Salam Rabbiulawal....
Bab 2.
Apakah Khatamun Nabuwwah?

Dari as-Sa’ib bin Yazid r.a telah berkata:
“Ibu saudaraku telah membawa aku kepada Rasulullah SAW. Maka dia berkata: Ya Rasulallah, anak saudaraku ini telah jatuh sakit, maka Baginda menyapu kepalaku dan mendoakan keberkatan padaku, kemudian Baginda mengambil wudhu’ maka aku pun minum air wudhu’nya. Kemudian aku bangun di belakang Baginda maka aku lihat satu cop yang terdapat antara bahu Baginda.” (H.R Bukhari)
Berkata al-Qurtubi: Hadith-hadith sahih bersepakat menyebut bahawa cap kenabian adalah sesuatu yang jelas kemerahan terdapat pada bahu kiri Baginda. Sekurang-kurang kadarnya adalah sebesar telur merpati dan sebesar-besarnya sebuku tangan.
Ringkasan...Terdapat hadis yang mengatakan, Khatamun Nabuwwah adalah tanda kenabian yang
- Terdapat di antara kedua Bahu Baginda
- Cap Mohor seumpama Buhul Cadar
- Cap Mohor seumpama ketumbuhan merah sebesar telur merpati
- Cap Mohor seumpama segumpalan bulu
- Cap Mohor adalah pembuktian Kenabian
- Cap Mohor sebesar penumbuk dan berbitil
- Cap Mohor Terdapat di belakang Rasullah(s.a.w)
Sumber :
Bab 2 -P21-30
No comments:
Post a Comment