Monday, October 1, 2012

Pilih Doa terbaik untuk kedua orang Ibu Bapa Kita.....
Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya.
Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.
Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.
Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.
Ini adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu ;

Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”
”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”
“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”
“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….aamiin”.
 
Keyakinan Jamilah terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya.
Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Faizal menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.
Faizal dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Jamilah semakin hari semakin tua dan uzur.
Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.
Faizal segera bergegas ke hospital. Di situ, Faizal dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.
Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus menadah tangan dan berdoa seperti ini;

“ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”
Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.
Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.

Anda bagaimana? Apa doa anda untuk ibu bapa anda?
Ya Allah ampuni lah dosa kedua Ibubapaku , kau sayangi dan peliharalah kesihatan mereka dan kau berilah peluang kepada kami untuk menjaga mereka hingga ke akhir hayat mereka......Amin Ya Rabbalamin.......

Thursday, June 28, 2012

Banyakan Khidmat Untuk Orang Lain



Assalamualikum....

Salam Syaaban, hari ini saya ingin bercerita berkenaan dengan nilai khidmat kita dengan orang lain...Bercakap tentang khidmat ada beberapa cerita khidmat yang pernah baca dari baru dengar di radio Ikim pagi ini. Para sahabat Nabi s.a.w memang terkenal dengan sifat mendahulukan orang lain, cerita yang paling terkenal adalah di masa Perang Yarmuk peristiwa syahid 3 orang sahabat yang mendahulukan orang lain di ketika hampir nazak. Haris bin Hisyam, Karamah bin Abu Jahal dan Suhai r.a adalah cerita sahabat yang mendahulukan org lain dalam kehidupan walau dalam keadaan nazak Ketika Haris bin Hisyam dalam keadaan nazak seseorang datang membawa air kepadanya, namun apabila mendengar suara Karamah memohon pertolongan beliau meminta agar air didahulukan kepada Karamah, namun sebelum meneguk air, Karamah mendengar suara Suhai r.a meminta air dan Karamah menyuruh si tukang air mendahulukan air kepada Suhai. Namun apabila, si tukang air membawa air kepada Suhai, Suhai telah syahid, dan beliau membawa air kepada Karamah, dah Karamah juga telah syahid dan begitu juga kepada Haris bin Hisyam. 

Apakah pengajaran dari cerita syahid para sahabat ini, betapa tingginya nilai persahabatan dan nilai para syuhada ini, di kala hampir nazak mereka tetap mendahulukan orang lain di akhir nyawa. Cerita ini menjadi muhasabah dan cermin kepada kita dan saya...Setakat manakah kita pernah berkhidmat dan membantu insan di sekeliling kita.

Imam Ghazali seorang Ulama terkenal satu masa dahulu, beliau adalah tokoh ilmuan dalam sejarah Islam, tapi tahukah anda apakah khidmatnya di waktu malam? Beliau mencuci tandas awam bagi menghindar rasa khibir, ego dan riak dalam diri, jadi dimanakan khidmat kita kepada insan di sekeliling kita?

Dengan memberi khidmat kepada orang lain adalah menjadi asbab agar Allah membersihkan hati dan mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat kepada kita.

Jesteru saya dengan rendah hati menjemput kalian untuk hadir berkhidmat kepada insan yang memerlukan darah di Kempen Derma Darah 1Astana , kerana mungkin di saat ini kita tidak memerlukan darah namun banyak insan di luar sana yang sedang menunggu bekalan darah untuk mereka.
Click to enlarge the image

