Friday, April 22, 2011

Kisah Sahabat yang Mengasihi Nabi S.A.W

Salam Jumaat yang ceria....




Dewasa ini kita hampir sahaja melihat ikon TV dan artis -artis glamour sebagai panduan samaada dari segi berpakaian, cara hidup, berinteraksi dan sebagainya sebagai satu gaya hidup. Namun adakah kita sedar di dalam diam kita sebenarnya hampir melupai "ikon" utama yang harus kita contohi dalam apa jua gaya hidup kita sehari-hari iaitu baginda Rasulullah S.A.W. Mulai hari ini saya akan kongsi satu demi satu 121 sifat utama Rasulullah S.A.W dalam usaha kita menerapkan sunnah baginda dalam kehidupan kita seharian. Sebagai intronya....saya ingin berkongsi kisah hebat sahabat yang mengasihi baginda Rasulullah...agar kisah ini dapat membantu kita menilai betapa jauhnya kasih dan cinta kita terhadap baginda....

Kisah Sahabat...yang mengasihi Rasulullah...S.A.W

Di zaman Rasulullah, seorang sahabat yang bernama Thauban amat mengasihi baginda dan sentiasa mengambil peluang untuk berdampingan dengan baginda. Pada satu malam beliau tidak dapat tidur. Ini disebabkan mengenangkan beliau terhalang daripada terus menerus bersama Nabi S.A.W.

"Ya, ketika di dunia ini aku terpaksa berpisah daripada Rasulullah S.A.W khususnya pada malam hari. Maka bagaimana di akhirat kelak?" bisik dari Thauban seorang diri. " Kalau aku di syurga, Rasulullah S.A.W tentu di tingkat yang paling istimewa dan aku di tingkat yang lain. Dan jika aku di neraka sudah tentu aku tidak langsung bertemu dengan Nabi".

Kerana mengigati hal demikian, menyebabkan Thauban tidak dapat tidur sepanjang-panjang malam. Pada keesokan harinya menjelang subuh Thauban ke masjid. Beliau solat subuh berjemaah yang diimamkan oleh Nabi S.A.W. Selesai solat seoerti biasa, baginda S.A.W mengadap para sahabat(makmum). Demi terpandang wajah Thauban yang kedua-dua biji matanya kemerah-merahan, baginda S.A.W pun memanggilnya ke hadapan. 
"Kamu sakit wahai Thauban?" bertanya Rasulullah kepadanya.
"Tidak, ya Rasulullah"jawab Thauban 
"Kenapa kedua-dua matamu merah?"tanya Nabi S.A.W
Tauban pun menceritakan apa yang sudah berlaku pada malam tadi. Ketika itu Rasulullah S.A.W diam. Tidak berkata apa-apa, kerana syurga itu bukan milik Nabi dan baginda tidak dapat memberi jawapan yang pasti.

Pada saat itu Allah s.w.t menurunkan Ayat 69 Surah Al-Nisa yang bermaksud

"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

Kemudian Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda maksudnya :

Ssesiapa yang menghidupkan sunnahku maka sungguh dia telah mencintai aku dan sesiapa yang mencintaiaku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat al Sajary daripada Anas)


Berdasarkan kisah Thauban di atas, marilah kita bermuhasabah diri dan merenung betapa jauhnya kasih kita terhadap baginda Rasulullah s.a.w berbanding sahabat yang bernama Thauban. Pernahkah kita terbangun di tengah malam dan tidak dapat tidur mengenangkan baginda? Atau selama ini kita tidak dapat tidur hanya kerana memikirkan hal duniawi semata-mata seperti "Kenapa aku banyak hutang" atau kenapa aku tidak ngam dengan boss ?Kenapa wanita/lellaki idaman aku curang?atau kenapa aku menyampah dan geram dengan rakan sepejabat yang suka mengambil tahu hal peribadi kita atau kenapa aku tidak kurus...dan sebagainya. Paling menyedihkan ada di antara kita yang sanggup bangun di tengah malam menonton siaran langsung bola pasukan kegemaran walhal di saat itulah kita seharusnya bangun malam mengamalkan Qiyam amalan sunnah Rasulullah. Moga-moga kita mampu sedar dan berfikir betapa kehidupan adalah satu proses perjalanan, perjalanan ke destinsi yang abadi.......maka moga dengan mengamalkan sunah-sunah Rasulullah menjadikan kita lebih bersedia apabila di timbang tara nun di sana nanti....

Thursday, April 21, 2011

6 Kunci Kekayaan


Zao An(Selamat Pagi in Mandrin ) dan...Salam Khamis yang ceria.....

