Saturday, August 6, 2011

Rezeki yang Barakah....


Salam Ramadhan….

Alhamdulillah genap 2 bulan saya menjalani “practical” di Taski Abim Kuching dan sesi tersebut telah berakhir semalam….jadi minggu ini konsentrasi semestinya kepada “final report wiriting" dan sebagainya.

2 bulan pengalaman di taski ABIM adalah satu pengalaman yang cukup hebat, hari pertama di Taski tersebut 8 minggu yang lalu benar-benar mengundang rasa terkedu di hati kerana suasana “Islamic” yang di terapkan oleh barisan guru yang hebat-hebat belaka. Amalan rutin seawal pagi seperti amali solat , amalan berzikir dan bertasbih bergema di segenap penjuru taski oleh suara guru dan anak-anak sekecil 4 tahun.



 Betapa tingginya nilai dan pahala guru-guru TASKI ABIM di sisi Allah. Mungkin bagi sesetengah pihak kerjaya guru tadika bukan kerjaya hebat, tiada  istilah berkasut tinggi, make up mahupun tangga gaji yang beriban-riban. Tetapi secara perabadinya saya mengatakan kerjaya inilah yang terbaik di mata saya setakat ini.  Bak kata Ustaz Pahrol di dalam rancangan Al Hidayah semalam

“Allah memberi kerberkatan dalam Rezeki bukan pada soal banyak  nya Rezeki tetapi soal keberkatan pada Rezeki”

Jesteru saya yakin biarlah kita sentiasa dalam keberkatan dari segi Usia, Rezeki dan Ilmu kerana hidup ini adalah satu perjalanan sementara ke destinasi abadi.

Yearly event....Guru-guru berkerjasama mengemas barang untuk golongan Fakir di Bulan Ramadhan......walaupun tiada KPI seperti organisasi lain but they have done more than duniawi KPI......indahnya.....

This is the best class routine.....Ustazah Liana playing Tarbus.and conducting children marhabban.....n zikr...


Jutaan terima Kasih kepada Pengurus Tadika Kawasan Kuching Kak Jariah dan barisan guru Kak Tina, Kak Mary & Kak Hajah Fatimah(Yang paling suka melayan pelbagai pertanyaan saya), Tini, Kak Suraya, Kak Bibi,Kak Suriani, Ustazah Liana dan semua warga Kerja ABIM KUCHING/SAMARAHAN….. Anda semua insan-insan yang hebat dan sebuah organisasi yang hebat……Sukran Jazillan Moga kalian dan organisasi ABIM sentiasa di rahmati Allah…..Amin……

Monday, July 25, 2011

Lakukan perubahan Terbaik dalam kehidupan Anda


Hari ini hendaklan lebih baik dari Semalam dan esok hendaklah lebih baik dari hari Ini.....Jadi lakukan perubahan terbaik dalam kehidupan anda…….



Salam Syabaan….Alhamdulillah menjelang kurang beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan mulia Ramadan Mubarak yang di tunggu-tunggu oleh sekelian umat islam. Bulan Ramadhan adalah bulan untuk mengaut segala amalan kebaikan sebanyak mungkin moga-moga kita mampu bertemu dengan bulan barakah ini dan mampu melaksanakan segala perancangan untuk menjadi seorang insan yang terbaik dari kalangan yang terbaik.... 





Bulan June yang lalu Alhamdulillah saya telah membeli majalah Al Islam dengan isu yang menarik dengan memilih angka 40 sebagai isu utama. Majalah Al Islam adalah antara majalah utama yang saya wajib miliki untuk menambah ilmu agama saya yang cetek ini kerana saya meminati ruangan "columnist " terkemuka Ustaz Ridhwan Thee…


Jadi alhamdulillah untuk kali ini saya ingin sekali berkongsi artikle di mula surat 17 yang membincangkan tetang mitos disebalik cerita burung helang “bald eagle” yang sering diceritakan oleh masyarakat orang asli di Amerika Utara. Bagaimana mitos menceritakan sang helang yang terpaksa membuat pilihan sukar dalam kehidupan ketika mencapai umur 40 tahun. Pertamanya jika ia tidak sanggup berubah di umur 40 tahun  maka ia akan mengalami proses kematian di umur tersebut kerana terpaksa menanggung paruh dan sayap yang semakin panjang atau sebaliknya pilihan yang kedua dengan kesanggupan  untuk melalui proses perubahan yang menyakitkan selama 100 hari namun selepas proses tersebut sang helang akan mampu hidup seperti seekor helang yang baru dan mampu hidup selama 30 tahun lamanya lagi. Begitu hebatnya mitos cerita sang helang untuk memotivasi perubahan di usia 40. Dalam Islam sendiri betapa di usia 40 , Rasulullah s.a.w telah diiktiraf sebagai Nabi dan terdapat beberapa ayat di dalam Al Quran menyebut angka 40....(so kena buat research sendiri)

