Salam Ahad yang indah....
Di hari ahad ini mungkin banyak yang telah merancang untuk membawa keluarga untuk aktiviti santai , berjalan-jalan di "window shoping"' atau makan-makan di KFC.....Barakallah mudah mudahan niat murni kita untuk bersama keluarga mendapat keberkataan sehingga ke akhir hayat kita di atas rezeki dan kurniaan Allah kepada kita.Namun , pernahkah terdetik di hati , seandainya kita dijemput hari ini mengadap-Nya apakah kita mampu menilai apakan amalan kebaikan dan pinjamaan yang mampu kita bawa nun di sana. Adakah aktiviti santai bersama keluarga yang kita rancang tadi akan menjadi amalan atau "pencen kekal" kehidupan kita di sana. Lantaran, saya gemar benar menyebut ungkapan puitis ini " Hidup adalah perjalanan, perjalanan ke destinasi yang abadi", bingkisan indah sasterawan negara Shanon Ahmad dalam buku yang berjudul Marhabban adalah satu ingatan untuk saya dan kita semua agar di sebalik kehidupan yang indah ini ada kurniaan dan pinjamaan dari yang maha Esa yang wajib kita pulangkan kepadaNya untuk menjadi bekalan kita nanti.
Mari kita renung ayat Indah ini yang bermaksud
" Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu. Aku tidak sekali-kali mengkhendaki sebarang rezeki pemberiaan dari mereka dan Aku tidak mengkhendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja yang memberi Rezeki(kepada makhlukNya,dan Diala lah sahaja) Yang mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga,lagi Yang Maha Kuat Kukuh KekuasaanNya. (Surah Adz-zaariyaat ayat 56-58)
Dan hadis Nabi yang sesuai dengan ayat ini adalah yang di keluarkan oleh Sa'aid bin Masur, Ibnu Sa'ad Bazzar, Ibnu Jarir, Ibnu Mundzir, Ibnu Abi Hatim, At Tabrani dan Al Baihaqi dari Ibnu Mas'ud r.a :
" Takala turun ayat berkataalah Abu Dahdan Al-Ansari " Ya Rasulullah! Apakah sebenarnya Allah menkhendaki pinjamaan daripada kita?" Sabda Nabi s.a.w :" Benar ya Abu Dahdah" Abu Dahdah berkata :" Hulurkan tangan tuan ya Rasulullah" Lalu Nabi s.a.w menghulurkan tanganya kepada Abu Dahdan dan disambut oleh Abu Dahdah dengan ucapan " Sesungguhnya saya telah meminjamkan kebunku yang ditanam enam ratus pohon kurma kepada Allah".
Jelas, berdasarkan ayat dan hadis tersebut, Allah s.w.t yang Maha Agung memberikan kepada hamba-hambaNya dan menjelaskan bahawa Dia telah memberikan kurnia dan harta kekayaan kepada kita, dan dengan demikan adalah wajib dan tugas kita memberi kembali pinjaman kepada Allah dengan memberi dan melakukan sedekah, derma atau wang kepada mereka yang memerlukan.
Mari kita renung sekali lagi ayat seterusnya yang menyebut perihal pinjaman yang baik di sisi Allah
"Wahai orang-orang yang beriman, mahukan Kutunjukan kepadamu satu perniagaan yang akan melepaskan kamu dari seksa yang pedih. Iaitu bahawa beriman kamu kepada Allah dah RasulNya dan berjuang pada jalan Allah dengan harta dan dirimu. Itulah yang terbaik bagimu, jika kamu mengetahui. (Jika kamu berbuat demikian) nescaya Allah mengampuni dosamu dan memasukan kamu ke-dalam syurga yang mengalir air sungai dibawahnya.dan (ke dalam) tempat-tempat diam yang indah dalam syurga Adn. Itulah kemenangan yang besar. (Dan hikmat-nikmat)lain yang kamu cintai iaitu pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat. Dan berilah khabar gembira orang-orang mukmin"
(Surah As Saff- Ayat 10-13).
Lantaran itu saya ingin berkongsi 3 cara atau “channel” boleh kita beri sebagai pinjaman baik ini khususnya untuk warganegara di Kuching ,Sarawak dan Sabah
1. Rumah Amal Nur Murni (dengan pendaftaraan 86668)
Rumah Amal Nur Murni merupakan rumah kebajikan yang menaungi 25 anak fakir miskin, anak-anak dari “broken family” , anak-anak yatim yang menaungi lebih kurang 25 anak-anak kategori asnaf tersebut. Beralamat di No 22, Lot 1365 Lorong Field Force 8E Taman Green Field, Batu Kawa 93250 Kuching, Sarawak. No tel : 082-685919. Mereka memerlukan banyak keperluaan terutamanya makanan, alatan tulis, kerusi meja, tempat tidur yang selesa dan sebagainya.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi
En Mohamad Shukri(0122793598) atau En. Mohamad Salleh(0148596525)
Anak-anak yang baru balik dari sekolah |
Ms. Hairani & Kakak Caterer |
Antara sahabat yang turut memberi sokongan ..Thanks Abang Tu |
Ustaz yang khyusuk & Encik Ismawi antara Dermawan
yang hadir
|
2. Wakaf ke Masjid Muhajirin Matang Jaya
http://almuhajirinmatangjaya.blogspot.com/
1 PETAK = RM10.00
NO.AKAUN RHB ISLAMIC
21125460000220
3. Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran Bestari, Sabah di bawah bimbingan Ustaz Mohd Farhad
... Sila Log In ke.....http://www.tahfizbestari.com/
HULURKAN DERMA, ZAKAT DAN SEDEKAH
Atas Nama :
Akademi Tahfiz Al-Quran Wal Hadith
No. Akaun Maybank 5622-63-01294
Atas Nama :
Akademi Tahfiz Al-Quran Wal Hadith
No. Akaun Maybank 5622-63-01294
No comments:
Post a Comment