Showing posts with label Seni memberi. Show all posts
Showing posts with label Seni memberi. Show all posts

Thursday, March 8, 2012

Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Bismillahirahmanirahim.....


Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

 Posting kali ini saya dahului dengan ayat Al Baqarah ayat 156, diatas pemergian seorang saudara yang saya boleh anggap sebagai adik sendiri. Moga penghijrahan Allahyarham beberapa jam tadi ke alam barzah hanyalah satu perpindahan kepada kehidupan yang lebih baik. Saya yakin setelah berada dalam penderitaan selama lebih kurang 2 atau 3 minggu lamanya di Unit Penjagaan Rapi adalah satu proses penghapusan dosa buat Allahyarham dan Moga Allahyarham senantiasa di bawah lindungan rahmat Yang Maha Esa.


 Banyak ayat-ayat Al Quran yang menerangkan secara jelas tentang penghijrahan ke alam abadi :

  • Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).- Al Baqarah ayat 28


  • Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. - AL Baqarah ayat 46



Jesteru buka Minda dan mata hati saya dan kalian kerana hidup  sebenarnya adalah perjalanan....Perjalananan ke arah destinasi abadi..itu adalah antara bait-bait puitis Sasterawan Negara Shanon Ahmad yang paling saya gemari. Jadi, apakah perancangan kita selama ini agar penghijrahan kita ke destinasi abadi menjadi penghijrahan yang terbaik dalam hidup. Adakah kita selama ini adalah individu yang asyik memikirkan permasalahan dunia tanpa sempat untuk mengumpul bekalan yang sebenarnya dalam hidup. Berhijrahlah untuk pekara yang lebih baik, berhijrah dari benda yang paling kecil sehinggalah  ke yang paling besar dalam kehidupan saya dan kalian. 

  •  Berhijrahlah memposting pekara kebaikan di wall facebook anda
  • Berhijrahlah untuk melalukan pekara paling sukar dalam dunia iaitu khusyuk dalam Solat
  • Berhijrahlah untuk mempunyai hubungan yang intim dengan Al Quran
  • Berhijrahlah untuk melihat kebaikan setiap insan di sekeliling anda
  • Berhijrahlah menonton pekara yang baik untuk diri dan keluarga
  • Berhijrahlah untuk mendalami ilmu yang boleh dimanafaatkan untuk bekalan di sana
  • Berhijrahlah untuk membuat amalan kebaikan setiap hari

Walau apa pun hijrah yang anda ingin lakukan penghijrahan pasti memerlukan perancangan yang baik, bukanlah terjah dan emosi semata-mata. Berhijrah untuk pekara yang lebih baik memerlukan pengorbanan yang tinggi. Berhijrah untuk meninggalkan kehidupan yang leka dengan duniawi semata-mata dan berhijrah untuk mencari ilmu dan sahabat-sahabat yang baik adalah satu penghijrahan terbaik dalam kehidupan saya setakat ini. Saya telah dianugerahkan para guru yang hebat dan para sahabat yang benar-benar membimbing saya ke arah kebaikan. Kerana keyakinan yang mendalam terhadap ayat yang telah ditunjukan oleh Allah inilah yang telah membuat saya tekad untuk berhijrah dari kehidupan yang leka satu ketika dahulu.

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah Al Nisa Ayat 100)



Namun terlalu banyak yang hendak diperbaiki Moga semua amalan dan tindakan yang ingin kita lakukan sentiasa dalam lindungan Allah Taala agar perjalanan ke destinasi abadi ini menjadi penghijrahan yang paling sempurna.

Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;

Friday, September 30, 2011

JIHAD yang MABRUR

 
Assalamualaikum….


