Friday, January 27, 2012

Sunnah Rasulullah

Salam Rabiulawal

Bersemperna bulan kelahiran Nabi Junjungan kita, saya berniat untuk berkongsi sebuah buku yang hebat dan wajar dimiliki oleh setiap insan yang ingin mendalami rasa cinta kepada baginda Rasulullah. Buku yang sangat hebat ini pada asalnya dalam bahasa Gujerat  telah diterjemaah ke Bahasa Malaysia. Jadi dalam memanjangkan amalan dan kebaikan buku ini saya berniat untuk menjadikan hari-hari dibulan ini untuk berkongsi secara ringkas setiap bab di dalam buku ini, kerana mungkin ada insan yang tidak gemar membaca buku tetapi hanya minat membaca tulisan-tulisan ringkas di blog. Jadi sama-samalah kita berusaha memanjangkan amalan penulis dan mempertingkatkan ilmu mencintai baginda. Jadi hari ini saya akan berkongsi serba sedikit Bab Pertama.

Bab 1.

Wajah Rasulullah

Rupa Rasullulah adalah di luar kemampuan manusia untuk melukiskan gambaran mengenai rupa baginda. Namun didalam bab ini membincangkan hadis-hadis sahih yang menerangkan rupa paras baginda. Barisan info-info berikut adalah serba ringkas informasi yang terdapat didalam hadis-hadis tersebut.
  • Rasulullah S.A.W tidak tinggi dan tidak tersangat rendah
  • Wajahnya tidak terlalu putih seumpama kapur dan tidak pula terlalu pudar
  • Rambutnya tidak terlalu lurus dan tidak terlampau kerenting seperti orang Afrika, rambut baginda melepasi sedikit dari cuping telinga
  • Allah telah mengurniakan cap mohor kenabian di umur baginda 40 tahun dan terdapat di antara dua bahunya
  • Diwafatkan di umur 63 tahun
  • Uban pada janggutnya tidak melebihi 20 helai
  • Tapak tangannya yang mulia dan kedua-dua kakinya beisi (tidak kurus dipenuhi isi)
  • Kepalanya yang mulia dan sendi-sendi tulang pun besar
  • Daripada dada sehinggalah ke pusat terdapat suatu barisan bulu-bulu yang nipis, namun badan Rasulullah tidak ada berbulu.
  • Apabila berjalan baginda berjalan pantas seumpama menuruni curam bukit
  • Badannya tidak gemuk dan wajahnya tidak bulat tetapi bujur
  • Matanya tersangat hitam dan bulu keningya panjang
  • Apabila baginda menumpukan perhatiannya kepada seseorang baginda melakukannya dengan seluruh jasadnya, baginda akan memusingkan seluruh tubuhnya yang mulia dan menoleh mukanya yang bercahaya untuk memberi perhatian
  • Matanya yang mulia sentiasa berada di bawah kebanyakanya memandang ke arah bumi daripada memandang langit 
  • Apabila baginda (s.a.w)  berjalan di kalangan sahabat, baginda(s.a.w) akan mendahului memberi salam apabila bertemu dengan orang ramai.
  • Wajah baginda bercahaya seumpama bulan
  • Gigi hadapan Rasullullah s.a.w sedikit jaraknya daripada yang lain dan gigi-gigi itu tidak terlampau rapat. Apabila baginda bersabda seakan-akan keluarlah cahaya dari celah-celah giginya.

 Ali R.A menriwayatkan bahawa " Aku tidak pernah melihat wajah seorang yang wajahnya terlebih tampan dan kacak, sama ada sebelum  atau selepas (S.A.W)


Sumber(Bab Pertama Mukasurat 1-20)




Buku boleh di dapat di Koleksi kami : DAYANG KOLEKSI

Wednesday, January 25, 2012

1st day of Rabiulawal

Salam Rabiulawal.....


Alhamdulillah , hari ini adalah hari pertama kita di bulan Rabiulawal. Ya, bulan Rabiulawal bukanlah seglamer bulan-bulan lain seperti Ramadhan, Syawal, Rejab dan sebagainya. Tetapi di bulan inilah ada satu hari dan tarikh penting kelahiran insan unggul yang menjadi Teladan Sepanjang Zaman.

Mungkin kita hairan kenapa baginda Rasullullah tidak dilahirkan di bulan seglamer Ramadahan atau Syawal atau di bulan Haji...dan tidak dilahirkan di hari Jumaat atau di hari Arafah, atau hari Assura bahkan baginda dilahirkan di pada hari Isnin.?Hakikatnya hanya Allah yang mengetahui kenapa baginda dilahiran di bulan yang tidak glamer iaitu bulan Rabiulawal dan di Hari Isnin ...Namun ada sumber dari Al alim..telah mengatakan baginda dilahirkan pada tanggal 12 RabiulAwal dan pada hari isnin adalah kerana atas sebab-sebab berikut :

  • Allah hendak menkhususkan Rasullah dengan pengkhususan waktu bukannya dengan bulan dan hari tertentu
  • Rasulullah tidak mulia kerana bulan atau waktu namun bulan , masa dan waktu telah menjadi mulia kerana baginda Rasulullah, contohnya Qaseedah Burdah yang dicipta dan disyairkan oleh Imam Busairi telah menjadi terkenal dan mulia kerana baginda Rasulullah.Contoh lainnya adalah Madinnah telah menjadi bercahaya dan terkenal kerana Rasulullah...
Jadi sama-samalah kita memperingati dan mendalami ilmu agar tetap mencintai Rasulullah dalam apa jua bulan, waktu dan masa.....

أَنْتَ الَّذِيْ أَشْرَقْتَ فِيْ أُفُقِ الْعُلاَ فَمَحَوْتَ بِالأَنْوَارِ كُلَّ ضَلاَلِ
وَبِكَ اسْتَنَارَ الْكَوْنُ يَا عَلَمَ الْهُدَى بِالنُّوْرِ وَالإِنْعَامِ وَالإِفْضَالِ
صَلَّى عَلَيْكَ اللّهُ رَبِّ دَآءِمًا أَبَدًا مَعَ الإِبْكَارِ وَالآصَالِ
وَعَلَى جَمِيْعِ الآلِ وَالأَصْحَابِ مِنْ قَدْ خَصَّهُمْ رَبُّ الْعُلاَ بِكَمَالِ
WAHAI PURNAMA Wahai purnama…..wahai purnama Yang indah lagi sempurna Bagaimana….bagaimana Nak ku luah dengan kata-kata Engkau menyinar di alam tinggi….dia alam tinggi…. Terangi kegelapan dan kebatilan… Dengan mu alam bergemerlapan….bergemerlapan… Zahir batin nur nikmat dan kemuliaan Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya…. Siang dan malam jua…..siang dan malam jua Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu…. Mereka yang istimewa dam amat sempurna….




Sumber : Ikim, Hikmah Maulidul Rasul.