Monday, October 1, 2012
Thursday, June 28, 2012
Banyakan Khidmat Untuk Orang Lain
Assalamualikum....
Salam Syaaban, hari ini saya ingin bercerita berkenaan dengan nilai khidmat kita dengan orang lain...Bercakap tentang khidmat ada beberapa cerita khidmat yang pernah baca dari baru dengar di radio Ikim pagi ini. Para sahabat Nabi s.a.w memang terkenal dengan sifat mendahulukan orang lain, cerita yang paling terkenal adalah di masa Perang Yarmuk peristiwa syahid 3 orang sahabat yang mendahulukan orang lain di ketika hampir nazak. Haris bin Hisyam, Karamah bin Abu Jahal dan Suhai r.a adalah cerita sahabat yang mendahulukan org lain dalam kehidupan walau dalam keadaan nazak Ketika Haris bin Hisyam dalam keadaan nazak seseorang datang membawa air kepadanya, namun apabila mendengar suara Karamah memohon pertolongan beliau meminta agar air didahulukan kepada Karamah, namun sebelum meneguk air, Karamah mendengar suara Suhai r.a meminta air dan Karamah menyuruh si tukang air mendahulukan air kepada Suhai. Namun apabila, si tukang air membawa air kepada Suhai, Suhai telah syahid, dan beliau membawa air kepada Karamah, dah Karamah juga telah syahid dan begitu juga kepada Haris bin Hisyam.
Apakah pengajaran dari cerita syahid para sahabat ini, betapa tingginya nilai persahabatan dan nilai para syuhada ini, di kala hampir nazak mereka tetap mendahulukan orang lain di akhir nyawa. Cerita ini menjadi muhasabah dan cermin kepada kita dan saya...Setakat manakah kita pernah berkhidmat dan membantu insan di sekeliling kita.
Imam Ghazali seorang Ulama terkenal satu masa dahulu, beliau adalah tokoh ilmuan dalam sejarah Islam, tapi tahukah anda apakah khidmatnya di waktu malam? Beliau mencuci tandas awam bagi menghindar rasa khibir, ego dan riak dalam diri, jadi dimanakan khidmat kita kepada insan di sekeliling kita?
Dengan memberi khidmat kepada orang lain adalah menjadi asbab agar Allah membersihkan hati dan mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat kepada kita.
Jesteru saya dengan rendah hati menjemput kalian untuk hadir berkhidmat kepada insan yang memerlukan darah di Kempen Derma Darah 1Astana , kerana mungkin di saat ini kita tidak memerlukan darah namun banyak insan di luar sana yang sedang menunggu bekalan darah untuk mereka.
Click to enlarge the image |
Saya masih ingin sekitar beberapa tahun dahulu saya juga seorang yang takut untuk memberi darah kepada insan lain, namun ada peyebab kepada Allah membuka keberanian saya kerana insan yang saya paling sayangi telah mengamanahkan agar kami semua membayar semula darah yang dimasukan ke badannya. Alhamdulillah dengan beberapa pain darah itulah ayahnda Yan saya masih sihat sehingga kini. Itulah detik pertama saya memberanikan diri untuk megikut sahabat baik saya Cik Puan Habibon Junaidi pergi ke Tabung Darah Negara. Saya masih ingat satu peristiwa indah semasa menderma darah sekitar 2 tahun dahulu. Terdapat seorang pemuda Bidayuh yang mukanya agak pucat duduk bersama-sama saya selepas menderma sambil makan telur half -boiled terbaik di Kuching. Dia menyoal saya adakah terasa pening dan rasa terhoyong hayang adalah effect selepas derma darah, jadi saya tanya" First timer? , dan beliau mengangguk kepala, lantas dia berkata adiknya sedang berada di ICU dan tidak dapat proceed with "operation" selepas berlaku kemalangan di Kota Samarahan kerana darah positif A tidak mencukupi, so saya lantas berkata Oh saya A+ donor , cakap dengan Kak Kam(pembantu di Hospital darah) take mine to your brother." Pada masa itulah beliau terus menangis di hadapan saya dan berkata " Thank You Dayang May God Bless you and your Family" . Di ketika dia mendoakan saya, saya sungguh berasa terharu kerana selama saya berkerja dahulu even Boss pun tidak pernah hendak berterima kasih dan menghargai saya, saya mendengar doa yang begitu ikhlas untuk saya dan keluarga dari Insan yang beragama lain.. dan..saya juga sedih kerana betapa tingginya nilai kasih sayang seorang abang kepada adiknya.....Jesturu saya amat bersyukur kerana telah diberi peluang oleh Allah untuk memberi apa yang saya ada kepada insan yang memerlukanya...Hey...saya mungkin tidak ada banyak duit yang banyak untuk diberi. kepada. masyarakat but I have my Blood to give to people around me....So apa tunggu lagi bersama-sama saya dan para peniaga di Plaza Astana untuk menderma darah di Kempen Derma Darah 1 Astana pada 2HB JULAI 2012, pukul 8.00 pagi sehingga 2.00 petang, bertempat di Lobi Plaza Astana....Sebar & Jumpa di sana.......