Ramai yang sering mengadu "kenapa aku tidak kaya" atau selalu tidak cukup duit terutamanya bila mejelang tengah bulan. Namun adakah kita telah bermuhasabah diri kenapa kita tidak pernah kaya atau cukup duit...Beikut adalah 6 kunci kekayaan yang saya rasa patut kita amalkan dan praktis agar jalan menuju kekayaan yang kita idamkan bakal muncul satu hari nanti...

6 KUNCI KEKAYAAN......petikan dari Petujuk Jalan Kekayaan oleh Chef Li

  1. Mempunyai satu usaha yang mendatangkan wang - Kekayaan adalah hasil perkerjaan sendiri. Hasil dari sesuatu yang praktis dan bukan magic. Kita tidak kaya kerana setiap hari kita hanya berusaha dan memperkayakan orang lain.
  2. Kekayaan bermula dengan menyimpan sebahagian pendapatan secara berterusan. Simpan pendapatan anda pada kadar kiraan 1/10 untuk setiap bahagian contohnya 1/10 untuk simpanan yang dilupakan, 1/10 untuk keluarga, atau 1/10 untuk dilabur semula dan sebagainya.
  3. Mengandakan wang kita melalui pelaburan yang bersih dan menguntungkan. Pelaburan adalah pelaburan jangka panjang dan tiada pelaburan singkat.
  4. Tunaikan hak mereka yang berhak- Contohnya beri pendapatan anda kepada zakat, sedekah, infaq dan orang-orang yang memerlukan.
  5. Jangan berhutang atau memberi hutang.
  6. Berdoa dan bertawakal kepada Allah
"Kekayaan adalah hasil satu usaha yang praktis. Tidak ada jalan pintas untuk kekayaan. Ia harus diamalkan dengan berusaha, jalan sabar dan Istiqamah".....

Moga-moga tips di atas mampu membantu saya dan anda agar bermuhasabah dan berfikir sejenak tentang kekayaan....tetapi secara peribadinya saya berpendapat Kunci kekayaan yang utama adalah kunci yang ke 6...kerana kepada Allah yang maha Kayalah kita memohon agar diperkayakan dalam apa jua bidang, Kaya dari segi harta benda, iman, ilmu, kesihatan, budi perkerti, dan sebagainya......


Moga ringkasan bacaan saya di atas menjadi petunjuk kekayaaan anda, adalah tidak adil kepada penulis buku sekiranya saya menulis panjang lebar tentang maklumat yang saya tulis di atas...kerana anda sendiri mampu memiliki buku ini, buku yang wajib dibeli oleh kalangan yang tercari-cari ilmu perniagaan....Insallah......



Jutaan terima Kasih kepada adeknda Awangku Udin yang membeli buku ini kepada saya.......Xie-Xie wo de di di....

Sunday, April 17, 2011

Art of Kurniaan dan Pinjamaan

Salam Ahad yang indah....

Di hari ahad ini mungkin banyak yang telah merancang untuk membawa keluarga untuk aktiviti santai , berjalan-jalan di "window shoping"' atau makan-makan di KFC.....Barakallah mudah mudahan niat murni kita untuk bersama keluarga mendapat keberkataan sehingga ke akhir hayat kita di atas rezeki dan kurniaan Allah kepada kita.Namun , pernahkah terdetik di hati , seandainya kita dijemput hari ini mengadap-Nya apakah kita mampu menilai apakan amalan kebaikan dan pinjamaan yang mampu kita bawa nun di sana. Adakah aktiviti santai bersama keluarga yang kita rancang tadi akan menjadi amalan atau "pencen kekal" kehidupan kita di sana. Lantaran, saya gemar benar menyebut ungkapan puitis ini " Hidup adalah perjalanan, perjalanan ke destinasi yang abadi", bingkisan indah sasterawan negara Shanon Ahmad dalam buku yang berjudul Marhabban adalah satu ingatan untuk saya dan kita semua agar di sebalik kehidupan yang indah ini ada kurniaan dan pinjamaan dari yang maha Esa yang wajib kita pulangkan kepadaNya untuk menjadi bekalan kita nanti.