Hari ini adalah hari keberangkatan pertama Jemaah Haji Malaysia ke tanah suci. Alhamdulillah, tahun ini adalah tahun pertama bagi syarikat kami menjalankan operasi secara meluas dalam usaha memperkenalkan produk persediaan Haji dan Umrah kepada pelanggan. Jadi , objektif utama tahun ini adalah tahun memperkenalkan barisan produk koleksi kami.Jesteru, banyak permintaan dan teguran pelanggan yang harus diberi perhatian untuk memperbaiki “line” of produk kami di masa akan datang. Kerana perusahaan yang baik adalah perusahaan yang sentiasa memperbaiki diri dalam melaksankan yang lebih baik dari dahulu.

"hari ini biarlah lebih baik daripada hari semalam dan esok haruslah lebih baik daripada hari ini."

Jutaan terima kasih kepada wargakerja TH , IIC, Ustaz Ibrahim dan yang paling utama para pelanggan kami. Hanya Allah lah yang mampu membalas jasa kalian.

Ustad Geng Sekolah.....Ustad Ibrahim Haileee
Melihat secara “live” bakal pak haji dan mak haji membuat latihan akhir di kursus haji perdana benar-benar merasa lambaian dan perjalanan ke Tanah Suci bukanlah perjalanan dan ibadah yang mudah. Hanya insan terpilihlah yang mampu menyahut perjalanan JIHAD tersebut.

Pada hari penaklukan Mekah, Rasulullah S.A.W bersabda

“ Mekah telah ditakluki, mulai sekarang tidak ada lagi Hijrah. Yang ada hanyalah jihad dan niat menegakan agama Allah. Bila kamu diperintahkan berangkat maka berangkatlah. Mekah telah ditaklukan. Sesungguhnya tanah ini diharamkan Allah sejak terciptanya langit dan bumi. Maka negeri ini negeri haram kerana diharamkan Allah hingga hari kiamat. Siapa pun tidak boleh berperang di negeri ini, baik orang yang sebelum ku mahupun aku sendiri, kecuali hanya satu saat pada siang hari bagi ku. Negeri ini negeri haram kerana diharamkan Allah sampai hari Kiamat. Di negeri ini tidak boleh memotong pohon berduri, tidak boleh memburu binatang-binatang , tidak boleh memungut barang hilang kerana tercicir kecuali untuk diumumkan dan tidak boleh memotong rumput (HR Muslim)

Moga perjalanan jemaah Haji khususnya kedua ayahnda Yakup Kari, Ibunda Dewi Ratna, para pelanggan kami..Kak Ha, Abang Abu dan isteri, Abang Alik dan isteri, Puan Norliza, Puan Kartina, Puan Dayang Fatimah, Encik Sabli, Puan Mastura….dan semua pelanggan kami mendapat perjalanan Haji yang Mabrur…..Amin…..


Abang Abu Bakar....
Kak Ha......

Saturday, August 6, 2011

Rezeki yang Barakah....


Salam Ramadhan….

Alhamdulillah genap 2 bulan saya menjalani “practical” di Taski Abim Kuching dan sesi tersebut telah berakhir semalam….jadi minggu ini konsentrasi semestinya kepada “final report wiriting" dan sebagainya.

2 bulan pengalaman di taski ABIM adalah satu pengalaman yang cukup hebat, hari pertama di Taski tersebut 8 minggu yang lalu benar-benar mengundang rasa terkedu di hati kerana suasana “Islamic” yang di terapkan oleh barisan guru yang hebat-hebat belaka. Amalan rutin seawal pagi seperti amali solat , amalan berzikir dan bertasbih bergema di segenap penjuru taski oleh suara guru dan anak-anak sekecil 4 tahun.



 Betapa tingginya nilai dan pahala guru-guru TASKI ABIM di sisi Allah. Mungkin bagi sesetengah pihak kerjaya guru tadika bukan kerjaya hebat, tiada  istilah berkasut tinggi, make up mahupun tangga gaji yang beriban-riban. Tetapi secara perabadinya saya mengatakan kerjaya inilah yang terbaik di mata saya setakat ini.  Bak kata Ustaz Pahrol di dalam rancangan Al Hidayah semalam

“Allah memberi kerberkatan dalam Rezeki bukan pada soal banyak  nya Rezeki tetapi soal keberkatan pada Rezeki”

Jesteru saya yakin biarlah kita sentiasa dalam keberkatan dari segi Usia, Rezeki dan Ilmu kerana hidup ini adalah satu perjalanan sementara ke destinasi abadi.