Monday, June 25, 2012
Muhasabah Cinta...Saya cinta kamu kerana Allah
Assalamualaikum........Salam Syabaan.....
Pejam celik sungguh cepat sungguh masa berlalu., dah masuk bulan Syabaan....jadi bagi menambah sedikit ilmu di transit kehidupan ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya kutip pada hari Sabtu lepas di seminar Bidadari Rumahtangga yang dibentangkan oleh Ustazah Nurhafizah, cantik dan berilmu sesangat Ustazah nie...selalu tengok dalam TV dan dengar di Ikim sahaja. Anyway, alhamdulillah diberi peluang Allah dan sahabat di Al Azim (Kak Hajah Alina & Kak Rosma) untuk sama-sama menimba ilmu dan pengalaman di Majlis Ilmu tersebut. Alhamdulillah dapat pergi ke majlis ilmu bersama-sama insan kesayangan saya Ibu Jubaidah Kari, Kak Noor, Aida Royani, Ina Rakawi, Hasma , Kak HajaH Melur, Ustazah Napisah...dan banyak lagi insan-insan kamil yang saya sayangi......Jelas Saya CINTA kalian kerana Allah.....
So ....Serba Sedikit coretan ilmu yang saya dapat kongsi bersama agar tetap menjadi amalan dan bacaan umum bersama....dan sambil mendengar lagu favourite Ustazah, Muhasabah Cinta di blog serba kekurangan ini.....
Ustazah Nurhafizah says....
Slot 1(Ciri-ciri Wanita Bidadari)
- Memiliki seketul hati yang Bersih-
- Apa yang kita buat dengan hati yang bersih Allah tidak akan lalai untuk mengigatiNYA,
- Hati yang baik akan berakhir dengan pengakhiran yang baik,
- Jujur dengan apa jua perlakuan yang kita lakukan dan jangan membuat sesuatu usaha untuk dinilai oleh Manusia kerana Allahlah sebaik-baik penilai dalam apa jua perlakuan yang kita lakukan...
- Jangan Ungkit atau sebut segala kebaikan yang kita lakukan kerana semakin banyak kita menyebut semakin banyak kita terseksa...
- Doa yang Ustazah share " WAHAI ALLAH , AKU IKHLASKAN SEGALA AMALAN KU KEPADAMU YA ALLAH...AKU MENGHARAPKAN PADAMU AMALAN, PENGORBANAN, PANDANGAN , PERHATIAN, RAHMAT MU, KETENANGAN DAN KEREDHAAN DARIMU YA RABBALAMIN
- Tanda kepuasan hati adalah satu ganjaran dunia yang Allah beri, contoh puas hati memasak dengan anak-anak walaupun penat berkerja...
2. Menjaga Solat (Tiang Agama)
- Wanita bidadari sentiasa menjaga Solat dalam apa jua keadaan,
- Tidak Jaga Solat Umpama Layang-layang yang putus Tali
- Slogan Ustazah suruh guna " Allah didahulukan Solat Diutamakan"
3. Hidup Bersama Al Quran
- Siapa nak tahu dia dekat dengan Allah , cuba tengok sedekat mana kita dengan Al Quran, sekerap mana atau sejarang-jarang mana kita membaca dan mentadabur Al Quran dalam kehidupan kita seharian
- Mulai hari dengan Al Quran dan akhiri hari dengan Al Quran
- Apabila kita mulai bersama Al Quran Allah akan pantas membuka Mata Hati kita untuk mendapat Hidayah dan Petunjuk dalam apa jua permasalahan kehidupan
SLOT KE-DUA-PETA KEHIDUPAN
Slot kedua lebih kepada Alam kehidupan yang kita telah jalani, sedang dan bakal tempuhi, Jadi alam sekarang di dunia adalah alam dimana Allah memberi peluang agar kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengutip dan memborong segala amalan kebaikan untuk dibawa pulang di alam yang seterusnya...
SLOT KE TIGA - Masa depan Wanita yang berharga
Dekat Slot ini Ustazah lebih banyak memaparkan statistik kehidupan terutamanya statistik anak-anak zina dan penzina di negara kita....MasyaAllah...sampai tak sanggup nak tengok video penguguran anak-anak haram dilakukan.....Slot ini banyak yang menangis...terutama...sahabat kat sebelah......next time kena bawa tisu banyak sikit...
