Salam Rabiulawal.....
Sumber : Ikim, Hikmah Maulidul Rasul.
Alhamdulillah , hari ini adalah hari pertama kita di bulan Rabiulawal. Ya, bulan Rabiulawal bukanlah seglamer bulan-bulan lain seperti Ramadhan, Syawal, Rejab dan sebagainya. Tetapi di bulan inilah ada satu hari dan tarikh penting kelahiran insan unggul yang menjadi Teladan Sepanjang Zaman.
Mungkin kita hairan kenapa baginda Rasullullah tidak dilahirkan di bulan seglamer Ramadahan atau Syawal atau di bulan Haji...dan tidak dilahirkan di hari Jumaat atau di hari Arafah, atau hari Assura bahkan baginda dilahirkan di pada hari Isnin.?Hakikatnya hanya Allah yang mengetahui kenapa baginda dilahiran di bulan yang tidak glamer iaitu bulan Rabiulawal dan di Hari Isnin ...Namun ada sumber dari Al alim..telah mengatakan baginda dilahirkan pada tanggal 12 RabiulAwal dan pada hari isnin adalah kerana atas sebab-sebab berikut :
- Allah hendak menkhususkan Rasullah dengan pengkhususan waktu bukannya dengan bulan dan hari tertentu
- Rasulullah tidak mulia kerana bulan atau waktu namun bulan , masa dan waktu telah menjadi mulia kerana baginda Rasulullah, contohnya Qaseedah Burdah yang dicipta dan disyairkan oleh Imam Busairi telah menjadi terkenal dan mulia kerana baginda Rasulullah.Contoh lainnya adalah Madinnah telah menjadi bercahaya dan terkenal kerana Rasulullah...
Jadi sama-samalah kita memperingati dan mendalami ilmu agar tetap mencintai Rasulullah dalam apa jua bulan, waktu dan masa.....
وَبِكَ اسْتَنَارَ الْكَوْنُ يَا عَلَمَ الْهُدَى بِالنُّوْرِ وَالإِنْعَامِ وَالإِفْضَالِ
صَلَّى عَلَيْكَ اللّهُ رَبِّ دَآءِمًا أَبَدًا مَعَ الإِبْكَارِ وَالآصَالِ
وَعَلَى جَمِيْعِ الآلِ وَالأَصْحَابِ مِنْ قَدْ خَصَّهُمْ رَبُّ الْعُلاَ بِكَمَالِ
WAHAI PURNAMA Wahai purnama…..wahai purnama Yang indah lagi sempurna Bagaimana….bagaimana Nak ku luah dengan kata-kata Engkau menyinar di alam tinggi….dia alam tinggi…. Terangi kegelapan dan kebatilan… Dengan mu alam bergemerlapan….bergemerlapan… Zahir batin nur nikmat dan kemuliaan Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya…. Siang dan malam jua…..siang dan malam jua Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu…. Mereka yang istimewa dam amat sempurna….
Sumber : Ikim, Hikmah Maulidul Rasul.
No comments:
Post a Comment