Friday, May 4, 2012

Tips untuk Rezeki yang Baraqah

Assalamualaikum…….

Sekian lama tidak membuat update di dalam Blog kerana kesibukan duniawi, jadi hari jumaat yang berkat ini saya memaksa diri agar meluangkan sedikit waktu yang dianugerahkan oleh Allah untuk berkongsi serba sedikit ilmu yang saya kutip dari pelbagai sumber. Bagi saya ilmu dah kesihatanlah antara rezeki “intangible” yang kita kurang hargai. Saya sendiri dan kebanyakan dari kita sering melihat kekayaan physical sebagai rezeki. Alhamdulillah selama lebih kurang 2 minggu perniagaan saya beroperasi secara offline di sebuah plaza di Kuching banyak kebaikan dan ilmu yang telah saya perolehi. Semalam datang seorang insan yang berpangkat tinggi dalam jawatan Polis Diraja Malaysia ke kiosk saya kerana beliau adalah kenalan kepada Guru Al Quran kami.Dari mata kasar kelihatan seperti insan  otai biasa, berseluar jeans dan berbaju T-Shirt sahaja, namun apabila beliau mengeluarkan fakta-fakta ilmu yang berkaitan dengan ilmu Al Quran Subahanallah saya amat kagum dan bersyukur atas rezeki pertemuan dengan insan ini. Beliau bahkan mampu menghafal surah AL Waqiah dan Surah Al Sajadah di depan mata. Tekedu dengan kekhilafan diri, hendak menghafal Suratul Syam pun “ terkial-kial” kata orang Sarawak. Alhamdulillah, banyak nasihat dan ayat-ayat amalan yang saya kutip dari beliau semalam. Antaranya ialah

·        Suratul Al Waqiah- Untuk keberkatan rezeki sehingga ke akhir hayat
·        Suratul Mulk- Agar dilindungi Allah dari Api neraka
·        Suratul Baqarah 3 ayat pertama, seterusnya suratul Kursi dan 3 ayat terakhir Surah Al Baqarah Untuk melindung diri dari sebarang kejahatan dunia-
·        Ayat 3 Suratul Talaq -Untuk mendapatkan rezeki yang berterusan dan melimpah , ayat ini lebih dikenali sebagai ayat seribu Dinnar atau ayat pelaris perniagaan, tapi nasihat beliau kepada saya jangan ditampal didinding kedai dan sebagainya namun letakan ayat tersebut didalam hati dan kepala…Namun demikan saya tampalkan juga di blog ini agar menjadi bacaan dan amalan kita seharian.

·        Suratul Kahfi ayat 19- Amalan setiap malam agar kita diberi kekuatan oleh Allah untuk bangun bertahjud kepadaNya

Thursday, March 8, 2012

Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Bismillahirahmanirahim.....


Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

 Posting kali ini saya dahului dengan ayat Al Baqarah ayat 156, diatas pemergian seorang saudara yang saya boleh anggap sebagai adik sendiri. Moga penghijrahan Allahyarham beberapa jam tadi ke alam barzah hanyalah satu perpindahan kepada kehidupan yang lebih baik. Saya yakin setelah berada dalam penderitaan selama lebih kurang 2 atau 3 minggu lamanya di Unit Penjagaan Rapi adalah satu proses penghapusan dosa buat Allahyarham dan Moga Allahyarham senantiasa di bawah lindungan rahmat Yang Maha Esa.


 Banyak ayat-ayat Al Quran yang menerangkan secara jelas tentang penghijrahan ke alam abadi :

  • Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).- Al Baqarah ayat 28


  • Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. - AL Baqarah ayat 46



Jesteru buka Minda dan mata hati saya dan kalian kerana hidup  sebenarnya adalah perjalanan....Perjalananan ke arah destinasi abadi..itu adalah antara bait-bait puitis Sasterawan Negara Shanon Ahmad yang paling saya gemari. Jadi, apakah perancangan kita selama ini agar penghijrahan kita ke destinasi abadi menjadi penghijrahan yang terbaik dalam hidup. Adakah kita selama ini adalah individu yang asyik memikirkan permasalahan dunia tanpa sempat untuk mengumpul bekalan yang sebenarnya dalam hidup. Berhijrahlah untuk pekara yang lebih baik, berhijrah dari benda yang paling kecil sehinggalah  ke yang paling besar dalam kehidupan saya dan kalian. 

