Salam.....
Aktivisionis adalah orang yang membuat, melaksanakan sesuatu melalui wawasan , merancang lantas melakukanya manakala
Sumber..
Hari ini kita akan mempelajari kategori orang dalam kehidupan. Kategori orang dalam kehidupan boleh dikategori kepada dua iaitu golongan A dan P. Siapakan golongan A. Golongan A adalah orang-orang yang berjaya sikap dan hidupnya aktif. Jadi kita namakan golongan ini sebagai "aktivisonis" dan golongan P pula selalu tidak berjaya dalam kehidupan dan bersikap pasif jadi kita namakan golongan ini sebagai "pasivasionis"
Jadi mari kita sama-sama pelajari dan lihat kategori manakah kita? A atau P?
Aktivisionis adalah orang yang membuat, melaksanakan sesuatu melalui wawasan , merancang lantas melakukanya manakala
Pasivasionis juga merancang namun tidak melakukanya dan menangguhkan rancanganya sehingga akhirnya terlambat.
Perbezaan antara golongan A dan P boleh dilihat melalui pelbagai pekara yang kecil seperti A merancang untuk suatu percutian dan melaksanakan percutian tersebut namun P turut merancang namun menangguhkan hingga ke tahun hadapan dan akhirnya percutian yang terbatal.
Golongan A memutuskan untuk mengunjungi masjid secara teratur lantas tetap hadir ke masjid di sebalik kesibukan begitu juga dengan golongan P, mereka juga mempunyai tanggapan adalah baik untuk pergi ke masjid secara teratur namun dia mempunyai pelbagai alasan untuk menangguhkan niatnya.
Perbezaan antara mereka juga ketara dalam hal-hal yang besar seperti A ingin membangunkan satu perusahaan dan melaksanakanya. P juga ingin mempunyai perusahaan sendiri tapi dia akhirnya berpendapat"lebih baik tidak saja". A yang berumur 40 tahun memutuskan untuk mengubah sistem perkerjaanya maka dia melakukanya.Impian yang sama tetap muncul pada pemikiran P namun dia berdebat dalam diri lalu impian itu lenyap begitu saja.
Perbezaan antara A dan P terdapat dalam segala bidang dan kegiatan. A mendapat apa yang dia inginkan dan kesannya adalah ketenangan batin, kepercayaan kepada diri sendiri dan pendapatan yang meningkat. P tidak melaksanakan apa-apa. Akibatnya dia gelisah dan tidak ada hasil apa-apa., tiada kepercayaan pada diri sendiri dan penghasilannya mendatar begitu saja.
A melaksanakan , bertindak dan membuat. P ingin melakukan sesuatu tetapi tidak melakukanya kerana ingin menunggu kesempurnaan dalam semua pekara. P mempunyai perancangan yang begitu banyak sekali namun A mempunyai perancangan dan tetap melakukanya walaupun tidak sempurna kerana tidak ada titik permulaan yang sempurna untuk memulakan sesuatu yang sempurna.
Banyak orang macam P hanya mahu membuat kalau segala sesuatu sudah selesai dan terjamin namun itu tidak mungkin berlaku kerana tidak ada yang sempurna dan tidak ada yang segala-galanya sudah selesai.....
Jadi kategori manakah saya dan anda.....?
No comments:
Post a Comment