Saya masih ingin sekitar beberapa tahun dahulu saya juga seorang yang  takut untuk memberi darah kepada insan lain, namun ada peyebab kepada Allah membuka keberanian saya kerana insan yang saya paling sayangi telah mengamanahkan agar kami semua membayar semula darah yang dimasukan ke badannya. Alhamdulillah dengan beberapa pain darah itulah ayahnda Yan saya masih sihat sehingga kini. Itulah detik pertama saya memberanikan diri untuk megikut sahabat baik saya Cik Puan Habibon Junaidi pergi ke Tabung Darah Negara. Saya masih ingat satu peristiwa indah semasa menderma darah sekitar 2 tahun dahulu. Terdapat seorang pemuda Bidayuh yang mukanya agak pucat duduk bersama-sama saya selepas menderma sambil makan telur half -boiled terbaik di Kuching. Dia menyoal saya adakah terasa pening dan rasa terhoyong hayang adalah effect selepas derma darah, jadi saya tanya" First timer? , dan beliau mengangguk kepala, lantas dia berkata adiknya sedang berada di ICU dan tidak dapat proceed with "operation" selepas berlaku kemalangan di Kota Samarahan kerana darah positif A tidak mencukupi, so saya lantas berkata Oh saya A+ donor , cakap dengan Kak Kam(pembantu di Hospital darah) take mine to your brother." Pada masa itulah beliau terus menangis di hadapan saya dan berkata " Thank You Dayang May God Bless you and your Family" . Di ketika dia mendoakan saya, saya sungguh berasa terharu kerana selama saya berkerja dahulu even Boss pun tidak pernah hendak berterima kasih dan menghargai saya, saya mendengar  doa yang begitu ikhlas untuk saya dan keluarga dari Insan yang beragama lain.. dan..saya juga sedih kerana betapa tingginya nilai kasih sayang seorang abang kepada adiknya.....Jesturu saya amat bersyukur kerana telah diberi peluang oleh Allah untuk memberi apa yang saya ada kepada insan yang memerlukanya...Hey...saya mungkin tidak ada banyak duit yang banyak untuk diberi. kepada. masyarakat but I have my Blood to give to people around me....So apa tunggu lagi bersama-sama saya dan para peniaga di Plaza Astana untuk menderma darah di Kempen Derma Darah 1 Astana pada 2HB JULAI 2012, pukul 8.00 pagi sehingga 2.00 petang, bertempat di Lobi Plaza Astana....Sebar & Jumpa di sana.......

Monday, June 25, 2012

Muhasabah Cinta...Saya cinta kamu kerana Allah



Assalamualaikum........Salam Syabaan.....

Pejam celik sungguh cepat  sungguh masa berlalu., dah masuk bulan Syabaan....jadi bagi menambah sedikit ilmu di transit kehidupan ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya kutip pada hari Sabtu lepas di seminar Bidadari Rumahtangga yang dibentangkan oleh Ustazah Nurhafizah, cantik dan berilmu sesangat Ustazah nie...selalu tengok dalam TV dan dengar di Ikim sahaja. Anyway, alhamdulillah diberi peluang Allah dan sahabat di Al Azim (Kak Hajah Alina & Kak Rosma) untuk sama-sama menimba ilmu dan pengalaman di Majlis Ilmu tersebut. Alhamdulillah dapat pergi ke majlis ilmu bersama-sama insan kesayangan saya Ibu Jubaidah Kari, Kak Noor, Aida Royani, Ina Rakawi, Hasma , Kak HajaH Melur, Ustazah Napisah...dan banyak lagi insan-insan kamil yang saya sayangi......Jelas Saya CINTA kalian kerana Allah.....


So ....Serba Sedikit coretan ilmu yang saya dapat kongsi bersama agar tetap menjadi amalan dan bacaan umum bersama....dan sambil mendengar lagu favourite Ustazah, Muhasabah Cinta di blog serba kekurangan ini.....

Ustazah Nurhafizah says....

Slot 1(Ciri-ciri Wanita Bidadari)

  1. Memiliki seketul hati yang Bersih- 
  • Apa yang kita buat dengan hati yang bersih Allah tidak akan lalai untuk mengigatiNYA, 
  • Hati yang baik akan berakhir dengan pengakhiran yang baik, 
  • Jujur dengan apa jua perlakuan yang kita lakukan dan jangan membuat sesuatu usaha untuk dinilai oleh Manusia kerana Allahlah sebaik-baik penilai dalam apa jua perlakuan yang kita lakukan...
  • Jangan Ungkit atau sebut segala kebaikan yang kita lakukan kerana semakin banyak kita menyebut semakin banyak kita terseksa...
  • Doa yang Ustazah share " WAHAI ALLAH , AKU IKHLASKAN SEGALA AMALAN KU KEPADAMU YA ALLAH...AKU MENGHARAPKAN PADAMU AMALAN, PENGORBANAN, PANDANGAN , PERHATIAN, RAHMAT MU, KETENANGAN DAN KEREDHAAN DARIMU YA RABBALAMIN
  • Tanda kepuasan hati adalah satu ganjaran dunia yang Allah beri, contoh puas hati memasak dengan anak-anak walaupun penat berkerja... 

