" Sesiapa yang tidak mengasihinya, tentu tidak akan dikasihi orang"(Riwayat al Bukhari dan Muslim)
Alhamdulillah hari ini masuk minggu kedua saya menjalani "practical "selama 8 minggu di taski ABIM...banyak sungguh ilmu yang saya perolehi sejak hari pertama di taski tersebut. Penerapan nilai islam dalam pembelajaran "early childhood" adalah menjadi sebab utama saya memilih taski ABIM sebagai medan akhir untuk menamatkan tesis diploma saya. Alhamdulillah, jelas pilihan saya tidak tersasar kerana menjadikan taski ini sebagai panduan dalam penilaian akhir saya. Jelas semua ini adalah perancangan, peluang dan anugerah hebat dari Allah, kerana semasa saya sedang berkira-kira mencari tempat "practical" dahulu tadika Abim inilah tempat pertama yang saya tujui , dan tanpa sebarang halangan dengan satu soalan sahaja Pengurus Taski Puan Halijah memberi persetujuan atas hajat saya . Syukur ke hadrat ilahi....nyata semua kesenangan dan kemudahan ini adalah tidak lain semuanya adalah perancangan hebat dari yang maha kuasa....
Jadi hari ini saya ingin berkongsi kisah dan sunnah Rasulullah yang mencintai kanak-kanak, lantas saya teringat kata-kata Ustazah Suraini dari Taski Abim Seri Wangi betapa mencintai dan mengajar kanak-kanak adalah membawa kita mencium bau syurga.....
Kisah Rasulullah.....
Pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w sedang menunaikan solat dan sujud, tiba-tiba al Hassan dan al-Husain naik atas belakang baginda. Ketika beberapa orang sahabat yang melihat kejadian itu hendak mengalihkan dua cucu baginda tetapi Nabi memberi isyarat supaya membiarkannya.
Setelah selesai solat baginda mengajar dua orang cucunya masuk ke dalam bilik sambil bersabda kepada para sahabat
" Sesiapa yang mencintai aku hendaklah mencintai dua anak ini" (Riwayat Abu Laila dengan isnad yang baik)
Kemudian, Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa pada suatu hari beliau melihat Rasulullah s.a.w mencium al Hasan bin Ali di depan al Aqra bin Habis yang ketika itu berada di kediaman baginda s.a.w. Al Aqra berkata " Ya Rasulullah, saya mempunyai sepuluh orang anak tetapi tidak seorang pun antara mereka yang pernah saya cium. Mendengar demikian Rasulllah s.a.w menantap wajah al-Aqra sambil bersabda "
Sesiapa yang tidak mengasihi tentu dia tidak akan dikasihi orang" Riwayat al Bukhari dan MuslimBarisan Guru yang di terajui oleh Ustazah Liana semasa sesi bersolawat sambil mengunakan Islamic instruments... |
....Petikan hadis.....Qudsi
"Wahai Musa fakir daripada kebaikan itu ialah kematian yang besar. Wahai Musa, barang sesiapa yang tidak bermesyuarat ia akan sesal...... Wahai Musa barang siapa yang telah istikharah tidak akan menyesal..."
....Moga Allah mencintai kita dengan menjadi pendengar agar kita dapat gunakan bagi mendengar, dan penglihatan untuk kita melihat segala kebaikan, menjadikan tangan yang dapat kita gunakan memegang dan kaki yang kita gunakan untuk berjalan kearah perjalanan yang lebih baik. Moga permohonan kita dikabulkan oleh Allah dan kepadanya kita memohon segala perlindungan.....Amin.....
No comments:
Post a Comment