Begitulah sinonimnya kehidupan kita manusia. Banyak diantara kita yang hendak berubah dan merasa hendak berubah tapi terhalang oleh suara-suara dalaman dan luaran yang sentiasa menghalang kekuatan sebenar  untuk berubah yang berada di dalam diri kita. Berapa banyakah diantara kita yang sanggup berubah  untuk sesuatu yang lebih baik untuk iman kita atau dan keluar dari “comfort zone” sekarang ini dan mengalami proses permulaan yang perit seperti sang helang. Perubahan untuk sesuatu yang baru mungkin menyakitkan tapi percayalah Allah sentiasa menjamin rezeki  dan ketenangan insan-insan yang sentiasa sabar , ikhlas dan redha di atas segala ketentuanya. Saya masih ingat beberapa tahun yang lalu saat saya ingin berubah untuk memakai tudung 1 Ramadhanlah tarikh yang menjadi pilihan saya, kerana saya sentiasa yakin perubahan di satu Ramadhan adalah satu perubahan yang sentiasa diberkati oleh Allah kerana itulah saya yakin perubahan besar saya kali ini saya tetap memilih 1 Ramadhan untuk memulakan sesuatu yang baik dalam kehidupan saya dan keluarga......Insallah Allahlah yang menjadi penjamin segala-galanya kerana kepada Allahlah  saya berserah segala perancangan perjalanan ke "check point" abadi ini.......

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah Al Nisa Ayat 100)


Jesteru……Saya tidak pernah menyesal dengan perubahan ini…. kerana….saya yakin dengan kata-kata Allah…….Insallah saya dan keluarga saya akan dicukupkan segala-galanya…  oleh Yang  Empunya Asma' Ya Razaq.........Amin

Tuesday, June 21, 2011

Sunnah Rasulullah Mengasihi Kanak-kanak

" Sesiapa yang tidak mengasihinya, tentu tidak akan dikasihi orang"(Riwayat al Bukhari dan Muslim)

Alhamdulillah hari ini masuk minggu kedua saya menjalani "practical "selama 8 minggu di taski ABIM...banyak sungguh ilmu yang saya perolehi sejak hari pertama di taski tersebut. Penerapan nilai islam dalam pembelajaran "early childhood" adalah menjadi sebab utama saya memilih taski ABIM sebagai  medan akhir untuk menamatkan tesis diploma saya. Alhamdulillah, jelas pilihan saya tidak tersasar kerana menjadikan taski ini sebagai panduan dalam penilaian akhir saya. Jelas semua ini adalah perancangan, peluang dan anugerah hebat dari Allah, kerana semasa saya sedang berkira-kira mencari tempat "practical" dahulu tadika Abim inilah tempat pertama yang saya tujui , dan tanpa sebarang halangan dengan satu soalan sahaja Pengurus Taski Puan Halijah memberi persetujuan atas hajat saya . Syukur ke hadrat ilahi....nyata semua kesenangan dan kemudahan ini adalah tidak lain semuanya adalah perancangan hebat dari yang maha kuasa....

Jadi hari ini saya ingin berkongsi kisah dan sunnah Rasulullah yang mencintai kanak-kanak, lantas saya teringat kata-kata Ustazah Suraini dari Taski Abim Seri Wangi betapa mencintai dan mengajar kanak-kanak adalah membawa kita mencium bau syurga.....

Kisah Rasulullah.....
Pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w sedang menunaikan solat dan sujud, tiba-tiba al Hassan dan al-Husain naik atas belakang baginda. Ketika beberapa orang sahabat yang melihat kejadian itu hendak mengalihkan dua cucu baginda tetapi Nabi memberi isyarat supaya membiarkannya.