Yearly event....Guru-guru berkerjasama mengemas barang untuk golongan Fakir di Bulan Ramadhan......walaupun tiada KPI seperti organisasi lain but they have done more than duniawi KPI......indahnya.....

This is the best class routine.....Ustazah Liana playing Tarbus.and conducting children marhabban.....n zikr...


Jutaan terima Kasih kepada Pengurus Tadika Kawasan Kuching Kak Jariah dan barisan guru Kak Tina, Kak Mary & Kak Hajah Fatimah(Yang paling suka melayan pelbagai pertanyaan saya), Tini, Kak Suraya, Kak Bibi,Kak Suriani, Ustazah Liana dan semua warga Kerja ABIM KUCHING/SAMARAHAN….. Anda semua insan-insan yang hebat dan sebuah organisasi yang hebat……Sukran Jazillan Moga kalian dan organisasi ABIM sentiasa di rahmati Allah…..Amin……

Tuesday, June 7, 2011

Art of Fardu Kifayah- Mandi Jenazah

Tuntulah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad…

“Sesiapa menempuh jalan menuntut ilmu, Allah akan memudahkan perjalanan menuju ke syurga “ Riwayat Tarmizi ....

Lafaz Niat wuduk jenazah perempuan

" Sahaja aku wudukan mayat ini kerana Allah Taala"

Bacaan doa mengoyakan kain kapan jenazah perempuan

" Ya Allah jadikan pakaianya  daripada pakaian orang yang mulia dan masukanlahnya Ya Allah dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani"

Doa semasa Mandi jenazah atau dikenali sebagai air 9

Ruffra Naka Ya Allah Rabbana Wa ilai kal Masir(3X)

"Ampunkanlah dia wahai Allah dan kepada Engkau tempat kembali"

Ruffra Naka Ya Rahman Rabbana Wa ilai kal Masir(3X)

"Ampunkanlah dia wahai Tuhan yang maha Pemurah dan kepada Engkau tempat kembali"

Ruffra  Naka Ya Rahim Rabbana Wa ilai kal Masir(3X)

"Ampunkanlah dia wahai Tuhan yang maha Pengasih  dan kepada Engkau tempat kembali"

Alhamdulillah….syukur ke hadrat Ilahi di atas kesempatan menuntut ilmu fardu kifayah pengurusan jenazah siang tadi. Hari ini saya ingin cepat-cepat berkongsi sedikit ilmu tersebut di blog yang serba sederhana ini. Mudah-mudahan ilmu yang tidak seberapa ini dapat menjadi cetusan agar kita tetap sama-sama belajar menambah ilmu dan memberi dengan lebih banyak insallah. Memang rezeki saya kerana mendapat undangan dari sahabat Damit dan bersama-sama Guru Al Quran  Mak Hajah Teh dan Mak Hajah Napsiah menuntut ilmu mengurus jenazah anjuran biro wanita Pantai Damai yang bertempat di surau kampung Pulo Hilir, Alhamdulillah....banyak sekali ilmu yang saya perolehi dari penceramah berkaliber Ustazah Hajah Naemah.

Mendengar ceramah dan pantang larang sebagai pemandi jenazah atau lebih dikenali sebagai “pegaer” di Sarawak benar-benar mengundang keinsafan tentang kematian dan mencabar semangat ingin benar-benar menuntut ilmu dalam bidang ini satu hari nanti. Namun dengan sekali hadir kursus tersebut belum  dapat memberi tiket untuk memegang title sebagai pegaer sehingga saya benar-benar bersedia dari segi mental, physical , ilmu dan yang paling utama keyakinan dalam menjaga segala pancaindera dan hati dalam usaha menjejak langkah nenda tercinta Allahyarhaman Abeh yang satu ketika dahulu di kampung halaman, Sarikei terkenal sebagai salah seorang pegaer di sana. Masih tersemat dalam ingatan dan terbayang semasa mengikut nenda Abeh di zaman kanak-kanak jesteru mungkin semangat itulah yang sentiasa mengalir di dalam diri dan membuatkan saya terus ingin menuntut ilmu dalam bidang ini, dan insallah terlampau banyak ilmu dan peribadi diri yang perlu diperbaiki dalam usaha tersebut.