  2.  Menjaga Solat (Tiang Agama)

  • Wanita bidadari sentiasa menjaga Solat dalam apa jua keadaan, 
  • Tidak Jaga Solat Umpama Layang-layang yang putus Tali
  • Slogan Ustazah suruh guna " Allah didahulukan Solat Diutamakan"

3. Hidup Bersama Al Quran
  • Siapa nak tahu dia dekat dengan Allah , cuba tengok sedekat mana kita dengan Al Quran, sekerap mana atau sejarang-jarang mana kita membaca dan mentadabur Al Quran dalam kehidupan kita seharian
  • Mulai hari dengan Al Quran dan akhiri hari dengan Al Quran
  • Apabila kita mulai bersama Al Quran Allah akan pantas membuka Mata Hati kita untuk mendapat Hidayah dan Petunjuk dalam apa jua permasalahan kehidupan
SLOT KE-DUA-PETA KEHIDUPAN

Slot kedua lebih kepada Alam kehidupan yang kita telah jalani, sedang dan bakal tempuhi, Jadi alam sekarang di dunia adalah alam dimana Allah memberi peluang agar kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengutip dan memborong segala amalan kebaikan untuk dibawa pulang di alam yang seterusnya...

SLOT KE TIGA - Masa depan Wanita yang berharga
Dekat Slot ini Ustazah lebih banyak memaparkan statistik kehidupan terutamanya statistik anak-anak zina dan penzina di negara kita....MasyaAllah...sampai tak sanggup nak tengok video penguguran anak-anak haram dilakukan.....Slot ini banyak yang menangis...terutama...sahabat kat sebelah......next time kena bawa tisu banyak sikit...

Sebagai summary  nya.... Ustazah kata....dalam kehidupan kena Redha, Husnuzan(Bersangkabaik kepada Allah dalam apa jua keadaan), Tafakur kepada Allah di samping berusaha dan berdoa....


Friday, May 4, 2012

Tips untuk Rezeki yang Baraqah

Assalamualaikum…….

Sekian lama tidak membuat update di dalam Blog kerana kesibukan duniawi, jadi hari jumaat yang berkat ini saya memaksa diri agar meluangkan sedikit waktu yang dianugerahkan oleh Allah untuk berkongsi serba sedikit ilmu yang saya kutip dari pelbagai sumber. Bagi saya ilmu dah kesihatanlah antara rezeki “intangible” yang kita kurang hargai. Saya sendiri dan kebanyakan dari kita sering melihat kekayaan physical sebagai rezeki. Alhamdulillah selama lebih kurang 2 minggu perniagaan saya beroperasi secara offline di sebuah plaza di Kuching banyak kebaikan dan ilmu yang telah saya perolehi. Semalam datang seorang insan yang berpangkat tinggi dalam jawatan Polis Diraja Malaysia ke kiosk saya kerana beliau adalah kenalan kepada Guru Al Quran kami.Dari mata kasar kelihatan seperti insan  otai biasa, berseluar jeans dan berbaju T-Shirt sahaja, namun apabila beliau mengeluarkan fakta-fakta ilmu yang berkaitan dengan ilmu Al Quran Subahanallah saya amat kagum dan bersyukur atas rezeki pertemuan dengan insan ini. Beliau bahkan mampu menghafal surah AL Waqiah dan Surah Al Sajadah di depan mata. Tekedu dengan kekhilafan diri, hendak menghafal Suratul Syam pun “ terkial-kial” kata orang Sarawak. Alhamdulillah, banyak nasihat dan ayat-ayat amalan yang saya kutip dari beliau semalam. Antaranya ialah

·        Suratul Al Waqiah- Untuk keberkatan rezeki sehingga ke akhir hayat
·        Suratul Mulk- Agar dilindungi Allah dari Api neraka
·        Suratul Baqarah 3 ayat pertama, seterusnya suratul Kursi dan 3 ayat terakhir Surah Al Baqarah Untuk melindung diri dari sebarang kejahatan dunia-
·        Ayat 3 Suratul Talaq -Untuk mendapatkan rezeki yang berterusan dan melimpah , ayat ini lebih dikenali sebagai ayat seribu Dinnar atau ayat pelaris perniagaan, tapi nasihat beliau kepada saya jangan ditampal didinding kedai dan sebagainya namun letakan ayat tersebut didalam hati dan kepala…Namun demikan saya tampalkan juga di blog ini agar menjadi bacaan dan amalan kita seharian.