Sebagai summary nya.... Ustazah kata....dalam kehidupan kena Redha, Husnuzan(Bersangkabaik kepada Allah dalam apa jua keadaan), Tafakur kepada Allah di samping berusaha dan berdoa....
Friday, May 4, 2012
Tips untuk Rezeki yang Baraqah
Assalamualaikum…….
Sekian lama tidak membuat update
di dalam Blog kerana kesibukan duniawi, jadi hari jumaat yang berkat ini saya memaksa diri agar meluangkan
sedikit waktu yang dianugerahkan oleh Allah untuk berkongsi serba sedikit ilmu
yang saya kutip dari pelbagai sumber. Bagi saya ilmu dah kesihatanlah antara
rezeki “intangible” yang kita kurang hargai. Saya sendiri dan kebanyakan dari
kita sering melihat kekayaan physical sebagai rezeki. Alhamdulillah selama
lebih kurang 2 minggu perniagaan saya beroperasi secara offline di sebuah plaza
di Kuching banyak kebaikan dan ilmu yang telah saya perolehi. Semalam datang
seorang insan yang berpangkat tinggi dalam jawatan Polis Diraja Malaysia ke
kiosk saya kerana beliau adalah kenalan kepada Guru Al Quran kami.Dari mata
kasar kelihatan seperti insan otai biasa, berseluar jeans dan berbaju T-Shirt
sahaja, namun apabila beliau mengeluarkan fakta-fakta ilmu yang berkaitan
dengan ilmu Al Quran Subahanallah saya amat kagum dan bersyukur atas rezeki
pertemuan dengan insan ini. Beliau bahkan mampu menghafal surah AL
Waqiah dan Surah Al Sajadah di depan mata. Tekedu dengan kekhilafan diri,
hendak menghafal Suratul Syam pun “ terkial-kial” kata orang Sarawak.
Alhamdulillah, banyak nasihat dan ayat-ayat amalan yang saya kutip dari beliau
semalam. Antaranya ialah
·
Suratul Al
Waqiah- Untuk keberkatan rezeki sehingga ke akhir hayat
·
Suratul
Mulk- Agar dilindungi Allah dari Api neraka
·
Suratul Baqarah
3 ayat pertama, seterusnya suratul Kursi dan 3 ayat terakhir Surah Al Baqarah
Untuk melindung diri dari sebarang kejahatan dunia-
·
Ayat 3
Suratul Talaq -Untuk mendapatkan rezeki yang berterusan dan melimpah , ayat
ini lebih dikenali sebagai ayat seribu Dinnar atau ayat pelaris perniagaan,
tapi nasihat beliau kepada saya jangan ditampal didinding kedai dan sebagainya
namun letakan ayat tersebut didalam hati dan kepala…Namun demikan saya tampalkan juga di
blog ini agar menjadi bacaan dan amalan kita seharian.
· Suratul Kahfi ayat 19- Amalan setiap malam agar kita diberi kekuatan oleh
Allah untuk bangun bertahjud kepadaNya
Thursday, March 8, 2012
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
Bismillahirahmanirahim.....
Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
Posting kali ini saya dahului dengan ayat Al Baqarah ayat 156, diatas pemergian seorang saudara yang saya boleh anggap sebagai adik sendiri. Moga penghijrahan Allahyarham beberapa jam tadi ke alam barzah hanyalah satu perpindahan kepada kehidupan yang lebih baik. Saya yakin setelah berada dalam penderitaan selama lebih kurang 2 atau 3 minggu lamanya di Unit Penjagaan Rapi adalah satu proses penghapusan dosa buat Allahyarham dan Moga Allahyarham senantiasa di bawah lindungan rahmat Yang Maha Esa.
Banyak ayat-ayat Al Quran yang menerangkan secara jelas tentang penghijrahan ke alam abadi :
- Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).- Al Baqarah ayat 28
- Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. - AL Baqarah ayat 46
Jesteru buka Minda dan mata hati saya dan kalian kerana hidup sebenarnya adalah perjalanan....Perjalananan ke arah destinasi abadi..itu adalah antara bait-bait puitis Sasterawan Negara Shanon Ahmad yang paling saya gemari. Jadi, apakah perancangan kita selama ini agar penghijrahan kita ke destinasi abadi menjadi penghijrahan yang terbaik dalam hidup. Adakah kita selama ini adalah individu yang asyik memikirkan permasalahan dunia tanpa sempat untuk mengumpul bekalan yang sebenarnya dalam hidup. Berhijrahlah untuk pekara yang lebih baik, berhijrah dari benda yang paling kecil sehinggalah ke yang paling besar dalam kehidupan saya dan kalian.