Setelah selesai solat baginda mengajar dua orang cucunya masuk ke dalam bilik sambil bersabda kepada para sahabat

" Sesiapa yang mencintai aku hendaklah mencintai dua anak ini" (Riwayat Abu Laila dengan isnad yang baik)

Kemudian, Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa pada suatu hari beliau melihat Rasulullah s.a.w mencium al Hasan bin Ali di depan al Aqra bin Habis yang ketika itu berada di kediaman baginda s.a.w. Al Aqra berkata " Ya Rasulullah, saya mempunyai sepuluh orang anak tetapi tidak seorang pun antara mereka yang pernah saya cium. Mendengar demikian Rasulllah s.a.w menantap wajah al-Aqra sambil bersabda "
Sesiapa yang tidak mengasihi tentu dia tidak akan dikasihi orang" Riwayat al Bukhari dan Muslim



Barisan Guru yang di terajui oleh Ustazah Liana semasa sesi bersolawat sambil mengunakan Islamic instruments...


....Petikan hadis.....Qudsi 

"Wahai Musa fakir daripada kebaikan itu ialah kematian yang besar. Wahai Musa, barang sesiapa yang tidak bermesyuarat ia akan sesal...... Wahai Musa barang siapa yang telah istikharah tidak akan menyesal..." 

....Moga Allah mencintai kita dengan menjadi pendengar agar kita dapat gunakan bagi mendengar, dan penglihatan untuk kita melihat segala kebaikan, menjadikan tangan yang dapat kita gunakan memegang dan kaki yang kita gunakan untuk berjalan kearah perjalanan yang lebih baik. Moga permohonan kita dikabulkan oleh Allah dan kepadanya kita memohon segala perlindungan.....Amin.....



Tuesday, June 7, 2011

Art of Fardu Kifayah- Mandi Jenazah

Tuntulah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad…

“Sesiapa menempuh jalan menuntut ilmu, Allah akan memudahkan perjalanan menuju ke syurga “ Riwayat Tarmizi ....

Lafaz Niat wuduk jenazah perempuan

" Sahaja aku wudukan mayat ini kerana Allah Taala"

Bacaan doa mengoyakan kain kapan jenazah perempuan

" Ya Allah jadikan pakaianya  daripada pakaian orang yang mulia dan masukanlahnya Ya Allah dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani"

Doa semasa Mandi jenazah atau dikenali sebagai air 9

Ruffra Naka Ya Allah Rabbana Wa ilai kal Masir(3X)

"Ampunkanlah dia wahai Allah dan kepada Engkau tempat kembali"

Ruffra Naka Ya Rahman Rabbana Wa ilai kal Masir(3X)

"Ampunkanlah dia wahai Tuhan yang maha Pemurah dan kepada Engkau tempat kembali"

Ruffra  Naka Ya Rahim Rabbana Wa ilai kal Masir(3X)

"Ampunkanlah dia wahai Tuhan yang maha Pengasih  dan kepada Engkau tempat kembali"

Alhamdulillah….syukur ke hadrat Ilahi di atas kesempatan menuntut ilmu fardu kifayah pengurusan jenazah siang tadi. Hari ini saya ingin cepat-cepat berkongsi sedikit ilmu tersebut di blog yang serba sederhana ini. Mudah-mudahan ilmu yang tidak seberapa ini dapat menjadi cetusan agar kita tetap sama-sama belajar menambah ilmu dan memberi dengan lebih banyak insallah. Memang rezeki saya kerana mendapat undangan dari sahabat Damit dan bersama-sama Guru Al Quran  Mak Hajah Teh dan Mak Hajah Napsiah menuntut ilmu mengurus jenazah anjuran biro wanita Pantai Damai yang bertempat di surau kampung Pulo Hilir, Alhamdulillah....banyak sekali ilmu yang saya perolehi dari penceramah berkaliber Ustazah Hajah Naemah.

