan kesannya adalah ketenangan batin, kepercayaan kepada diri sendiri dan pendapatan yang meningkat. P tidak melaksanakan apa-apa. Akibatnya dia gelisah dan tidak ada hasil apa-apa., tiada kepercayaan pada diri sendiri dan penghasilannya mendatar begitu saja.

A melaksanakan , bertindak dan membuat. P ingin melakukan sesuatu tetapi tidak melakukanya kerana ingin menunggu kesempurnaan dalam semua pekara. P mempunyai perancangan yang begitu banyak sekali namun A mempunyai perancangan dan tetap melakukanya walaupun tidak sempurna kerana tidak ada titik permulaan yang sempurna untuk memulakan sesuatu yang sempurna.

Banyak orang macam P hanya mahu membuat kalau segala sesuatu sudah selesai dan terjamin namun itu tidak mungkin berlaku kerana tidak ada yang sempurna dan tidak ada yang segala-galanya sudah selesai.....

Jadi kategori manakah saya dan anda.....?

Sumber..