- Berhijrahlah memposting pekara kebaikan di wall facebook anda
- Berhijrahlah untuk melalukan pekara paling sukar dalam dunia iaitu khusyuk dalam Solat
- Berhijrahlah untuk mempunyai hubungan yang intim dengan Al Quran
- Berhijrahlah untuk melihat kebaikan setiap insan di sekeliling anda
- Berhijrahlah menonton pekara yang baik untuk diri dan keluarga
- Berhijrahlah untuk mendalami ilmu yang boleh dimanafaatkan untuk bekalan di sana
- Berhijrahlah untuk membuat amalan kebaikan setiap hari
Walau apa pun hijrah yang anda ingin lakukan penghijrahan pasti memerlukan perancangan yang baik, bukanlah terjah dan emosi semata-mata. Berhijrah untuk pekara yang lebih baik memerlukan pengorbanan yang tinggi. Berhijrah untuk meninggalkan kehidupan yang leka dengan duniawi semata-mata dan berhijrah untuk mencari ilmu dan sahabat-sahabat yang baik adalah satu penghijrahan terbaik dalam kehidupan saya setakat ini. Saya telah dianugerahkan para guru yang hebat dan para sahabat yang benar-benar membimbing saya ke arah kebaikan. Kerana keyakinan yang mendalam terhadap ayat yang telah ditunjukan oleh Allah inilah yang telah membuat saya tekad untuk berhijrah dari kehidupan yang leka satu ketika dahulu.
Namun terlalu banyak yang hendak diperbaiki Moga semua amalan dan tindakan yang ingin kita lakukan sentiasa dalam lindungan Allah Taala agar perjalanan ke destinasi abadi ini menjadi penghijrahan yang paling sempurna.
Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al Nisa Ayat 100)
Namun terlalu banyak yang hendak diperbaiki Moga semua amalan dan tindakan yang ingin kita lakukan sentiasa dalam lindungan Allah Taala agar perjalanan ke destinasi abadi ini menjadi penghijrahan yang paling sempurna.
Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;
Tuesday, February 14, 2012
Cerita tentang Pelita
Salam Mualid....
Hari ini saya ingin berkongsi cerita mengenai pelita. Pelita begitu sinonim di bulan puasa atau dekat-dekat nak raya. Jadi, tak syak lagi kerana pada ketika itulah banyak kad hari raya atau hiasan yang berunsur pelita dijual di pasaran. Bagi masyarakat di Sarawak, khususnya di Kuching banyaklah pelita menjadi hiasan di bulatan jalanraya atau di kampung-kampung yang bertanding pelita atau nama glamer di Sarawak adalah malam 7 lekor. Kepercayaan org tua(mensia) yang mengatakan iblis dan syaitan dilepaskan di ketika itu, moga kepercayaan ini tidak menjadi kepercayaan kita generasi baru.Malahan ada bagunan di Sarawak yang dinamakan Wisma Pelita. Namun sedar atau tidak kita, pelita telah sekian lama disebut di dalam Al Quran? Allah telah menyebut berkenaan dengan pelita sekian lamanya namun kita hanya sibuk bercari pelita menjelang Hari Raya, jadi sama-samalah kita mendalami ilmu berkaitan dengan maksud cahaya yang ada pada pelita dan menjadikan pelita sebagai contoh dalam meneruskan usaha dakwah Rasulullah(s.a.w)
Mari kita fahami dan amati ayat yang berkaitan dengan pelita......Surah An Nur Ayat 35
Sila klik image ayat untuk membaca dengan lebih jelas
Ayat berikut....boleh diamalkan untuk menjadi insan yang sentiasa dalam lindungan Allah...........insallah...
Monday, February 13, 2012
Lauk Rasululllah(s.a.w)
Salam Maulid....
