Zao An(Selamat Pagi in Mandrin ) dan...Salam Khamis yang ceria.....
Ramai yang sering mengadu "kenapa aku tidak kaya" atau selalu tidak cukup duit terutamanya bila mejelang tengah bulan. Namun adakah kita telah bermuhasabah diri kenapa kita tidak pernah kaya atau cukup duit...Beikut adalah 6 kunci kekayaan yang saya rasa patut kita amalkan dan praktis agar jalan menuju kekayaan yang kita idamkan bakal muncul satu hari nanti...
6 KUNCI KEKAYAAN......petikan dari Petujuk Jalan Kekayaan oleh Chef Li
- Mempunyai satu usaha yang mendatangkan wang - Kekayaan adalah hasil perkerjaan sendiri. Hasil dari sesuatu yang praktis dan bukan magic. Kita tidak kaya kerana setiap hari kita hanya berusaha dan memperkayakan orang lain.
- Kekayaan bermula dengan menyimpan sebahagian pendapatan secara berterusan. Simpan pendapatan anda pada kadar kiraan 1/10 untuk setiap bahagian contohnya 1/10 untuk simpanan yang dilupakan, 1/10 untuk keluarga, atau 1/10 untuk dilabur semula dan sebagainya.
- Mengandakan wang kita melalui pelaburan yang bersih dan menguntungkan. Pelaburan adalah pelaburan jangka panjang dan tiada pelaburan singkat.
- Tunaikan hak mereka yang berhak- Contohnya beri pendapatan anda kepada zakat, sedekah, infaq dan orang-orang yang memerlukan.
- Jangan berhutang atau memberi hutang.
- Berdoa dan bertawakal kepada Allah
"Kekayaan adalah hasil satu usaha yang praktis. Tidak ada jalan pintas untuk kekayaan. Ia harus diamalkan dengan berusaha, jalan sabar dan Istiqamah".....
Moga-moga tips di atas mampu membantu saya dan anda agar bermuhasabah dan berfikir sejenak tentang kekayaan....tetapi secara peribadinya saya berpendapat Kunci kekayaan yang utama adalah kunci yang ke 6...kerana kepada Allah yang maha Kayalah kita memohon agar diperkayakan dalam apa jua bidang, Kaya dari segi harta benda, iman, ilmu, kesihatan, budi perkerti, dan sebagainya......
Moga ringkasan bacaan saya di atas menjadi petunjuk kekayaaan anda, adalah tidak adil kepada penulis buku sekiranya saya menulis panjang lebar tentang maklumat yang saya tulis di atas...kerana anda sendiri mampu memiliki buku ini, buku yang wajib dibeli oleh kalangan yang tercari-cari ilmu perniagaan....Insallah......
Jutaan terima Kasih kepada adeknda Awangku Udin yang membeli buku ini kepada saya.......Xie-Xie wo de di di....
No comments:
Post a Comment