Tuntulah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad…
“Sesiapa menempuh jalan menuntut ilmu, Allah akan memudahkan perjalanan menuju ke syurga “ Riwayat Tarmizi ....
Lafaz Niat wuduk jenazah perempuan
" Sahaja aku wudukan mayat ini kerana Allah Taala"
Bacaan doa mengoyakan kain kapan jenazah perempuan
" Ya Allah jadikan pakaianya daripada pakaian orang yang mulia dan masukanlahnya Ya Allah dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani"
Doa semasa Mandi jenazah atau dikenali sebagai air 9
Ruffra Naka Ya Allah Rabbana Wa ilai kal Masir(3X)
"Ampunkanlah dia wahai Allah dan kepada Engkau tempat kembali"
Ruffra Naka Ya Rahman Rabbana Wa ilai kal Masir(3X)
"Ampunkanlah dia wahai Tuhan yang maha Pemurah dan kepada Engkau tempat kembali"
Ruffra Naka Ya Rahim Rabbana Wa ilai kal Masir(3X)
"Ampunkanlah dia wahai Tuhan yang maha Pengasih dan kepada Engkau tempat kembali"
Alhamdulillah….syukur ke hadrat Ilahi di atas kesempatan menuntut ilmu fardu kifayah pengurusan jenazah siang tadi. Hari ini saya ingin cepat-cepat berkongsi sedikit ilmu tersebut di blog yang serba sederhana ini. Mudah-mudahan ilmu yang tidak seberapa ini dapat menjadi cetusan agar kita tetap sama-sama belajar menambah ilmu dan memberi dengan lebih banyak insallah. Memang rezeki saya kerana mendapat undangan dari sahabat Damit dan bersama-sama Guru Al Quran Mak Hajah Teh dan Mak Hajah Napsiah menuntut ilmu mengurus jenazah anjuran biro wanita Pantai Damai yang bertempat di surau kampung Pulo Hilir, Alhamdulillah....banyak sekali ilmu yang saya perolehi dari penceramah berkaliber Ustazah Hajah Naemah.
Mendengar ceramah dan pantang larang sebagai pemandi jenazah atau lebih dikenali sebagai “pegaer” di Sarawak benar-benar mengundang keinsafan tentang kematian dan mencabar semangat ingin benar-benar menuntut ilmu dalam bidang ini satu hari nanti. Namun dengan sekali hadir kursus tersebut belum dapat memberi tiket untuk memegang title sebagai pegaer sehingga saya benar-benar bersedia dari segi mental, physical , ilmu dan yang paling utama keyakinan dalam menjaga segala pancaindera dan hati dalam usaha menjejak langkah nenda tercinta Allahyarhaman Abeh yang satu ketika dahulu di kampung halaman, Sarikei terkenal sebagai salah seorang pegaer di sana. Masih tersemat dalam ingatan dan terbayang semasa mengikut nenda Abeh di zaman kanak-kanak jesteru mungkin semangat itulah yang sentiasa mengalir di dalam diri dan membuatkan saya terus ingin menuntut ilmu dalam bidang ini, dan insallah terlampau banyak ilmu dan peribadi diri yang perlu diperbaiki dalam usaha tersebut.
Setuju dengan kata-kata ustazah betapa dengan menjadi seorang pegaer “mulut” dah “hati” adalah kunci utama dalam menjaga amanah keluarga si mati agar jenazah mampu disempurnakan dengan sebaik mungkin. Betapa tingginya nilai seorang pegaer yang memikul tanggungjawab fardu kifayah seluruh penduduk setempat , betapa tingginya nilai pahala individu yang sanggup memikul tanggungjawab ini yang tidak mungkin digalang ganti walau segunung emas….. Insallah sama-samalah kita berdoa agar Allah memberikan nikmat ikhlas di atas setiap amalan dan setiap perancangan yang kita impikan…… Amin Ya Rabbal Alamin….
Ustazah the mentor |
aksi sang pencari ilmu....i like this attempt..kan2..... |
Si Mayat.....hisk....if this 4 real.....kamek lok cabut.....
|
Kak Kam ....the MC....muah Kak Kam.... |
Al Fatihah untuk Neneknda tercinta……lambang seorang pegaer dan wanita yang gigih dalam mendidik anak-anak dan cucu-cucunya…Moga Neneknda di tempatkan dalam golongan orang-orang yang dirahmati Allah…..
Sumber : Asas Pengurusan Jenazah, Jabatan Agama Islam Sarawak
No comments:
Post a Comment