Mari kita renung ayat Indah ini yang bermaksud

" Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu. Aku tidak sekali-kali mengkhendaki sebarang rezeki pemberiaan dari mereka dan Aku tidak mengkhendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja yang memberi Rezeki(kepada makhlukNya,dan Diala lah sahaja) Yang mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga,lagi Yang Maha Kuat Kukuh KekuasaanNya. (Surah Adz-zaariyaat ayat 56-58)

Dan hadis Nabi yang sesuai dengan ayat ini adalah yang di keluarkan oleh Sa'aid bin Masur, Ibnu Sa'ad Bazzar, Ibnu Jarir, Ibnu Mundzir, Ibnu Abi Hatim, At Tabrani dan Al Baihaqi dari Ibnu Mas'ud r.a :

" Takala turun ayat berkataalah Abu Dahdan Al-Ansari " Ya Rasulullah! Apakah sebenarnya Allah menkhendaki pinjamaan daripada kita?" Sabda Nabi s.a.w :" Benar ya Abu Dahdah" Abu Dahdah berkata :" Hulurkan tangan tuan ya Rasulullah" Lalu Nabi s.a.w menghulurkan tanganya kepada Abu Dahdan dan disambut oleh Abu Dahdah dengan ucapan " Sesungguhnya saya telah meminjamkan kebunku yang ditanam enam ratus pohon kurma kepada Allah".

Jelas, berdasarkan ayat dan hadis tersebut, Allah s.w.t yang Maha Agung memberikan kepada hamba-hambaNya dan menjelaskan bahawa Dia telah memberikan kurnia dan harta kekayaan kepada kita, dan dengan demikan adalah wajib dan tugas kita memberi kembali pinjaman kepada Allah dengan memberi dan melakukan sedekah, derma atau wang kepada mereka yang memerlukan.

Mari kita renung sekali lagi ayat seterusnya yang menyebut perihal pinjaman yang baik di sisi Allah

"Wahai orang-orang yang beriman, mahukan Kutunjukan kepadamu satu perniagaan yang akan melepaskan kamu dari seksa yang pedih. Iaitu bahawa beriman kamu kepada Allah dah RasulNya dan berjuang pada jalan Allah dengan harta dan dirimu. Itulah yang terbaik bagimu, jika kamu mengetahui. (Jika kamu berbuat demikian) nescaya Allah mengampuni dosamu dan memasukan kamu ke-dalam syurga yang mengalir air sungai dibawahnya.dan (ke dalam) tempat-tempat diam yang indah dalam syurga Adn. Itulah kemenangan yang besar. (Dan hikmat-nikmat)lain yang kamu cintai iaitu pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat. Dan berilah khabar gembira orang-orang mukmin"
(Surah As Saff- Ayat 10-13).



Lantaran itu saya ingin berkongsi 3 cara atau “channel” boleh kita beri sebagai pinjaman baik ini khususnya untuk warganegara di Kuching ,Sarawak dan Sabah

1.      Rumah Amal  Nur Murni (dengan pendaftaraan 86668)

 Rumah Amal Nur Murni merupakan rumah kebajikan yang menaungi 25 anak fakir miskin, anak-anak dari “broken family” , anak-anak yatim yang menaungi lebih kurang 25 anak-anak kategori asnaf tersebut. Beralamat di No 22, Lot 1365 Lorong Field Force 8E Taman Green Field, Batu Kawa 93250 Kuching, Sarawak. No tel : 082-685919. Mereka memerlukan banyak keperluaan terutamanya makanan, alatan tulis, kerusi meja, tempat tidur yang selesa dan sebagainya.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi
En Mohamad Shukri(0122793598) atau En. Mohamad Salleh(0148596525)

Anak-anak yang baru balik dari sekolah


Ms. Hairani & Kakak Caterer

 
Antara sahabat yang turut memberi sokongan ..Thanks Abang Tu



Ustaz yang khyusuk & Encik Ismawi antara Dermawan
yang hadir

2. Wakaf ke Masjid Muhajirin Matang Jaya

Masjid Matang Muhajirin Matang Jaya yang masih memerlukan bantuan wakaf untuk menampung pembelanjaan pembinaan Masjid Baru Matang Jaya. Untuk maklumat lanjut sila layari blog Masjid...

http://almuhajirinmatangjaya.blogspot.com/



1 PETAK = RM10.00
NO.AKAUN RHB ISLAMIC
21125460000220





3.  Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran Bestari, Sabah di bawah bimbingan Ustaz Mohd Farhad

... Sila Log In ke.....http://www.tahfizbestari.com/

HULURKAN DERMA, ZAKAT DAN SEDEKAH
Atas Nama :
Akademi Tahfiz Al-Quran Wal Hadith
No. Akaun Maybank 5622-63-01294


Dengan ini saya sudahi posting kali ini dengan doa " Moga-moga Allah menerima amalan kita sebagai pinjaman kepada-Nya ... Amin ya Rabbal Alamin.....