Apabila membaca jenis-jenis lauk Rasulullah(s.a.w), malu dan sedih yang teramat di dalam diri...kerana hari-hari kita penuh dengan jenis makanan yang mewah setiap hari, berbanding Rasulullah yang makan sekadarnya dan tidak pernah kenyang. Betapa jauhnya kita dari baginda....Jadi hari ini saya akan berkongsi antara lauk dan makanan kegemaran baginda Nabi Muhammad(s.a.w)
- Cuka sebaik-baik Makanan. Diriwayatkan oleh Aisyah(r.a) bahawa " Sesungguhnya Rasulullah(s.a.w) bersabda" Cukalah sebaik-baik lauk." Kata Abdullah bin Abdul Rahman dalam hadisnya bahawa kuah yang baik adalah lauk bercuka"
- Pengunaan Minyak Zaitun. Abu Usaid(r.a) meriwayatkan bahawa " Rasulullah(s.a.w) bersabda" Gunakanlah minyak zaitun untuk makan dan sapuan(urut) kerana ia adalah daripada phon yang diberkati"
- Kaki belakang kambing. Abu Ubaid meriwayatkan bahawa " Daku memasak untuk Rasulullah(s.a.w). Disebabkan Rasulullah(s.a.w) gemarkan daging daripada kaki belakang, lalu daku pun menyuguhkanya dengan sebelah kaki. Kemudian baginda meminta satu lagi. Dakupun memberikan sebelah lagi. Baginda meminta diberikan lagi, lalu daku pun berkata. " Ya Rasulullah kambing hanya ada dua belah kaki belakang." Baginda bersabda, " Daku bersumpah dengan ZatNya yang memegang nyawaku, jikalau kamu diam dan selagi daku memintanya , kaki bahagian kelakang ini akan terus muncul daripada bekas kecil ini"
- Daging Ayam. Rasulullah(s.a.w) turut mengemari daging ayam .Jenis ayam yang baginda gemari adalah Kalkun(Ayam Belanda)
- Daging panggang- Atha bin Yasar meriwayatkan bahawa" Sesungguhnya Ummu Salamah bercerita kepadaku(Atha bin Yasar) bahawasanya ia menghidangkan daging panggang kepada Rasulullah(s.a.w) . Kemudian baginda memakanya lantas berdiri untuk melaksanakan solat sedang beliau tidak berwudhu lagi"
- Roti diperbuat dari barli- Aishah (r.a) meriwayatkan bahawa" Sehinggalah ke waktu kewafatan Rasulullah(s.a.w) ahli keluarganya tidak makan kenyang walaupun roti yang diperbuat daripada barli dua hari berturut-turut."
- Makan Labu(Legenaria Siceria). Anas bin Malik (r.a) meriwayatkan . Nabi(s.a.w) mengemari buah labu. Maka(pada siatu hari) badi dan diberi makanan itu atau diundang untuk makan makanan itu(labu). Aku pun mengikutinya makanan labu itu aku letakkan di hadapannya, lantaran aku tahu baginda amat mengemarinya.
Siapakah yang mampu membaca seribu ayat dalam masa semalam
Salam Maulid...
Alhamdulillah....demi meningkatkan pengetahuan dan rasa cinta yang mendalam kepada baginda Rasulullah(s.a.w) secara istiqamah dan dengan izin Allah saya akan sentiasa berkongsi bahan-bahan yang saya baca dari pelbagai sumber....Jadi hari ini saya amat terujar ingin berkongsi tips di mukasurat 271 dari Buku Syamaa'il Muhammad yang menyatakan tips agar kita sama-sama dapat membaca seribu ayat Al Quran setiap malam...
Rasulullah (s.a.w) bersabda" Barangsiapa membaca seribu ayat Al Quran pada setiap malam , maka dia akan bertemu Allah dengan keadaan ketawa. Para sahabat pun bertanya" Wahai Rasulullah(s.a.w) !Siapakah yang termampu membaca seribu ayat? Kemudian baginda membaca Bismillahir roh manir rohim dan seluruh ayat At Takatsur
...dan baginda bersabda.."Surah ini bersamaan dengan seribu ayat Al Quran"(TAZKIRATUL AKHIRAT AYAT MK 78)
[1]
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -
[2]
Sehingga kamu masuk kubur.
[3]
Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
[4]
Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
[5]
Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui – (apa yang kamu akan hadapi) – dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).
[6]
(Ingatlah) demi sesungguhnya! – Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.
[7]
Selepas itu – demi sesungguhnya! – kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
[8]
Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -
[2]
Sehingga kamu masuk kubur.
[3]
Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
[4]
Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
[5]
Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui – (apa yang kamu akan hadapi) – dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).
[6]
(Ingatlah) demi sesungguhnya! – Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.
[7]
Selepas itu – demi sesungguhnya! – kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
[8]
Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!
Misi seterusnya buat rakan Iqra...untuk menghafal ayat ini....semestinya....Tambah Ilmu...Tambah Amallll
Wednesday, February 8, 2012
Pakaian Rasulullah
Salam Maulid,
Antara pakaian kesukaan baginda Rasulullah(s.a.w) ialah Gamis
Antara pakaian kesukaan baginda Rasulullah(s.a.w) ialah Gamis
Diriwayatkan daripada Ummu Salmah(r.a) yang bermaksud :
"Daripada banyak pakaian yang dipakai oleh Rasulullah(s.a.w) yang paling disukai oleh baginda ialah Gamis(kurta : baju labuh)
Ringkasan bab :
- Pakaian kegemaran baginda ialah Gamis
- Baginda sederhana dalam berpakaian
- Panjang baju baginda atas buku lali
- Lengan baju Rasulullah(s.a.w) sampai ke pergelangan tanganya
- Warna yang terbaik untuk pakaian ialah warna putih
Pengunaan Celak Mata
Salam maulid,
Mengunakan celak mata adalah mustahab(terpuji). Di samping ia memberikan manafaat kepada mata, seorang itu juga memperolehi pahala kerana mengikuti Sunnah Rasulullah....