·        Suratul Kahfi ayat 19- Amalan setiap malam agar kita diberi kekuatan oleh Allah untuk bangun bertahjud kepadaNya

Thursday, March 8, 2012

Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Bismillahirahmanirahim.....


Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

 Posting kali ini saya dahului dengan ayat Al Baqarah ayat 156, diatas pemergian seorang saudara yang saya boleh anggap sebagai adik sendiri. Moga penghijrahan Allahyarham beberapa jam tadi ke alam barzah hanyalah satu perpindahan kepada kehidupan yang lebih baik. Saya yakin setelah berada dalam penderitaan selama lebih kurang 2 atau 3 minggu lamanya di Unit Penjagaan Rapi adalah satu proses penghapusan dosa buat Allahyarham dan Moga Allahyarham senantiasa di bawah lindungan rahmat Yang Maha Esa.


 Banyak ayat-ayat Al Quran yang menerangkan secara jelas tentang penghijrahan ke alam abadi :

  • Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).- Al Baqarah ayat 28


  • Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. - AL Baqarah ayat 46



Jesteru buka Minda dan mata hati saya dan kalian kerana hidup  sebenarnya adalah perjalanan....Perjalananan ke arah destinasi abadi..itu adalah antara bait-bait puitis Sasterawan Negara Shanon Ahmad yang paling saya gemari. Jadi, apakah perancangan kita selama ini agar penghijrahan kita ke destinasi abadi menjadi penghijrahan yang terbaik dalam hidup. Adakah kita selama ini adalah individu yang asyik memikirkan permasalahan dunia tanpa sempat untuk mengumpul bekalan yang sebenarnya dalam hidup. Berhijrahlah untuk pekara yang lebih baik, berhijrah dari benda yang paling kecil sehinggalah  ke yang paling besar dalam kehidupan saya dan kalian. 

  •  Berhijrahlah memposting pekara kebaikan di wall facebook anda
  • Berhijrahlah untuk melalukan pekara paling sukar dalam dunia iaitu khusyuk dalam Solat
  • Berhijrahlah untuk mempunyai hubungan yang intim dengan Al Quran
  • Berhijrahlah untuk melihat kebaikan setiap insan di sekeliling anda
  • Berhijrahlah menonton pekara yang baik untuk diri dan keluarga
  • Berhijrahlah untuk mendalami ilmu yang boleh dimanafaatkan untuk bekalan di sana
  • Berhijrahlah untuk membuat amalan kebaikan setiap hari

Walau apa pun hijrah yang anda ingin lakukan penghijrahan pasti memerlukan perancangan yang baik, bukanlah terjah dan emosi semata-mata. Berhijrah untuk pekara yang lebih baik memerlukan pengorbanan yang tinggi. Berhijrah untuk meninggalkan kehidupan yang leka dengan duniawi semata-mata dan berhijrah untuk mencari ilmu dan sahabat-sahabat yang baik adalah satu penghijrahan terbaik dalam kehidupan saya setakat ini. Saya telah dianugerahkan para guru yang hebat dan para sahabat yang benar-benar membimbing saya ke arah kebaikan. Kerana keyakinan yang mendalam terhadap ayat yang telah ditunjukan oleh Allah inilah yang telah membuat saya tekad untuk berhijrah dari kehidupan yang leka satu ketika dahulu.

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah Al Nisa Ayat 100)



Namun terlalu banyak yang hendak diperbaiki Moga semua amalan dan tindakan yang ingin kita lakukan sentiasa dalam lindungan Allah Taala agar perjalanan ke destinasi abadi ini menjadi penghijrahan yang paling sempurna.

Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;

Tuesday, February 14, 2012

Cerita tentang Pelita

Salam Mualid....

