Musuh Ketat bagi yang terbaik adalah baik…
Salam Khamis yang Indah….
Alhamdulillah…..di khamis yang barakah ini saya ingin sekali berkongsi cerita dari sebuah buku istimewa hadiah dari seorang saudara saya “ U turn ke Jalan Lurus”. Saya memang telah sekian lama mencari buku ini, hasil nukilan Ustaz Zulramli Razali, di antara barisan motivator IKIM yang saya minati, kerana saya masih ingat ketika Ustaz Zul mengendali program motivasi pagi cerita-cerita seperti mata lebah dan mata lalat, cerita monyet yang mati tetapi tetap menyusukan anaknya dan cerita seorang lelaki yang dalam perjalanan membawa anak-anaknya berjumpa isterinya yang sakit di dalam comuter dan mendapat panggilan isternya telah meninggal adalah cerita-cerita terbaik yang benar-benar mengubah persepsi saya tentang kehidupan saya setahun yang lalu. Jesturu itu, saya ingin kembali ke jalan yang lebih lurus dan melakukan sesuatu yang lebih bermanafaat dalam kehidupaan yang sementara ini.. …..Alhamdullah sempena hari ibu yang lepas, memang rezeki saya mendapat hadiah buku ini dari seorang saudara, sahabat, kakak dan ibu yang hebat……Sukaran Jazillan Ya Ukhti….Tiada emas dan berlian yang dapat digalang ganti selain dari ilmu dan pengajaran yang hebat dari buku ini…Hanya Allahlah yang dapat membalas budi baik beliau atas pemberian yang hebat ini. Hadiah yang paling bererti dalam kehidupan saya adalah sebuah buku....kerana semua ahli keluarga saya gemar membaca jadi kami sering memberi buku sebagai hadiah dan penghargaan kepada masing-masing. Antara buku kecil yang saya paling sayangi adalah hadiah dari saudara lelaki kesayangan saya Awangku Kasman yang kini berada di Kuwait...Moga-moga Allah merahmati dan mempermudahkan segala urusan perkerjaan beliau di sana amin ya Rabbalamin....
Jadi hari ini saya ingin berkongsi sedikit coretan buku dari mukasurat 48, Buku U Turn ke Jalan Lurus.
Yang menceritakan tetang bagaimana jika kita ingin membuat kebaikan. Banyak diantara kita ingin sekali membuat kebaikan tetapi jelas sekali kita masih tidak faham dan “confuse” ketika mana kita ingin kebaikan kerana amalan yang tidak jelas adalah amalan yang tidak disertai dengan ilmu. Kita selalu merasakan kita telah membuat kebaikan walhal sebenarnya kita hanya dalam keadaan “ syok sendiri” kerana amalan kebaikan yang kita lakukan adalah semata-mata sempurna dari pandangan diri kita sendiri. Lantaran itu adalah penting bagi kita membuat amalan kebaikan yang seiring dengan ilmu yang berguna.
Jadi buatlah yang terbaik untuk mendapat yang lebih baik…kerana musuh ketat terbaik adalah adalah baik…… Jadi untuk mendapat yang terbaik berikut adalah tips yang dikongsi oleh ustaz Zul….
- Ia bermula dengan ilmu yang tepat
- Sebelumnya tersemat niat yang tulus
- Sentiasa ingin belajar dan minta diajar
- Buat dengan penuh penghayatan
- Mendasarihikmah tersirat di samping hukum yang tepat
- Komited serta istiqamah dalam beramal
- Sentiasa meletakan tanda aras(KPI) yang tinggi dengan menjadikan golongan para solehin sebagai pedoman
Jadi sekian sahaja untuk posting kali ini......moga-moga dengan cebisan ilmu ini akan dapat menambah sedikit ilmu dan perubahan minda kita agar menjadi yang lebih baik ke arah perjalanan ke destinasi yang lebih abadi....Buku U turn ke Jalan Lurus adalah buku hebat yang hanya berongkos RM22...ia wajar dimiliki dan dijadikan hadiah bernilai untuk seorang yang istimewa dalam kehidupan anda..Wassalam....