Kelebihan dan cara mengunakan celak mata..
Ibn Abbas (r.a) meriwayatkan bahawa Rasulullah(s.a.w) telah bersabda, maksudnya:
"Gunakanlah celak ismid(daripada galian) ke mata kerana ia menambah cahaya kepada mata(iaitu menguatkan penglihatan) dan juga menolong petumbuhan bulu mata. Rasulullah (s.a.w) mempunyai satu kotak celak mata yang digunakanya pada setiap malam dicalit tiga kali pada mata sebelah kanan dan tiga kali di sebelah kiri.
Daripada segala jenis celak mata ismidlah yang terbaik kerana ia bukan sahaja menghasilkan cahaya kepada mata malahan membantu menumbuhkan bulu mata...
Demi Waktu Duha Mu......
Salam Maulid....
My guru says....sebaik-baik...rakaat pertama solat Duha..didahului dengan surah As Syams..
.dan rakaat kedua...disusuli dengan surah Duha itself.
...Ustad in Ikim says...nak membersihkan hati dan jiwa....amalkan ayat ke 9 dan 10 surataul Syams....makna sila buka tafsir sendiri....TAMBAH ILMU TAMBAL AMALLL
Tahniah kepada sahabat Iqra yang dalam misi menghafal suratul syams....
Tahniah kepada sahabat Iqra yang dalam misi menghafal suratul syams....
The Rotten Tomatoes
♦♦♦ The Rotten Tomatoes ♦♦♦ – Moral Story
A school teacher decided to let her class play a game. The teacher told each child in the class to bring along a plastic bag containing a few tomatoes. Each tomato will be given a name of a person that the child hates, so the number of tomatoes that a child will put in his/her plastic bag will depend on the number of people he/she hates.
... So when the day came, every child brought some tomatoes with the name of the people he/she hated. Some had 2 tomatoes; some 3 while some up to 5 tomatoes. The teacher then told the children to carry with them the tomatoes in the plastic bag wherever they go for 1 week.
Days after days passed by, and the children started to complain due to the unpleasant smell let out by the rotten tomatoes. Besides, those having 5 tomatoes also had to carry heavier bags. After 1 week, the children were relieved because the game had finally ended.
The teacher asked: “How did you feel while carrying the tomatoes with you for 1 week?”. The children let out their frustrations and started complaining of the trouble that they had to go through having to carry the heavy and smelly tomatoes wherever they go.
Then the teacher told them the hidden meaning behind the game. The teacher said: “This is exactly the situation when you carry your hatred for somebody inside your heart. The stench of hatred will contaminate your heart and you will carry it with you wherever you go. If you cannot tolerate the smell of rotten tomatoes for just 1 week, can you imagine what is it like to have the stench of hatred in your heart for your lifetime???”
Shared by My beloved Ibu from Kota Kinabalu...May Allah bless her always......
Monday, February 6, 2012
Uban Rasulullah(s.a.w)
Salam Maulid,
Bilangan uban Rasullullah(s.a.w) pada uban dan janggut
Anas (r.a) meriwayatkan bahawa :
"Aku tidak mendapat bilangan lebih daripada empat belas helai uban di kepala dan janggut Rasulullah(s.a.w)"
Ringkasan:
- Ada beberapa hadis yang menyebut bilangan uban Rasulullah (s.a.w) ada yang 17, 18 dan 20 kesimpulan nya uban di rambut baginda teramatlah sedikit.
- Adalah makruh mencabut atau mengetip ubat kerana Rasulullah(s.a.w) memberitahu bahawa uban adalah cahaya bagi orang-orang Islam
Tuesday, January 31, 2012
Cara Rasulullah(S.A.W) Bersikat
Salam Rabiulawal....
Bab Keempat: Cara Rasulullah(s.a.w) bersikat
Bersikat adalaha mustahab(disukai) Rasulllah S.A.W mengalakkan bersikat. Baginda juga bersikat rambut
Antara ringkasan bab ini adalah:
.
Bab Keempat: Cara Rasulullah(s.a.w) bersikat
Bersikat adalaha mustahab(disukai) Rasulllah S.A.W mengalakkan bersikat. Baginda juga bersikat rambut
Antara ringkasan bab ini adalah:
- Rasulullah mengunakan khidmat isterinya untuk menyikat rambut baginda
- Baginda juga meminyakan rambut
- Baginda memulakan sikatan dari sebelah kanan
- Walaupun baginda suka bersikat namun baginda Rasulullah s.a.w jarang menyikat rambutnya(kerana baginda ingin menyedari kita akan kepentingan masa dan menyemai kemuliaan pejuang agama supaya tidak sibuk bersikt seperti wanita)
.