Mendengar ceramah dan pantang larang sebagai pemandi jenazah atau lebih dikenali sebagai “pegaer” di Sarawak benar-benar mengundang keinsafan tentang kematian dan mencabar semangat ingin benar-benar menuntut ilmu dalam bidang ini satu hari nanti. Namun dengan sekali hadir kursus tersebut belum  dapat memberi tiket untuk memegang title sebagai pegaer sehingga saya benar-benar bersedia dari segi mental, physical , ilmu dan yang paling utama keyakinan dalam menjaga segala pancaindera dan hati dalam usaha menjejak langkah nenda tercinta Allahyarhaman Abeh yang satu ketika dahulu di kampung halaman, Sarikei terkenal sebagai salah seorang pegaer di sana. Masih tersemat dalam ingatan dan terbayang semasa mengikut nenda Abeh di zaman kanak-kanak jesteru mungkin semangat itulah yang sentiasa mengalir di dalam diri dan membuatkan saya terus ingin menuntut ilmu dalam bidang ini, dan insallah terlampau banyak ilmu dan peribadi diri yang perlu diperbaiki dalam usaha tersebut.

Setuju dengan kata-kata ustazah betapa dengan menjadi seorang pegaer “mulut” dah “hati” adalah kunci utama dalam menjaga amanah keluarga si mati agar jenazah mampu disempurnakan dengan sebaik mungkin. Betapa tingginya nilai seorang pegaer yang memikul tanggungjawab fardu kifayah seluruh penduduk setempat , betapa tingginya nilai pahala individu yang sanggup memikul tanggungjawab ini yang tidak mungkin digalang ganti walau segunung emas….. Insallah sama-samalah kita berdoa agar Allah memberikan nikmat ikhlas di atas setiap amalan dan setiap perancangan yang kita impikan…… Amin Ya Rabbal Alamin….

Ustazah the mentor





aksi sang pencari ilmu....i like this attempt..kan2.....



Si Mayat.....hisk....if this 4 real.....kamek lok cabut.....




Kak Kam ....the MC....muah Kak Kam....



Al Fatihah untuk Neneknda tercinta……lambang seorang pegaer dan wanita yang gigih dalam mendidik anak-anak dan cucu-cucunya…Moga Neneknda di tempatkan dalam golongan orang-orang yang dirahmati Allah…..


Sumber : Asas Pengurusan Jenazah, Jabatan Agama Islam Sarawak

Friday, May 20, 2011

Apakah Modal Anda

Apakah Modal Anda.....

Assalamualakum dan selamat pagi Jumaat yang Indah.....

Hari ini saya ingin sekali berbicara berkenaan dengan MODAL...Apakah persepsi kita tetang modal, modal banyak dikaitkan dengan modal untuk berniaga, atau modal untuk cantik, atau modal untuk belajar , atau modal untuk melabur dan sebagainya, Contohnya sebagai seorang peniaga yang baru sahaja ingin memulai perniagaan mesti mempunyai modal yang cukup untuk membeli barang dan perancangan lain di awal perniagaan sehingga ada yang sanggup turun naik institusi kewangan untuk mendapat “loan”, atau seorang wanita yang ingin cantik sanggup mengeluarkan modal untuk pegi ke salon-salon kecantikan atau seorang pelajar yang bertungkus lumus belajar dan mendapat CGPA yang baik agar dapat menjadi modal sebagai mendapat perkerjaan yang bagus setelah tamat pengajian nanti.

Namun pernah kah kita terfikir antara modal –modal yang kita selalu fikir modal apakah yang paling utama? Adakah semuanya mesti berbentuk “physical” sahaja. Dewasa ini ramai cendikawan barat membicarakan berkenaan dengan “Spiritual Capital” atau Modal rohani, bahkan ada buku terbitan Danar Zohar yang membincangkan secara details berkenaan dengan “Spiritual Capital”

Apakah Spiritual Capital atau Modal rohani.? Ya modal rohani bermaksud kita tidak akan berjaya jika membataskan diri nya  menghadkan kejayaan atau modal hidup berteraskan wang, barang, kepandaian atau apa-apa sahaja yang berbentuk material sahaja. Sebagai seorang muslim apakah modal rohani yang paling utama dalam mengejar kejayaan di samping modal-modal lain . Modal  utama yang kita harus kita miliki adalah “ Memohon pertolongan dari Allah agar mendapat kejayaan yang ingin kita capai”. Dengan melakukan solat dan mengerjakan amalan kebaikan adalah kunci utama kepada Modal Rohani kita., melalui dailog di dalam Al Fatihah insallah Allah akan memperkenankan segala permintaan kita. Maka Mintalah.......dan Mohonlah pertolongan dari-Nya...

‘Hai orang yang beriman, mintalah pertolongan daripada Allah dengan sabar dan mengerjakan solat sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar”

                                                                                                          Al Baqarah ayat 153

Mari kita perhatikan hadis qudsi berikut yang di rekodkan oleh Bukhari...

