Bismillahirahmanirahim.....
Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
Posting kali ini saya dahului dengan ayat Al Baqarah ayat 156, diatas pemergian seorang saudara yang saya boleh anggap sebagai adik sendiri. Moga penghijrahan Allahyarham beberapa jam tadi ke alam barzah hanyalah satu perpindahan kepada kehidupan yang lebih baik. Saya yakin setelah berada dalam penderitaan selama lebih kurang 2 atau 3 minggu lamanya di Unit Penjagaan Rapi adalah satu proses penghapusan dosa buat Allahyarham dan Moga Allahyarham senantiasa di bawah lindungan rahmat Yang Maha Esa.
Banyak ayat-ayat Al Quran yang menerangkan secara jelas tentang penghijrahan ke alam abadi :
- Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).- Al Baqarah ayat 28
- Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. - AL Baqarah ayat 46
Jesteru buka Minda dan mata hati saya dan kalian kerana hidup sebenarnya adalah perjalanan....Perjalananan ke arah destinasi abadi..itu adalah antara bait-bait puitis Sasterawan Negara Shanon Ahmad yang paling saya gemari. Jadi, apakah perancangan kita selama ini agar penghijrahan kita ke destinasi abadi menjadi penghijrahan yang terbaik dalam hidup. Adakah kita selama ini adalah individu yang asyik memikirkan permasalahan dunia tanpa sempat untuk mengumpul bekalan yang sebenarnya dalam hidup. Berhijrahlah untuk pekara yang lebih baik, berhijrah dari benda yang paling kecil sehinggalah ke yang paling besar dalam kehidupan saya dan kalian.
- Berhijrahlah memposting pekara kebaikan di wall facebook anda
- Berhijrahlah untuk melalukan pekara paling sukar dalam dunia iaitu khusyuk dalam Solat
- Berhijrahlah untuk mempunyai hubungan yang intim dengan Al Quran
- Berhijrahlah untuk melihat kebaikan setiap insan di sekeliling anda
- Berhijrahlah menonton pekara yang baik untuk diri dan keluarga
- Berhijrahlah untuk mendalami ilmu yang boleh dimanafaatkan untuk bekalan di sana
- Berhijrahlah untuk membuat amalan kebaikan setiap hari
Walau apa pun hijrah yang anda ingin lakukan penghijrahan pasti memerlukan perancangan yang baik, bukanlah terjah dan emosi semata-mata. Berhijrah untuk pekara yang lebih baik memerlukan pengorbanan yang tinggi. Berhijrah untuk meninggalkan kehidupan yang leka dengan duniawi semata-mata dan berhijrah untuk mencari ilmu dan sahabat-sahabat yang baik adalah satu penghijrahan terbaik dalam kehidupan saya setakat ini. Saya telah dianugerahkan para guru yang hebat dan para sahabat yang benar-benar membimbing saya ke arah kebaikan. Kerana keyakinan yang mendalam terhadap ayat yang telah ditunjukan oleh Allah inilah yang telah membuat saya tekad untuk berhijrah dari kehidupan yang leka satu ketika dahulu.
Namun terlalu banyak yang hendak diperbaiki Moga semua amalan dan tindakan yang ingin kita lakukan sentiasa dalam lindungan Allah Taala agar perjalanan ke destinasi abadi ini menjadi penghijrahan yang paling sempurna.
Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al Nisa Ayat 100)
Namun terlalu banyak yang hendak diperbaiki Moga semua amalan dan tindakan yang ingin kita lakukan sentiasa dalam lindungan Allah Taala agar perjalanan ke destinasi abadi ini menjadi penghijrahan yang paling sempurna.
Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;