Rambut Rasulullah
Salam Rabiulawal...
Hari ini saya akan berkongsi ringkasan berkenaan dengan Rambut Rasullalah seperti yang dijelaskan di dalam buku Syamaa'il Muhammad S.A.W.
Antara hadis. Penjelasan Anas r.a mengenai rambut Rasulullah S.A.W adalah seperti berikut
" Sesungguhnya rambut Rasulullah s.a.w mencecah pertengahan kedua cuping telinga"
Antara ringkasan bab tersebut adalah:
Hari ini saya akan berkongsi ringkasan berkenaan dengan Rambut Rasullalah seperti yang dijelaskan di dalam buku Syamaa'il Muhammad S.A.W.
Antara hadis. Penjelasan Anas r.a mengenai rambut Rasulullah S.A.W adalah seperti berikut
" Sesungguhnya rambut Rasulullah s.a.w mencecah pertengahan kedua cuping telinga"
Antara ringkasan bab tersebut adalah:
- Paras rambut Rasulullah S.A.W sampai ke paras tengah telinganya
- Paras rambut Rasulullah S.A.W sederhana panjang
- Paras rambut Rasulllah S.A.W mencecah cuping telinga
- Rambut disikat kiri ke kanan dengan belahan di tengah
Khatamun- Nabuwwah(Cap Mohor Kenabian)
Salam Rabbiulawal....
Bab 2.
Apakah Khatamun Nabuwwah?
Khatamun Nabuwwah telah ada pada jasad baginda sejak kecilnya lagi. Khatamun Nabuwwah adalah cap mohor kenabian yang terletak di antara dua bahu baginda.
Dari as-Sa’ib bin Yazid r.a telah berkata:
“Ibu saudaraku telah membawa aku kepada Rasulullah SAW. Maka dia berkata: Ya Rasulallah, anak saudaraku ini telah jatuh sakit, maka Baginda menyapu kepalaku dan mendoakan keberkatan padaku, kemudian Baginda mengambil wudhu’ maka aku pun minum air wudhu’nya. Kemudian aku bangun di belakang Baginda maka aku lihat satu cop yang terdapat antara bahu Baginda.” (H.R Bukhari)
Berkata al-Qurtubi: Hadith-hadith sahih bersepakat menyebut bahawa cap kenabian adalah sesuatu yang jelas kemerahan terdapat pada bahu kiri Baginda. Sekurang-kurang kadarnya adalah sebesar telur merpati dan sebesar-besarnya sebuku tangan.
Ringkasan...Terdapat hadis yang mengatakan, Khatamun Nabuwwah adalah tanda kenabian yang
- Terdapat di antara kedua Bahu Baginda
- Cap Mohor seumpama Buhul Cadar
- Cap Mohor seumpama ketumbuhan merah sebesar telur merpati
- Cap Mohor seumpama segumpalan bulu
- Cap Mohor adalah pembuktian Kenabian
- Cap Mohor sebesar penumbuk dan berbitil
- Cap Mohor Terdapat di belakang Rasullah(s.a.w)
Sumber :
Bab 2 -P21-30
Ya Badrati....
Lirik Ya badrotim dalam Bahasa Arab
يا بدر تم
يا بدر تم حاز كلّ كمل ¤ ماذايعبّر عن علا ك مقالى
انت الّذى اشرقت فى افق العلى ¤ فمحوت بالانواركل ضلال
وبك استنارالكون ياعلم الهدى ¤ بالنّوروالانعاموالافضال
صلى عليك الله ربى دائما ¤ ابدامع الابكاروالاصال
وعلى جميع الال والاصحاب من ¤ قد خصهم رب العلا بكمال
(Sila skroll di bawah untuk terjemahaan dalam Bahasa Malaysia)
Lirik Ya Badrotim
Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli
Antalladzi asyroqta fi ufuqil ‘ula
Antalladzi asyroqta fi ufuqil ‘ula
Famahauta bilanwari kulla dholali
Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli
Wabikastanarol kaunu ya ‘alamal huda
Binnuri wal in’ami wal ifdholi
Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli
Solla ‘alaikallahu robbi, robbi daiman
Solla ‘alaikallahu robbi, robbi daiman
Abada ma’al ibkari wal asoli
Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli
Wa’ala jami’iel ‘ali wal ashabi man
Qod khossohum robbul ‘ula bikamali
Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli
Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli
Antalladzi asyroqta fi ufuqil ‘ula
Antalladzi asyroqta fi ufuqil ‘ula
Famahauta bilanwari kulla dholali
Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli
Wabikastanarol kaunu ya ‘alamal huda
Binnuri wal in’ami wal ifdholi
Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli
Solla ‘alaikallahu robbi, robbi daiman
Solla ‘alaikallahu robbi, robbi daiman
Abada ma’al ibkari wal asoli
Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli
Wa’ala jami’iel ‘ali wal ashabi man
Qod khossohum robbul ‘ula bikamali
Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli
Bahasa Malaysia
WAHAI PURNAMA Wahai purnama…..wahai purnama Yang indah lagi sempurna Bagaimana….bagaimana Nak ku luah dengan kata-kata Engkau menyinar di alam tinggi….dia alam tinggi…. Terangi kegelapan dan kebatilan… Dengan mu alam bergemerlapan….bergemerlapan… Zahir batin nur nikmat dan kemuliaan Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya…. Siang dan malam jua…..siang dan malam jua Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu…. Mereka yang istimewa dam amat sempurna….