‘Hambaku sentiasa mendekatkan dirinya kepadakau denngan suatu perbuatan yang Aku sukai seperti melakukan pekara fardu yang aku perintahkan kepadanya. Hambaku sentiasa mendekatkan diri kepadaku dengan mengerjakan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila aku mencintainya, maka aku menjadi pendengaran untuknya yang dia gunakan bagi mendengar dan penglihatan yang dia gunakan bagi melihat. Aku juga menjadi tanganya yang dia gunakan bagi memegang dan kakinya yang dia gunakan bagi berjalan. Apabila dia memohon sesuatu kepadaku, pasti Aku mengabulkannya dan apabila dia memohon perlindungan pasti aku memberikan perlindungan kepadanya”

Jelas, siapa jua anda di luar sana  mungkin anda seorang pelajar jurusan doktor yang sedang mengalami kesulitan dalam menghafal module medic anda ,atau mungkin anda seorang perkerja yang sentiasa tidak tenang di pejabat, atau mungkin anda tidak mendapat sebarang bonus atau kenaikan gaji tahun ini atau  mungkin anda seorang jurutera yang mengalami kebuntuan dalam menyelesaikan perkerjaan anda di “field” work anda, atau jika anda sedang dalam dilemma melepaskan taraf perkahwinan anda, atau sekiranya anda telah di “diagnose” oleh doktor dengan penyakit yang mungkin tiada ubatnya malahan apa sahaja permasalahan hidup anda…. kembalilah kepada-NYA….letakkanlah dahi anda di buminya agar kasih sayang-Nya sentiasa bersama anda dalam apa jua keadaan…kerana Allahlah yang merancang yang terbaik dan percayalah jika anda ingin bejaya dalam hidup maka “ BERSOLATLAH………………






Thursday, May 12, 2011

Art of Reading


Musuh Ketat bagi yang terbaik adalah baik…

Salam Khamis yang Indah….


Alhamdulillah…..di khamis yang barakah ini saya ingin sekali berkongsi cerita dari sebuah buku istimewa hadiah dari seorang saudara saya “ U turn ke Jalan Lurus”. Saya memang telah sekian lama mencari buku ini, hasil nukilan Ustaz Zulramli Razali,  di antara barisan motivator IKIM yang saya minati, kerana saya masih ingat ketika Ustaz Zul mengendali program motivasi pagi cerita-cerita  seperti mata lebah dan mata lalat, cerita monyet yang mati tetapi tetap menyusukan anaknya dan cerita seorang lelaki yang dalam perjalanan membawa anak-anaknya berjumpa isterinya yang sakit di dalam comuter dan mendapat panggilan isternya telah meninggal adalah cerita-cerita terbaik yang benar-benar mengubah persepsi saya tentang kehidupan saya setahun yang lalu. Jesturu itu, saya ingin kembali ke jalan yang lebih lurus dan melakukan sesuatu yang lebih bermanafaat dalam kehidupaan yang sementara ini..  …..Alhamdullah sempena hari ibu yang lepas, memang rezeki saya mendapat hadiah buku ini dari seorang saudara, sahabat, kakak dan ibu yang hebat……Sukaran Jazillan Ya Ukhti….Tiada emas dan berlian yang dapat digalang ganti selain dari ilmu dan pengajaran yang hebat dari buku ini…Hanya Allahlah yang dapat membalas budi baik beliau atas pemberian yang hebat ini. Hadiah yang paling bererti dalam kehidupan saya adalah sebuah buku....kerana semua ahli keluarga saya gemar membaca jadi kami sering memberi buku sebagai hadiah dan penghargaan kepada masing-masing. Antara buku kecil yang saya paling sayangi adalah hadiah dari saudara lelaki kesayangan saya Awangku Kasman yang kini berada di Kuwait...Moga-moga Allah merahmati dan mempermudahkan segala urusan perkerjaan beliau di sana amin ya Rabbalamin....





Jadi hari ini saya ingin berkongsi sedikit coretan buku dari mukasurat  48, Buku U Turn ke Jalan Lurus.