  •  Berhijrahlah memposting pekara kebaikan di wall facebook anda
  • Berhijrahlah untuk melalukan pekara paling sukar dalam dunia iaitu khusyuk dalam Solat
  • Berhijrahlah untuk mempunyai hubungan yang intim dengan Al Quran
  • Berhijrahlah untuk melihat kebaikan setiap insan di sekeliling anda
  • Berhijrahlah menonton pekara yang baik untuk diri dan keluarga
  • Berhijrahlah untuk mendalami ilmu yang boleh dimanafaatkan untuk bekalan di sana
  • Berhijrahlah untuk membuat amalan kebaikan setiap hari

Walau apa pun hijrah yang anda ingin lakukan penghijrahan pasti memerlukan perancangan yang baik, bukanlah terjah dan emosi semata-mata. Berhijrah untuk pekara yang lebih baik memerlukan pengorbanan yang tinggi. Berhijrah untuk meninggalkan kehidupan yang leka dengan duniawi semata-mata dan berhijrah untuk mencari ilmu dan sahabat-sahabat yang baik adalah satu penghijrahan terbaik dalam kehidupan saya setakat ini. Saya telah dianugerahkan para guru yang hebat dan para sahabat yang benar-benar membimbing saya ke arah kebaikan. Kerana keyakinan yang mendalam terhadap ayat yang telah ditunjukan oleh Allah inilah yang telah membuat saya tekad untuk berhijrah dari kehidupan yang leka satu ketika dahulu.

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah Al Nisa Ayat 100)



Namun terlalu banyak yang hendak diperbaiki Moga semua amalan dan tindakan yang ingin kita lakukan sentiasa dalam lindungan Allah Taala agar perjalanan ke destinasi abadi ini menjadi penghijrahan yang paling sempurna.

Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;

Tuesday, February 14, 2012

Cerita tentang Pelita

Salam Mualid....

Hari ini saya ingin berkongsi cerita mengenai pelita. Pelita begitu sinonim di bulan puasa atau dekat-dekat nak raya. Jadi, tak syak lagi kerana pada ketika itulah banyak kad hari raya atau hiasan yang berunsur pelita dijual di pasaran. Bagi masyarakat di Sarawak, khususnya di Kuching banyaklah pelita menjadi hiasan di bulatan jalanraya atau di kampung-kampung yang bertanding pelita atau nama glamer di Sarawak adalah malam 7 lekor. Kepercayaan org tua(mensia) yang mengatakan iblis dan syaitan dilepaskan di ketika itu, moga kepercayaan ini tidak menjadi kepercayaan kita generasi baru.Malahan ada bagunan di Sarawak yang dinamakan Wisma Pelita. Namun sedar atau tidak kita, pelita telah sekian lama disebut di dalam Al Quran? Allah telah menyebut berkenaan dengan pelita sekian lamanya namun kita hanya sibuk bercari pelita menjelang Hari Raya, jadi sama-samalah kita mendalami ilmu berkaitan dengan maksud cahaya yang ada pada pelita dan menjadikan pelita sebagai contoh dalam meneruskan usaha dakwah Rasulullah(s.a.w)


Mari kita fahami dan amati ayat yang berkaitan dengan pelita......Surah An Nur Ayat 35


 Sila klik image ayat untuk membaca dengan lebih jelas

Ayat berikut....boleh diamalkan untuk menjadi insan yang sentiasa dalam lindungan Allah...........insallah...



Monday, February 13, 2012

Lauk Rasululllah(s.a.w)

Salam Maulid....

 Apabila membaca jenis-jenis lauk Rasulullah(s.a.w), malu dan sedih yang teramat di dalam diri...kerana hari-hari kita penuh dengan jenis makanan yang mewah setiap hari, berbanding Rasulullah yang makan sekadarnya dan tidak pernah kenyang. Betapa jauhnya kita dari baginda....Jadi hari ini saya akan berkongsi antara lauk dan makanan kegemaran baginda Nabi Muhammad(s.a.w)


  • Cuka sebaik-baik Makanan. Diriwayatkan oleh Aisyah(r.a) bahawa " Sesungguhnya Rasulullah(s.a.w) bersabda" Cukalah sebaik-baik lauk." Kata Abdullah bin Abdul Rahman dalam hadisnya bahawa kuah yang baik adalah lauk bercuka"





  • Pengunaan Minyak Zaitun. Abu Usaid(r.a) meriwayatkan bahawa " Rasulullah(s.a.w) bersabda" Gunakanlah minyak zaitun untuk makan dan sapuan(urut) kerana ia adalah daripada phon yang diberkati"





  • Kaki belakang kambing. Abu Ubaid meriwayatkan bahawa " Daku memasak untuk Rasulullah(s.a.w). Disebabkan Rasulullah(s.a.w) gemarkan daging daripada kaki belakang, lalu daku pun menyuguhkanya dengan sebelah kaki. Kemudian baginda meminta satu lagi. Dakupun memberikan sebelah lagi. Baginda meminta diberikan lagi, lalu daku pun berkata. " Ya Rasulullah kambing hanya ada dua belah kaki belakang." Baginda bersabda, " Daku bersumpah dengan ZatNya yang memegang nyawaku, jikalau kamu diam dan selagi daku memintanya , kaki bahagian kelakang ini akan terus muncul daripada bekas kecil ini"