Hari ini saya ingin berkongsi cerita mengenai pelita. Pelita begitu sinonim di bulan puasa atau dekat-dekat nak raya. Jadi, tak syak lagi kerana pada ketika itulah banyak kad hari raya atau hiasan yang berunsur pelita dijual di pasaran. Bagi masyarakat di Sarawak, khususnya di Kuching banyaklah pelita menjadi hiasan di bulatan jalanraya atau di kampung-kampung yang bertanding pelita atau nama glamer di Sarawak adalah malam 7 lekor. Kepercayaan org tua(mensia) yang mengatakan iblis dan syaitan dilepaskan di ketika itu, moga kepercayaan ini tidak menjadi kepercayaan kita generasi baru.Malahan ada bagunan di Sarawak yang dinamakan Wisma Pelita. Namun sedar atau tidak kita, pelita telah sekian lama disebut di dalam Al Quran? Allah telah menyebut berkenaan dengan pelita sekian lamanya namun kita hanya sibuk bercari pelita menjelang Hari Raya, jadi sama-samalah kita mendalami ilmu berkaitan dengan maksud cahaya yang ada pada pelita dan menjadikan pelita sebagai contoh dalam meneruskan usaha dakwah Rasulullah(s.a.w)


Mari kita fahami dan amati ayat yang berkaitan dengan pelita......Surah An Nur Ayat 35


 Sila klik image ayat untuk membaca dengan lebih jelas

Ayat berikut....boleh diamalkan untuk menjadi insan yang sentiasa dalam lindungan Allah...........insallah...



Monday, February 13, 2012

Lauk Rasululllah(s.a.w)

Salam Maulid....

 Apabila membaca jenis-jenis lauk Rasulullah(s.a.w), malu dan sedih yang teramat di dalam diri...kerana hari-hari kita penuh dengan jenis makanan yang mewah setiap hari, berbanding Rasulullah yang makan sekadarnya dan tidak pernah kenyang. Betapa jauhnya kita dari baginda....Jadi hari ini saya akan berkongsi antara lauk dan makanan kegemaran baginda Nabi Muhammad(s.a.w)


  • Cuka sebaik-baik Makanan. Diriwayatkan oleh Aisyah(r.a) bahawa " Sesungguhnya Rasulullah(s.a.w) bersabda" Cukalah sebaik-baik lauk." Kata Abdullah bin Abdul Rahman dalam hadisnya bahawa kuah yang baik adalah lauk bercuka"





  • Pengunaan Minyak Zaitun. Abu Usaid(r.a) meriwayatkan bahawa " Rasulullah(s.a.w) bersabda" Gunakanlah minyak zaitun untuk makan dan sapuan(urut) kerana ia adalah daripada phon yang diberkati"





  • Kaki belakang kambing. Abu Ubaid meriwayatkan bahawa " Daku memasak untuk Rasulullah(s.a.w). Disebabkan Rasulullah(s.a.w) gemarkan daging daripada kaki belakang, lalu daku pun menyuguhkanya dengan sebelah kaki. Kemudian baginda meminta satu lagi. Dakupun memberikan sebelah lagi. Baginda meminta diberikan lagi, lalu daku pun berkata. " Ya Rasulullah kambing hanya ada dua belah kaki belakang." Baginda bersabda, " Daku bersumpah dengan ZatNya yang memegang nyawaku, jikalau kamu diam dan selagi daku memintanya , kaki bahagian kelakang ini akan terus muncul daripada bekas kecil ini"

  •  Daging Ayam. Rasulullah(s.a.w) turut mengemari daging ayam .Jenis ayam yang baginda gemari adalah Kalkun(Ayam Belanda)








  • Manisan dan Madu - Aisyah (r.a) menceritakan " Nabi(s.a.w) amat mengemari manisan dan madu







  • Daging panggang- Atha bin Yasar meriwayatkan bahawa" Sesungguhnya Ummu Salamah bercerita kepadaku(Atha bin Yasar) bahawasanya ia menghidangkan  daging panggang kepada Rasulullah(s.a.w) . Kemudian baginda memakanya lantas berdiri untuk melaksanakan solat sedang beliau tidak berwudhu lagi"



  • Roti diperbuat dari barli- Aishah (r.a) meriwayatkan bahawa" Sehinggalah ke waktu kewafatan Rasulullah(s.a.w) ahli keluarganya tidak makan kenyang walaupun roti yang diperbuat daripada barli dua hari berturut-turut."



  • Makan Labu(Legenaria Siceria). Anas bin Malik (r.a) meriwayatkan . Nabi(s.a.w) mengemari buah labu. Maka(pada siatu hari) badi dan diberi makanan itu atau diundang untuk makan makanan itu(labu). Aku pun mengikutinya makanan labu itu aku letakkan di hadapannya, lantaran aku tahu baginda amat mengemarinya.