Setuju dengan kata-kata ustazah betapa dengan menjadi seorang pegaer “mulut” dah “hati” adalah kunci utama dalam menjaga amanah keluarga si mati agar jenazah mampu disempurnakan dengan sebaik mungkin. Betapa tingginya nilai seorang pegaer yang memikul tanggungjawab fardu kifayah seluruh penduduk setempat , betapa tingginya nilai pahala individu yang sanggup memikul tanggungjawab ini yang tidak mungkin digalang ganti walau segunung emas….. Insallah sama-samalah kita berdoa agar Allah memberikan nikmat ikhlas di atas setiap amalan dan setiap perancangan yang kita impikan…… Amin Ya Rabbal Alamin….

Ustazah the mentor





aksi sang pencari ilmu....i like this attempt..kan2.....



Si Mayat.....hisk....if this 4 real.....kamek lok cabut.....




Kak Kam ....the MC....muah Kak Kam....



Al Fatihah untuk Neneknda tercinta……lambang seorang pegaer dan wanita yang gigih dalam mendidik anak-anak dan cucu-cucunya…Moga Neneknda di tempatkan dalam golongan orang-orang yang dirahmati Allah…..


Sumber : Asas Pengurusan Jenazah, Jabatan Agama Islam Sarawak

Sunday, April 17, 2011

Art of Kurniaan dan Pinjamaan

Salam Ahad yang indah....

Di hari ahad ini mungkin banyak yang telah merancang untuk membawa keluarga untuk aktiviti santai , berjalan-jalan di "window shoping"' atau makan-makan di KFC.....Barakallah mudah mudahan niat murni kita untuk bersama keluarga mendapat keberkataan sehingga ke akhir hayat kita di atas rezeki dan kurniaan Allah kepada kita.Namun , pernahkah terdetik di hati , seandainya kita dijemput hari ini mengadap-Nya apakah kita mampu menilai apakan amalan kebaikan dan pinjamaan yang mampu kita bawa nun di sana. Adakah aktiviti santai bersama keluarga yang kita rancang tadi akan menjadi amalan atau "pencen kekal" kehidupan kita di sana. Lantaran, saya gemar benar menyebut ungkapan puitis ini " Hidup adalah perjalanan, perjalanan ke destinasi yang abadi", bingkisan indah sasterawan negara Shanon Ahmad dalam buku yang berjudul Marhabban adalah satu ingatan untuk saya dan kita semua agar di sebalik kehidupan yang indah ini ada kurniaan dan pinjamaan dari yang maha Esa yang wajib kita pulangkan kepadaNya untuk menjadi bekalan kita nanti.

Mari kita renung ayat Indah ini yang bermaksud

" Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu. Aku tidak sekali-kali mengkhendaki sebarang rezeki pemberiaan dari mereka dan Aku tidak mengkhendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja yang memberi Rezeki(kepada makhlukNya,dan Diala lah sahaja) Yang mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga,lagi Yang Maha Kuat Kukuh KekuasaanNya. (Surah Adz-zaariyaat ayat 56-58)

Dan hadis Nabi yang sesuai dengan ayat ini adalah yang di keluarkan oleh Sa'aid bin Masur, Ibnu Sa'ad Bazzar, Ibnu Jarir, Ibnu Mundzir, Ibnu Abi Hatim, At Tabrani dan Al Baihaqi dari Ibnu Mas'ud r.a :

" Takala turun ayat berkataalah Abu Dahdan Al-Ansari " Ya Rasulullah! Apakah sebenarnya Allah menkhendaki pinjamaan daripada kita?" Sabda Nabi s.a.w :" Benar ya Abu Dahdah" Abu Dahdah berkata :" Hulurkan tangan tuan ya Rasulullah" Lalu Nabi s.a.w menghulurkan tanganya kepada Abu Dahdan dan disambut oleh Abu Dahdah dengan ucapan " Sesungguhnya saya telah meminjamkan kebunku yang ditanam enam ratus pohon kurma kepada Allah".