Yang menceritakan tetang bagaimana jika kita ingin membuat kebaikan. Banyak diantara kita ingin  sekali membuat kebaikan tetapi jelas sekali kita masih tidak faham dan  “confuse” ketika mana kita ingin kebaikan kerana amalan yang tidak jelas adalah amalan yang tidak disertai dengan ilmu. Kita selalu merasakan kita telah membuat kebaikan walhal sebenarnya kita hanya dalam keadaan “ syok sendiri” kerana amalan kebaikan yang kita lakukan adalah semata-mata sempurna dari pandangan diri kita sendiri. Lantaran itu adalah penting bagi kita membuat amalan kebaikan yang seiring dengan ilmu yang berguna.

Jadi buatlah yang terbaik untuk mendapat yang lebih baik…kerana musuh ketat terbaik adalah adalah baik…… Jadi untuk mendapat yang terbaik berikut adalah tips yang dikongsi oleh ustaz Zul….

  • Ia bermula dengan ilmu yang tepat
  • Sebelumnya tersemat niat yang tulus
  • Sentiasa ingin belajar dan minta diajar
  • Buat dengan penuh penghayatan
  • Mendasarihikmah tersirat di samping hukum yang tepat
  • Komited serta istiqamah dalam beramal
  • Sentiasa meletakan tanda aras(KPI) yang tinggi dengan menjadikan golongan para solehin sebagai pedoman

Jadi sekian sahaja untuk posting kali ini......moga-moga dengan cebisan ilmu ini akan dapat menambah sedikit ilmu dan perubahan minda kita agar menjadi yang lebih baik ke arah perjalanan ke destinasi yang lebih abadi....Buku U turn ke Jalan Lurus adalah buku hebat yang hanya berongkos RM22...ia wajar dimiliki dan dijadikan hadiah bernilai untuk seorang yang istimewa dalam kehidupan anda..Wassalam....


Thursday, May 5, 2011

Buat benda yang berbeza untuk mendapat “result” yang berbeza….






Buat benda yang berbeza untuk mendapat “result” yang berbeza….

Banyak antara kita selalu berkata setiap hari kita mempunyai kehidupan yang boring atau biasa-biasa sahaja atau mungkin tiada perubahan dalam kehidupan. Baik dari kerja yang sama, cara permakanan yang sama, golongan kawan yang sama, cara pakaian yang sama atau  duit gaji yang sama sahaja….. Namun pernahkah kita terfikir seandainya kita  tetap membuat benda yang sama, kita akan tetap mendapat result yang sama sahaja …

” If you keep on doing what you’ve always done, you’ll keep on getting what you’ve always got”

Jesteru saya ingin berkongsi satu cerita

Saya mempunyai saudara yang mengatakan dia tidak pandai memakai tudung lain selain dari tudung berjenis bawal, namun kerana saya adalah seorang pendagang yang hebat maka saya mengatakan kepadanya please give it a try and I am sure it suit your beautiful  face…..dengan pilihan warna dan corak yang menarik please don’t limit yourself hanya mengunakan tudung bawal sahaja….

Alhamdulillah, saudara saya mengambil langkah bijak mencuba dan memilih warna yang bersesuian dengan kulit beliau dan resultnya adalah rakan-rakan di pejabatnya memujinya cantik  seakan-akan patung dan yang paling hebat beliau mampu menjual dan membuat keuntungan di atas tindakan dan perubahan yang beliau lakukan tersebut. Jelas, betapa hebatnya membuat benda yang berbeza untuk mendapat “result” yang berbeza
Hasilnya adalah : Penampilan yang lebih menarik dan pendapatan bertambah dari jualan tudung

Jadi iktibar di sebalik cerita di atas adalah sekiranya kita ingin mendapat “result” yang lebih baik dalam kehidupan kita mesti sanggup berubah dan membuat sesuatu yang berbeza dalam apa jua perspektif kehidupan kerana banyak benda yang kita boleh buat untuk berubah dan mendapat result yang berbeza contohnya berubah membaca buku yang bermanafaat dari membaca bahan picisan, berubah untuk kurus dengan mengikuti kelas senaman taichi agar mendapat kawan dari golongan bukan bumiputera, atau mendaftarkan diri untuk belajar bahasa spain untuk berkomunikasi di tempat kerja dengan lebih baik dan yang paling penting sanggup berubah memperbaiki diri dengan mendekati gologan orang-orang yang lebih beriman.....

“ If You want something better and different in lives then you are going to do something different……