Friday, January 27, 2012
Sunnah Rasulullah
Salam Rabiulawal
Bersemperna bulan kelahiran Nabi Junjungan kita, saya berniat untuk berkongsi sebuah buku yang hebat dan wajar dimiliki oleh setiap insan yang ingin mendalami rasa cinta kepada baginda Rasulullah. Buku yang sangat hebat ini pada asalnya dalam bahasa Gujerat telah diterjemaah ke Bahasa Malaysia. Jadi dalam memanjangkan amalan dan kebaikan buku ini saya berniat untuk menjadikan hari-hari dibulan ini untuk berkongsi secara ringkas setiap bab di dalam buku ini, kerana mungkin ada insan yang tidak gemar membaca buku tetapi hanya minat membaca tulisan-tulisan ringkas di blog. Jadi sama-samalah kita berusaha memanjangkan amalan penulis dan mempertingkatkan ilmu mencintai baginda. Jadi hari ini saya akan berkongsi serba sedikit Bab Pertama.
Bab 1.
Wajah Rasulullah
Rupa Rasullulah adalah di luar kemampuan manusia untuk melukiskan gambaran mengenai rupa baginda. Namun didalam bab ini membincangkan hadis-hadis sahih yang menerangkan rupa paras baginda. Barisan info-info berikut adalah serba ringkas informasi yang terdapat didalam hadis-hadis tersebut.
- Rasulullah S.A.W tidak tinggi dan tidak tersangat rendah
- Wajahnya tidak terlalu putih seumpama kapur dan tidak pula terlalu pudar
- Rambutnya tidak terlalu lurus dan tidak terlampau kerenting seperti orang Afrika, rambut baginda melepasi sedikit dari cuping telinga
- Allah telah mengurniakan cap mohor kenabian di umur baginda 40 tahun dan terdapat di antara dua bahunya
- Diwafatkan di umur 63 tahun
- Uban pada janggutnya tidak melebihi 20 helai
- Tapak tangannya yang mulia dan kedua-dua kakinya beisi (tidak kurus dipenuhi isi)
- Kepalanya yang mulia dan sendi-sendi tulang pun besar
- Daripada dada sehinggalah ke pusat terdapat suatu barisan bulu-bulu yang nipis, namun badan Rasulullah tidak ada berbulu.
- Apabila berjalan baginda berjalan pantas seumpama menuruni curam bukit
- Badannya tidak gemuk dan wajahnya tidak bulat tetapi bujur
- Matanya tersangat hitam dan bulu keningya panjang
- Apabila baginda menumpukan perhatiannya kepada seseorang baginda melakukannya dengan seluruh jasadnya, baginda akan memusingkan seluruh tubuhnya yang mulia dan menoleh mukanya yang bercahaya untuk memberi perhatian
- Matanya yang mulia sentiasa berada di bawah kebanyakanya memandang ke arah bumi daripada memandang langit
- Apabila baginda (s.a.w) berjalan di kalangan sahabat, baginda(s.a.w) akan mendahului memberi salam apabila bertemu dengan orang ramai.
- Wajah baginda bercahaya seumpama bulan
- Gigi hadapan Rasullullah s.a.w sedikit jaraknya daripada yang lain dan gigi-gigi itu tidak terlampau rapat. Apabila baginda bersabda seakan-akan keluarlah cahaya dari celah-celah giginya.
Ali R.A menriwayatkan bahawa " Aku tidak pernah melihat wajah seorang yang wajahnya terlebih tampan dan kacak, sama ada sebelum atau selepas (S.A.W)
Sumber(Bab Pertama Mukasurat 1-20)
Subscribe to:
Posts (Atom)