Jelas, berdasarkan ayat dan hadis tersebut, Allah s.w.t yang Maha Agung memberikan kepada hamba-hambaNya dan menjelaskan bahawa Dia telah memberikan kurnia dan harta kekayaan kepada kita, dan dengan demikan adalah wajib dan tugas kita memberi kembali pinjaman kepada Allah dengan memberi dan melakukan sedekah, derma atau wang kepada mereka yang memerlukan.

Mari kita renung sekali lagi ayat seterusnya yang menyebut perihal pinjaman yang baik di sisi Allah

"Wahai orang-orang yang beriman, mahukan Kutunjukan kepadamu satu perniagaan yang akan melepaskan kamu dari seksa yang pedih. Iaitu bahawa beriman kamu kepada Allah dah RasulNya dan berjuang pada jalan Allah dengan harta dan dirimu. Itulah yang terbaik bagimu, jika kamu mengetahui. (Jika kamu berbuat demikian) nescaya Allah mengampuni dosamu dan memasukan kamu ke-dalam syurga yang mengalir air sungai dibawahnya.dan (ke dalam) tempat-tempat diam yang indah dalam syurga Adn. Itulah kemenangan yang besar. (Dan hikmat-nikmat)lain yang kamu cintai iaitu pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat. Dan berilah khabar gembira orang-orang mukmin"
(Surah As Saff- Ayat 10-13).



Lantaran itu saya ingin berkongsi 3 cara atau “channel” boleh kita beri sebagai pinjaman baik ini khususnya untuk warganegara di Kuching ,Sarawak dan Sabah

1.      Rumah Amal  Nur Murni (dengan pendaftaraan 86668)

 Rumah Amal Nur Murni merupakan rumah kebajikan yang menaungi 25 anak fakir miskin, anak-anak dari “broken family” , anak-anak yatim yang menaungi lebih kurang 25 anak-anak kategori asnaf tersebut. Beralamat di No 22, Lot 1365 Lorong Field Force 8E Taman Green Field, Batu Kawa 93250 Kuching, Sarawak. No tel : 082-685919. Mereka memerlukan banyak keperluaan terutamanya makanan, alatan tulis, kerusi meja, tempat tidur yang selesa dan sebagainya.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi
En Mohamad Shukri(0122793598) atau En. Mohamad Salleh(0148596525)

Anak-anak yang baru balik dari sekolah


Ms. Hairani & Kakak Caterer

 
Antara sahabat yang turut memberi sokongan ..Thanks Abang Tu



Ustaz yang khyusuk & Encik Ismawi antara Dermawan
yang hadir

2. Wakaf ke Masjid Muhajirin Matang Jaya

Masjid Matang Muhajirin Matang Jaya yang masih memerlukan bantuan wakaf untuk menampung pembelanjaan pembinaan Masjid Baru Matang Jaya. Untuk maklumat lanjut sila layari blog Masjid...

http://almuhajirinmatangjaya.blogspot.com/



1 PETAK = RM10.00
NO.AKAUN RHB ISLAMIC
21125460000220





3.  Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran Bestari, Sabah di bawah bimbingan Ustaz Mohd Farhad

... Sila Log In ke.....http://www.tahfizbestari.com/

HULURKAN DERMA, ZAKAT DAN SEDEKAH
Atas Nama :
Akademi Tahfiz Al-Quran Wal Hadith
No. Akaun Maybank 5622-63-01294


Dengan ini saya sudahi posting kali ini dengan doa " Moga-moga Allah menerima amalan kita sebagai pinjaman kepada-Nya ... Amin ya Rabbal Alamin.....