  •  Daging Ayam. Rasulullah(s.a.w) turut mengemari daging ayam .Jenis ayam yang baginda gemari adalah Kalkun(Ayam Belanda)








  • Manisan dan Madu - Aisyah (r.a) menceritakan " Nabi(s.a.w) amat mengemari manisan dan madu







  • Daging panggang- Atha bin Yasar meriwayatkan bahawa" Sesungguhnya Ummu Salamah bercerita kepadaku(Atha bin Yasar) bahawasanya ia menghidangkan  daging panggang kepada Rasulullah(s.a.w) . Kemudian baginda memakanya lantas berdiri untuk melaksanakan solat sedang beliau tidak berwudhu lagi"



  • Roti diperbuat dari barli- Aishah (r.a) meriwayatkan bahawa" Sehinggalah ke waktu kewafatan Rasulullah(s.a.w) ahli keluarganya tidak makan kenyang walaupun roti yang diperbuat daripada barli dua hari berturut-turut."



  • Makan Labu(Legenaria Siceria). Anas bin Malik (r.a) meriwayatkan . Nabi(s.a.w) mengemari buah labu. Maka(pada siatu hari) badi dan diberi makanan itu atau diundang untuk makan makanan itu(labu). Aku pun mengikutinya makanan labu itu aku letakkan di hadapannya, lantaran aku tahu baginda amat mengemarinya.

Siapakah yang mampu membaca seribu ayat dalam masa semalam

Salam Maulid...

Alhamdulillah....demi meningkatkan pengetahuan dan rasa cinta yang mendalam kepada baginda Rasulullah(s.a.w) secara istiqamah dan dengan izin Allah saya akan sentiasa berkongsi bahan-bahan yang saya baca dari pelbagai sumber....Jadi hari ini saya amat terujar ingin berkongsi tips di mukasurat 271 dari Buku Syamaa'il Muhammad yang menyatakan tips agar kita sama-sama dapat  membaca seribu ayat Al Quran setiap malam...

Rasulullah (s.a.w) bersabda" Barangsiapa membaca seribu ayat Al Quran pada setiap malam , maka dia akan bertemu Allah dengan keadaan ketawa. Para sahabat pun bertanya" Wahai Rasulullah(s.a.w) !Siapakah yang termampu membaca seribu ayat? Kemudian baginda membaca Bismillahir roh manir rohim dan seluruh ayat At Takatsur
...dan baginda bersabda.."Surah ini bersamaan dengan seribu ayat Al Quran"(TAZKIRATUL AKHIRAT AYAT MK 78)


[1]
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -
[2]
Sehingga kamu masuk kubur.
[3]
Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
[4]
Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
[5]
Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui – (apa yang kamu akan hadapi) – dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).
[6]
(Ingatlah) demi sesungguhnya! – Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.
[7]
Selepas itu – demi sesungguhnya! – kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
[8]
Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

 Misi seterusnya buat rakan Iqra...untuk menghafal ayat ini....semestinya....Tambah Ilmu...Tambah Amallll

Wednesday, February 8, 2012

Pakaian Rasulullah

Salam Maulid,


Antara pakaian kesukaan baginda Rasulullah(s.a.w) ialah Gamis
Diriwayatkan daripada Ummu Salmah(r.a) yang bermaksud :

"Daripada banyak pakaian yang dipakai oleh Rasulullah(s.a.w) yang paling disukai oleh baginda ialah Gamis(kurta : baju labuh)

Ringkasan bab :


  • Pakaian kegemaran baginda ialah Gamis
  • Baginda sederhana dalam berpakaian
  • Panjang baju baginda atas buku lali
  • Lengan baju Rasulullah(s.a.w) sampai ke pergelangan tanganya
  • Warna yang terbaik untuk pakaian ialah warna putih

Pengunaan Celak Mata

Salam maulid,

Mengunakan celak mata adalah mustahab(terpuji). Di samping ia memberikan manafaat kepada mata, seorang itu juga memperolehi pahala kerana mengikuti Sunnah Rasulullah....

Kelebihan dan cara mengunakan celak mata..

Ibn Abbas (r.a) meriwayatkan bahawa Rasulullah(s.a.w) telah bersabda, maksudnya:

"Gunakanlah celak ismid(daripada galian) ke mata kerana ia menambah cahaya kepada mata(iaitu menguatkan penglihatan) dan juga menolong petumbuhan bulu mata. Rasulullah (s.a.w) mempunyai satu kotak celak mata yang digunakanya pada setiap malam dicalit tiga kali pada mata sebelah kanan dan tiga kali di sebelah kiri.


Daripada segala jenis celak mata ismidlah yang terbaik kerana ia bukan sahaja menghasilkan cahaya kepada mata malahan membantu menumbuhkan bulu mata...